Age is just a number. Memang, umur hanyalah mainan angka. Jadi, apakah salahnya jika pasangan berbeza umur?
Tidak salah, Cuma masyarakat mempunyai pelbagai pandangan berkenaan pasangan yang berbeza umur. Sekilas pandang seperti anak dan ibu, ataupun anak dan ayah. Buruk rupanya, gadis muda berpegangan tangan dengan jejaka yang jauh lebih berusia, ataupun wanita berusia berpelukkan bersama jejaka yang jauh lebih muda. Jika dahulu orang akan menyangka itu adalah sanak saudara, tetapi kini masyarakat akan bertanggapan yang mereka adalah pasangan kekasih. Wanita muda yang bersama jejaka sebaya bapanya hanya cintakan wang milik jejaka itu, dan bukan jejaka itu sendiri. Lelaki yang jauh lebih muda daripada pasangannya juga dianggap begitu. Persepsi yang agak kejam, pada pendapat saya. Seolah-olah setelah umur meningkat, seseorang itu tidak layak dicintai.

Perkara biasa bagi masyarakat adalah pasangan dimana lelaki lebih berusia berbanding wanita. Tetapi yang sebaliknya sukar pula diterima. Kononnya lelaki matang lebih lambat daripada wanita menjadi alasan utama. Lebih berusia disini kurang daripada lima tahun lebih tua. Jika terlalu tua, masyarakat masih mempunyai keraguan terhadap penerimaannya. Tidak kurang yang mencemuh hubungan berbeza usia dan ada juga yang menyokongnya. Malahan, sudah ramai yang terjebak ke dalam hubungan jenis ini. Pasangan selebriti terkenal yang jauh berbeza umur seperti Demi Moore dan Ashton Kutcher, Michel Douglas dan Catherine Zeta Jones, dan sebagainya.
Mengapa mencari pasangan yang lebih tua/lebih muda? Apa kurangnya pasangan sebaya? Tiada kurangnya, tetapi masing-masing mempunyai sebab tersendiri. Mungkin disebabkan minat yang sama, keperluan yang sama, pasangan lebih muda mencari kematangan pada pasangan pilihan.
Orang juga memandang akan kesan buruk hubungan berbeza umur. Tetapi ini adalah penilaian yang tidak adil. Dalam mana-mana hubungan pasti wujud salah faham. Semua hubungan mempunyai kesan buruk tetapi bergantung kepada cara kita menanganinya.
Bagi saya, jika sudah suka, apalah sangat had umur berbeza? Bukankah asas suatu hubungan berjaya adalah minat yang sama dan komunikasi? Maka, tiada salahnya hubungan pasangan berbeza umur. Malahan, masyarakat seharusnya membuka minda kepada hubungan antara pihak yang berbeza umur.
Oleh : Atiqah Juana Khamurudin.





(3 votes, average: 4.00 out of 5)


























33 Komen-komen
age is just a number..mmang smue dh xksh..zaman skarng dh xpndng smue tue,tgk jer pe yg blaku kat luar sane,perbezaan umr bg yg bpsngn diangp bnde yg remeh..bg mereka sudah suke sme suke so pbzaan umr x dhiraukn..sO pe pndpt u all semue??
bagi saya umur tak penting yang penting macam mana kita tolerate with the situation
tah laaa….ak asyk kenal lelaki yg berumur dari aku jew…so far ok laa dari segi kematangannya n tanggungjawab…tp ak teringin gak nk rase berkawan ngn lelaki sebaya sebenarnye….tp x berpeluang lagi…
saya sendiri berkali-kali terlibat dengan jejaka yang lebih berusia.Dan saya amat menyenangi mereka.Pada saya, mereka lebih matang berbanding jejaka sebaya..
