Jom Berbuka Puasa bersama 3R!

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA 3R RIANG DAN MERIAH !

Buat pertama kalinya, rancangan infotainmen 3R (Respek, Relaks dan Respon), menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama peminat mereka bertempat di Pejabat Urusan Red Communications Sdn. Bhd di Kelana Jaya.

Objektif majlis ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penonton setia rancangan tersebut dengan hos-hos 3R, Kartini, Rafidah , Celina dan Kak Azah serta krew-krew 3R yang lain.

3R amat menghargai sokongan peminat dan penonton khususnya yang telah memberi sokongan kepada rancangan ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan kini dalam musim ke -14 nya. Tahun 2010 akan memperlihatkan 3R genap 10 tahun ke udara.

Satu peraduan telah dilancarkan , dimana penonton 3R diminta menghantarkan slogan. 20 slogan yang paling kreatif dan baik akan mendapat dua jemputan ke Majlis Berbuka Puasa ini.

3r_02 3r_04 3r_17

3r_31 3r_10 3r_26

Selain itu, 3R turut meraikan rakan-rakan media yang juga telah memberikan sokongan jitu kepada rancangan ini sejak hari pertama dilancarkan. Turut sama memeriahkan majlis ialah penaja-penaja kami yang tak putus-putus membantu menjayakan rancangan 3R. Terima kasih kami ucapkan.

Ramadhan ini menyaksikan episode terakhir 3R musim ke -14 keudara di kaca televisyen. Walaupun tidak bersiaran, namun hos-hos 3R dan krew 3R yang lain sudah sibuk membuat persiapan untuk 3R musim ke-15  serta acara-acara lain yang telah diatur khusus untuk penonton 3R.

Antara program yang diatur adalah :

Interaktif di laman web www.3r.com.my

3R tidak melepaskan peluang untuk mengunakan teknologi terkini untuk berinteraksi dan terus memberikan maklumat secara efektif kepada penonton melalui laman web kami. Setiap minggu artikel-artikel baru akan dipaparkan serta forum perbincangan yang aktif dan menarik. Juga dapat ditontoni episod terkini musim ke -14, kesemua episod musim ke-13 dan “bloopers” 3R melalui laman web kami.

Selain dari itu, penonton juga boleh berinteraksi bersama Kak Azah, sekiranya ada kemusykilan tentang tubuh anda, boleh layangkan email pada Kak Azah melalui laman web 3R. Kami juga banyak menerima cadangan dan surat dari penonton melalui laman web kami. Jadi penonton boleh menghantarkan segala cadangan dan masalah melalui laman web 3R.

Jangan lupa juga untuk menambah kami menjadi rakan anda melalui laman social Facebook Untuk menambah kami, klik link di www.3r.com.my

Bengkel Bersama Hos 3R

Hos-hos 3R juga banyak memenuhi jemputan untuk menjalankan bengkel di institusi pengajian tinggi. Sehingga akhir tahun berberapa bengkel telah dirancang . Antara topik yang diperbincangkan ialah gangguan sexual, keyakinan diri, gender dan lain-lain.

Pencarian Hos Dove Freshy

Sepanjang musim ke-14, 3R telah menawarkan pencarian hos untuk rancangan baru iaitu Freshy. Rancangan baru ini akan  mempunyai konsep majalah dan sasarannya lebih kepada remaja di sekolah. Padat dengan informasi-informasi dan bakal membuka minda semua.

Kami telah menerima sebanyak 1100 penyertaan dan kini seramai 130 orang telah disenarai pendekan. Untuk melihat finalis-finalis ini anda boleh ke www.3r.com.my

Finalis-finalis akan diujibakat, dan video  50 yang terbaik akan dimuat turun ke laman web www.3r.com.my. Seterusnya 15 yang terbaik akan dipilih dan melalui saringan seterusnya. Hanya 3 yang akan dipilih dan akan menjadi tungak kepada rancangan baru ini.

4 Komen-komen

  • mya
    September 12, 2009 | Permalink |

    sLm..hye..
    mmg best dpt jd antara yg PERTAMA hadiri
    MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA 3R yg PERTAMA…
    mmmm…mya paling heppy
    dpt jmpe ngan all skuad 3R and espcially my idol Datin Paduka Marina Mahathir.

    Walaupn majlisnya ringkas tp meriah sgt…
    dan jgk dpt bkenalan dan menambah kwn2 bru…best…
    biskut coklat yg mama kak Rafidah wat, sedap sgt..tak cukup 1 walaupn besar..hehehehehee..
    teringin nak makan lg..mcm mne nak order ek…hihihihihi…;)

    hope nanti 3R akan dapat wat majlis yg sma dan lebih rmai lg penonton setia 3R yg dapat hadir..
    dan mudah-mudahan nanti 3R akan anjurkan pula majlis Rumah Terbuka 3R..
    n mya bleh jd salah sorg dr penonton setia 3R yg dapat jemputan tuk itu yeee…jemput tau..hehehe;)

    Hope 3R akan terus success myampaikan informasi kepada smua terutama wanita..
    insyaAllah..amin..

    mya,LuV 3R 4ever!

  • September 14, 2009 | Permalink |

    macam mana 3r senarai pendekkan dari 1100 jadi 130? apa kriteria yang diperhatikan?

  • September 14, 2009 | Permalink |

    hye zayana..
    kt mne lokasi brbke puasa 3r skang??

  • mynn
    September 14, 2009 | Permalink |

    hi mya!
    thanks for coming for our berbuka puasa event tempohari! glad that you had fun! tu la..sedap kan cookies yang mak Rafidah buat tu. rasa macam tak cukup jeee.

    and shida, majlis buke puasa tu telah berlangsung pada 28th aug, tempohari. takpe2, insyaAllah bila-bila jika ada apa2 event lagi, kami akan buka lagi peluang pada penonton2 semua. but make sure that you keep on loggin in to our website for the latest info and opportunities ok? :)

Apa Kata Anda?

Tambah komen anda dibawah, atau pautan daripada laman web anda. Anda juga boleh menghantar komen-komen ini melalui RSS.

Emel anda tidak akan dikongsi. Lapangan yang diperlukan bertanda *