Jangan Dekati Aku.

Sebagai remaja yang sedang meningkat usia, tentu sahaja banyak benda baru yang ingin kita cuba. Kan ada bermacam-macam jenis perkara yang boleh kita buat di dunia ini? Cuma pada zaman sekarang, anak-anak muda nampaknya lebih suka mencuba benda-benda baru yang negatif. Contohnya seperti, merokok, menunggang motosikal secara haram sekaligus melibatkan diri dengan lumba haram, meragut, memeras ugut, dan yang paling selalu kita dengar, dan yang saya kira paling popular adalah mengamalkan seks luar nikah. Alangkah kejinya kerana ada segelintir remaja kita yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Terdapat pelbagai kesan daripada perbuatan terkutuk tersebut. Tidak kisahlah dari segi, mental, emosi, fizikal dan rohani. Namun, di sini, satu kesan yang ingin saya tekankan ialah bukannya berkenaan dengan kelahiran anak luar nikah tetapi kemungkinan anak yang lahir itu menghidap virus HIV kerana seperti yang kita sedia maklum, pengamal seks bebas memang berisiko mendapat virus hina tersebut.

hiv

Pernahkah kita terfikir akan nasib anak-anak malang ini? Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan mereka? Dan bagaimana mereka hendak memperkenalkan diri mereka kepada masyarakat? Mungkin semasa masih bayi dan kanak-kanak, mereka tidak akan mengerti tentang semua ini. Tetapi, apabila merangkak dewasa, mereka akan belajar memahami satu persatu tentang diri masing-masing. Sudah tentulah rakan sebaya akan bertanyakan siapa ibu bapa kau? Kenapa wajah kau lesu semacam dan ada kesan-kesan kudis di badan kau? Secara tidak langusung, pertanyaan-pertanyaan ini akan melemahkan semangat anak-anak malang ini kerana mereka tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Manakan tidaknya, sejak lahir, wajah ibu bapa tidak pernah dilihat, apatah lagi merasakan belaian kasih sayang daripada mereka. Mungkin ada yang bernasib baik kerana ibu-ibu mereka masih mahu menjaga anak-anak malang ini. Namun, berapa ramaikah yang sanggup bersusah payah demi anak-anak malang ini? Dahlah memang dilahirkan tanpa dirancang, sudah lahir, berpenyakit pula. Penyakit yang boleh membawa maut pula. Secara logiknya, saya fikir tidak akan ada ramai yang sanggup menemani anak-anak malang ini. Lagipun, mungkin ibu-ibu mereka juga telah menemui ajal dek kerana virus HIV juga.

Anak-anak malang yang menghidap AIDS mungkin tidak akan mengalami kehidupan normal seperti anak-anak lain. Mereka biasanya dilihat akan mengasingkan diri daripada yang lain kerana merasakan bahawa diri mereka lain daripada yang lain. Tahap keyakinan diri mereka pun amatlah rendah. Pada pandangan anak-anak normal pula, keadaan fizikal anak-anak malang ini berbeza dan ini membuatkan mereka “geli” untuk bergaul dengan mereka. Tambahan pula, para ibu bapa pun akan menghalang anak-anak mereka daripada bergaul dengan anak-anak malang ini kerana risau virus HIV ini akan berjangkit. Mungkin kita beranggapan bahawa para ibu bapa ini mementingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun, mereka adalah ibu bapa dan mereka berhak untuk merasa risau terhadap anak-anak mereka. Rasanya kita pun akan melakukan perkara yang sama, kan? Jadi tepuk dada tanya selera.

Jika difikirkan, sedih sekali kan jika kita letakkan diri kita di tempat anak-anak malang ini. Pada mereka, mereka tidak mempunyai siapa-siapa untuk berbicara, tiada siapa-siapa yang boleh dipercayai untuk mengadu dan meluahkan kekalutan di lubuk hati yang sunyi. Kasihan. Tidak sanggup rasanya hendak menatap anak mata yang sayu, tidak sanggup rasanya hendak mendengar tangisan yang menahan kesakitan keseorangan, dan tidak juga sanggup untuk melihat perubahan susuk badan mereka.

Kepada anak-anak muda di luar sana, sama-samalah kita renungkan. Sanggupkah anda, sekali lagi, menjadi penyumbang kepada tangisan-tangisan kepedihan ini?

Oleh : Emilda Rozanie.

