3R-UNICEF All Women’s Futsal Playoffs, menyokong kempen “Unite for Children, Unite Against AIDS”. Untuk maklumat lanjut sila layari www.unicef.org/malaysia

BIKIN GEMPAR DI JOHOR BAHRU
Fuuuuuuuuuuhhhhhh, letih Tini tak habis lagi balik dari JB ni. Last weekend, Tini ngan geng geng 3R yang lain sibuk mengelolakan Kejohanan Futsal Wanita 3R UNICEF 2007. Bertempat kat Millennium Soccer, Skudai, Johor. Kami dok set up dan buat persiapan kat venue sampai pukul 3 pagi. Rafidah pun tak terkecuali dikerah bekerja hu hu hu , angkat bunting , sediakan goodie bag, pasang banner, kami bersemangat betul nak sambut orang-orang Johor kat Kejohanan kami tu.

Pagi tu ngan tak cukup tidonya (nasib baik sempat mandi), Tini dah
bergegas dari hotel ke Millennium Soccer untuk keberangkatan tiba
Yang Amat Mulia, Raja Zarith Sofiah bt. Almarhun Sultan Idris Shah, yang dengan baik hatinya mencemar duli untuk merasmikan Kejohanan kami. Tini nervous gamat, yealah jarang-jarang sekali jumpa kerabat diraja, so tak tahu macam mana nak behave depan Raja Zarith. Tapi dia memang senang untuk didampingi very friendly. Tini nak ucapkan terima kasih pada Yang Amat Mulia, kerana sudi hadir ke Kejohanan kami yang tak seberapa ni. Turut serta masa kejohanan ialah Dr. Rudi Luchman, Timbalan Wakil UNICEF ke Malaysia. (as per gambar, Dr.Rudi, Tini & Raja Zarith).

Kejohanan kami ni bermesej, hah biasalah kan 3R sambil main bola sambil tu
lah kami nak sampaikan mesej tentang HIV dan AIDS. Pasal tu juga lah beberapa badan kebajikan seperti IntanLife Zone, JAARS (Johor Aids Action & Research Society) dan MAWAR (Majlis Wanita Johor) membuka gerai untuk menaikkan kesedaran peserta dan orang ramai tentang HIV/AIDS di Malaysia.


Tepuk tangan kuat-kuat, Huraaaaaaaaaaaaaay kepada peserta Kejohanan
sebab hari tu kita berjaya kutip wang sebanyak RM 2500 hasil yuran penyertaan yang telah kami dermakan kepada Intan Life Zone (En.Nasaruddin), bagi membantu kerja-kerja amal mereka.
Anyway, ini keputusan kejohanan di Johor, jumlah pasukan 23 (Kategori terbuka : 18 dan Kategori Sekolah :5 pasukan)
Terbuka
Johan: NAJC Shark
Naib Johan: SAJ FC
Tempat ke-3: PU3 Kickers
Tempat ke-4: Kulai Sports Club
Pemain terbaik : Kak Siti (Jersey No: 8 dari NAJCShark)
Penjaga Gol terbaik : Keeper NAJC Shark
Sekolah
Johan : Crazy Gurlz
Naib Johan: Bleach Junior
Tempat ke-3: SMK Bandar Sri Alam
Tempat ke-4: SMK Bandar Baru Uda