fie pun penah de pengalaman couple dgn org yg jauh lg berusia dr fie…jarak umo ktorg 15 tahun..fie sgt selesa dgn dia..btul ckp cha..kite ley share mcm2 dgn diorang..cm cha ckp..sbb diorang lagi matang n x merapu cam guys yang sebaya..tp kalau nak jalinkan hubungan dengan lelaki yg lagi berusia kena hati-hati la..bkn pe..tkut korang kna tpu dgn status diorg le..i’ve experienced it before..huhu
yes..age is just a number…sy sgt setuju..klu hati dh suka, kena nk pk psl org lain….
sebb sy berkwn dgn lelaki yg lebih muda dr sy..n sy juga pernah berkwn dgn lelaki sebaya..
pd sy umur x mencerminkan kematangan…semuanye dtg dr diri mereka sendiri…
ala…sekarang dah memang trend pompuan cari lelaki tua…macam Siti Nurhaliza….hahaha, sebab selalu sangat nyanyi kat dapur kot?
ala asrul laki pon pe kurang nyer cri prmpn tua..xleh nk kaitkn ngan siti nurhaliza gak(”,).
tapi bagi aku laa sonok kawan ngan laki berusia neh..matang skett…kalu laki muda neh cam tgh cari identiti ag kan…terapung2 ag…tua pon x r tua mane i mean da jarak umur yg agk jh sket laa…mane2 laaa weh..yg penting syg kat kite btl2 n bkn nak amek kesempatan or whatever…
cutenye pic marker pen tu…!!huhu…
tua tak semestinya laki orang..Tua gak tak semestinya yang da tua-tua..
Takat beza umo 8,9 taon jelaaa..bese laa tu..ape nk kecoh?
sket2 nk bangkit cite ctnurhaliza..Dia artis..kita sape?
fuyooooo…sokoNg chaa!!!
Siti la pencetus trend pompuan cari lelaki tua dan merampas suami orang…kalau bermadu tak pe la, ni tak nak bermadu, suruh laki orang tu cerai bini tua, tamak haloba…yang mengikut dia tu Waheeda.
sy couple ngn boy yg sama umo..ex classmate sekolah menengah dlu..
kalo slalu dia call sy, mmg agak merapu+gatal+fantasi ntah pa pe(tp x smpi 18sx ye) jg la
cter..tp best..
Pada pendapat zah pulak, sebaya ke berumur ke, itu tak penting. Yang penting keserasian dalam hubungan…..
x salah kalau pasangan kita lebih tua atau muda dari kita..yg penting niat diri,sama ada baik atau sebaliknya..setiap individu ada jawapan dan asalan sendiri..untuk mereka fikirkan sendiri apa yg akan belaku pada masa depan nanti..yg terbaik kita doa kan kebahagia mereka..tp jgn laa sampai belakangkan ibu ayah..2 yg perlu kitakan fikirkan..kawan2..cinta,cinta juga tp dapatkan laa restu dieorg dulu insyallh hubungan itu dalam berkat mak ayah..2 laa pendapat sy..INSYALLAH “Kekurangan adalah dari sy dan kelebihan tetap pada NYA”
yes SYAIFUL..anda benar..
tanpa restu ibu bapa hubungan takkan membawa keberkatan..tidak kira la bahagia mana sekalipon pasangan itu, hidup mereka pasti tidak akan tenang..
Justeru itu, hendaklah meminta pendapat ibu bapa terlebih dahulu tentang pasangan kita yang terlalu muda atau berusia itu..Mudah-mudahan dipermudahkan juga jalan oleh-Nya
sy setuju coz sy sendiri terlibat dlm hubungan mcm ni..xde mslh…
coz skrg ni org open minded da…
no hal lar…coz mcm sy susah nk bercinta dgn org yg sebaya kebanyakkan yg berminat nk kwn semuanyer da berumur… bile tny knp…sbb org suke prejudge dr luar…tp x semua org leh trime hubungan mcm ni..tepuk dada tny selera..