6 Komen-komen

  • mya
    Oktober 24, 2009 | Permalink |

    Ayat yg paling senang tuk kita cakap adalah…Kesiannye…tu la sape suruh cari penyakit…
    sape suruh wat benda bukan2…sape suruh btukar2 …tup..tup..tup….
    and sape..bla..bla…bla….tu jer yg smua owg ble ckap sbb tak kena kat diri sendiri,….
    Tapi bila kena baru rasa…jangan main cakap jer…

    aku pun kadang2..akan cakap Perkara yg same…coz aku juga Remaja…
    and selalu terfikir knape remaja yg laen sanggup buat smua tu…
    and yang akan dipersalahkan IBUBAPA…

    pada aku…kalau dah buat salah duk kita kan dah Besar panjang…dah bleh fikir ape yg patut kita lakukan…lagi pun IBUBAPA cuma tentukan hidup kita masa kita sekolah jer..
    pastu kita yg mCorak sendiri Warna2 perjalanan hidup kita…Dan jangan sesekali myalahkan org tua kerana BERCERAI kew…MISKIN kew…Sibuk keja kew…ape kew…
    tu BUKAN alasan Untuk SALAHKAN IBUBAPA OKAY!!!!
    laen la…kalu IBUBAPA tu jenis yg wat benda yng bukan2 pada anak2 mereka kan…

    pada pengalaman aku…ibubapa aku pun sibuk ngan keja…just leh jmpe pn hujung2 mggu
    jer tu pun jarang2…lebih2 lg bile dah tak bsame…lg la…tp ape yg perlu kita SET dalam MINDA kita anggap itu Cabaran untuk kita dan jangan Sesekali menghancurkan diri kita sendiri tanpa berfikir…jgn sesekali mLibat kan diri kita dengan anasir2 yg tidak baek…tu
    yang paling penting sekali….

    Pada aku jangan sesekali kita mghina owg laen walau apepn keadaan mereka kerana mereka juga manusia,ada perasaan,jiwa dan hati yang sama maCam kita ok…
    IGATLAH disisi YANG SATU kita semua sama saja!!!
    Anggap diri kita yng berada di Tempat mereka baru kita faham isi hati mereka…

    Walaupun kita tak Merasai…Tetapi kita masih boleh Memahami…
    Jangan sesekali pinggirkan mereka…

    pada yg bru2 nak mlibatkan diri tu igat2la masa depan anda…
    perjalanan kita semua masih panjang…jd panjang2kan pmikiran kita…
    Sekali terkena kadang2 untuk selamanya OKAY…

    IKUTKAN HATI MEMBAWA MATI
    IKUTKAN RASA BOLEH BINASA
    TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR….TERLAJAK PERBUATAN…..
    BOLEH SESAL SELAMANYA…
    YANG TERKINI…
    TERLAJAK KERETA BLEH U-TURN…TP KALAU DAH KEMALANGAN…
    ALAMAKNYE CEDERA CKIT/PARAH,PATAH @ MATI…!!! OKAY
    JADI BERINGATLAH…

    SAMA2 lah Kita membantu Mereka2 yg mngidap AIDS dan jangan sesekali hanya
    menunding jari sahaja…
    HuLurkan tangan untuk membantu mereka..
    Sama2 kita mcegah jauhi Dadah dan Seks bebas!!!!
    Semoga satu hari nanti Ada penawar untuk penyakit ini..Amin…

    mya, Luv 3R…

  • Disember 10, 2009 | Permalink |

    betul 2 kata mya…
    kita sepatutnya pk ttg diri n masa depan kita sendiri…
    masa muda semuanya indah…
    tp bler dah masuk ke umur yg lebih matang…
    apa yg kita buat hanya sia2….nk menyesal pun dah tara guna…
    jadi fikir lah ttg diri kita sebelum kita fikir ttg org lain…
    bila dah terjadi masalah…laki yg seronok ngn kita 2…hilang ntah kemana…
    akhirnya…cari mak bapak juga…
    renung2kan lah ek…

  • Disember 14, 2009 | Permalink |

    AIDS..memg semua org takut b ile dgr perkataan tu..
    tp,kdg2 kiter tak sedar bnda yg kiter takut tu lah yg kiter suke..
    kdg2 jugk,kiter suker cakp pasal yg bukn2 tntg org tu biler die got that killest disease..
    tp,kiter tak sedar sbnrnye org yg kiter ckpkn tu sebnrnye sebahagian dari kiter juga..
    kiter semua ada lah bersaudara..
    Jgn kiter suka pndang hiner kat pesakit2 AIDS..
    tp,bantulah diorg dgn semgt n keprihatinan yg kiter ada..(tu pun if still ada r..)
    Ape yg kiter dapt lihat pada ms skunk,byk yg suke pndg hiner n jijik nk dekat ngn pesakit2 AIDS
    AIDS..
    Pada aku hnya orng2 yg tabah jer akn diuji dengan ujian sebesar ni..
    Pada yg bijak mghadapinye,gnjaran yg setimpal die akn dpt..
    tp,pada yg tidak kenal erti ‘SESAL’akn terus sesat n gagal menghadapinyer..
    think about it..
    AIDS is not the ending..
    but it is actually the beginning of our life..
    xoxo!!