age? doesn’t matter…kalau da serasi just proceed…be4 dis i pna kapel ngn some1 yg lebey tue dari i…but then at that time n now i still study…he already work…he want to engage wit me a.s.a.p but i,ve not really commited into it…half way kite break up…see…xserasi dalam tindakan….mayb bukn my mr.right…=)..dalam hdp kita da jadi kebiasaan bertemu n berpisah..semuanya adalah kenangan dan pengalaman..we need to face it..so umur sebenarnya xjadi hal..yg penting hati..letak dan beri pada yg berhak
i pnh cple ngn classmate i. dy tu muda bbrpe bln je dri i. kkg tu dorg ‘ayt’ je lbey. x nk tu la, x wt cmtu la. at last, dorg yg wt. itu pngjrn wt i, n now, i ssh da nk cye ngn lki. klu kwn lki tu, i x la ksh mne. cz i know, that was a joke. i’m not take it srius.
i penah couple ngan seseorang nie muda bape tahun dari i…
Sy sokong Anne. Tak kisah umur, or bangsa, janji lelaki thats just how they think. Susah nak cari yang baik. Actually susah nak cari lelaki and perempuan yg baik. we’re both not perfect =)
u r ryte briana..
i m totally agree wif u..
we are both not perfect n the most important is “understanding”..
understanding will create to our happiness!!
(”,)
usia tidak penting dlm perhubungan..
so baik muda atau tua sama sahaja..
bakal suami saya muda 4thn dari saya..
pada pandangan saya.. dlm perhubugan ni byk perlu tolak ansur n
byk berbincang utk kekal kan sesebuah perhubungan..
da jodoh tak ke mane gak .
kite kene la time seadenye .
bf ak pon mude dari ak gak .
pe yg penting kene jujur n sling mmahami antre len .
erm, aku kenal dengan boyfriend aku time aku lepas spm. dlm 18 tahun macam tu. time tu umur die 27. aku ingat die dlm 24 thn sbb tak nampak die mcm 27. nak wat mcm mana kan, dah suka. hehehe… skrg ni hbgn ktorg still go on lagi, and ktorg dah pun bertunang. skrg die 30 aku 21. beza 9 tahun. tua sgt ke? aku pun belajar lagi skrg ni. mmg betul la, dgn org berumur ni dorg lg matang. tak sama mcm yg sebaya. tp tak kisah la brp pun jarak usia kita dgn pasangan. yg penting dorg sygkn kita, dan kita tak rampas hak org. hehehe..
erm..atcually i pon pernah fall in luv dgn guys yg lbey muda.. tp till now tak berani coz mmg nampak dia tak matang..i tk nak amek risiko…
tua2 pun kalau pkiran cam budak2,xada guna juga…
tgk je bf sya…beza kami 9tahun,tp fkiran dia xmatang lgsung…kdg2 tpikir juga sya nak kawin dgn org mcm tu,tp demi fmly,sy kena juga pertahankan hubungan kami tu…
huhu…susah nak ckp…makan hati je dgn perangai dia tu…
i stuju dengan rencana ni . act, bf i pon bwh umo i jgk.
sume ni xjdi mslh if da saling mencintai diantara 1 same lain kn?
bahkan fmly i dgn bf i mmg suka kami cple n diorg da restu n nak kami menjalinkan hunungan ni sampai bile2 . . <3
Komen
maaf ye ad kesilapan sikit saya tersilap tipe *hubungan
n komen bwh dy terkosong . maaf sgt2 . .
ape yg penting dlm setiap perhubungan ialah keikhlasan..bila dh dpt sifat ikhlas dlm hubungan mmg yg lain2 xde masalah. bila kita ikhlas, maka kita respek dia as our pasangan, then syg dia krn diri dia, segala kelebihan+kekurangan mmg xwujud.n xwujud jugak isu ‘aku dh bosan dgn kau’ sbb ikhlas 2 ada dlm hati kita..tp ikhlas nilah paling susah nk dapat..belum tentu org tu ckp ’sy ikhlas dgn awk’ dia btol2 ikhlas.n blum tentu org memberi tanpa harap balasan dinamakan ikhlas..ia 1 sifat yg kita dapat tanpa kita sedar..kena pelan2 blaja..