  • Disember 15, 2009 | Permalink |

    tol 2 fara…g pun xsemua pesakit aids 2 isap dadah…
    ada kala dari penerimaan darah yg org derma…
    and ada gak dari ibu bapa…
    anak2 xsalah…kita xpatut jauhi dari mereka…
    adoooiii…ain sedih bler ingat nasib dorang…
    ain doakan dorang tabah n redha…kerana ada hikmah di sebalik 2 semua…

  • Januari 28, 2010 | Permalink |

    yup.. i agree… atcually i think everyone pernah terfikir nak cube benda baru yg salah satunya “seks luar nukah”.. so i cadangkan pada siapa yg nak try that,think first… cuba bayangkan kalau kite yg ada di tempat anak luar nikah yg menghidap penyakit AIDS tu..sanggup ke kite????? i’m the answer is NOT…semua org nak hidup sempurna.. so dun being SELFISH… jgn susahkan pihak lain hanya untuk NIKMAT SEMENTARA semata-mata..

  • Mac 28, 2010 | Permalink |

    Orang kata anak-anak akan menyerupai perangai ibu bapa apabila mereka dewasa. Bagaimana perangai ibu bapa, begitulah perangai anak-anaknya.
    Namun kita tak boleh salahkan anak-anak seratus peratus dalam hal ini.
    Sebelum ibu bapa nak ajar anak-anak, mereka haruslah tengok diri sendiri dulu.
    Kalau ibu bapa tak betul, macam mana nak betulkan anak-anak? Bak kata pepatah bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
    Jadi saya sarankan sebelum anda menjadi ibu bapa, pklah apa yang telah anda lakukan sebelum berkahwin dan menjadi ibu bapa, mungkin ada balasan pada setiap perbuatan yang anda lakukan ketika anda pernah menjadi remaja suatu ketika dahulu.
    Tapi sebenarnya memang betul mengajar anak-anak tu adalah peranan ibu bapa.
    Ibu bapa ada tanggungjawab yang besar untuk mencorak kehidupan anak-anak sehinggalah mereka akil baligh.
    Pada masa itulah, kepala otak anak-anak harus dicuci dan dibilas dengan sebersih-bersihnya sebab dorang senang terima nasihat time kecik2.
    Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila rebung dah jadi buluh, agak sukar untuk dilenturkan.
    Selepas dewasa, anak-anak akan menyambung tugas untuk mencorakkan kehidupan masing-masing pula.
    Seharusnya ibu bapa patut bagi pendedahan ttg pendidikan seks dan agama ketika anak-anak mencapai tahap akil baligh. Jangan bergantung sangat kepada guru di sekolah. Anak-anak kan lebih rapat dengan ibu bapa. So jadilah ibu bapa yang berfikiran terbuka ckit.
    Jika ibu bapa malu untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan, sudah pasti anak-anak yang bersifat ingin tahu akan melakukannya secara tersorok contohnya lawat laman web porno ketika berseorangan di dalam bilik sewaktu ibu sedang memasak di dapur dan ayah sedang keluar bekerja.
    Sifat ingin tahu tu yang akan menyebabkan anak-anak pandai-pandai akses ke jalan tikus untuk memuaskan sifat ingin tahu dan seterusnya mengeksperimentasi perbuatan tersebut.
    Dah memang lumrah remaja yang baru meningkat dewasa akan mula mengenali perasaan cinta antara rakan sebaya. “Cinta Monyet lah katakan”
    Jika mereka ni tak ada pengetahuan tentang seks, maka kedua-dua pun akan berseronok-ronok dan menjahanamkan diri masing-masing.
    Keteguhan iman tu sngat penting dan cara untuk mematangkan pemikiran perlu agar tidaklah berlaku kes-kes seperti seks luar nikah, pembuangan bayi.
    Kalau kita lihat secara tak sedar, ramai remaja yang tak cukup usia membeli alat uji kehamilan di farmasi-farmasi yang berhampiran. Paham-paham sendirilah..

Apa Kata Anda?

Tambah komen anda dibawah, atau pautan daripada laman web anda. Anda juga boleh menghantar komen-komen ini melalui RSS.

Emel anda tidak akan dikongsi. Lapangan yang diperlukan bertanda *