Girlfriends before boyfriends

Ada pelbagai rules dalam perhubungan yang biasa kita dengari. Biarkan lelaki memulakan langkah pertama dan membayar untuk first date. Tugas wanita setakat menawarkan diri untuk membayar, out of curtesy. Boleh dikatakan, ajak-ajak ayam sahaja. Jangan telefon si jejaka dahulu. Biarkan dia telefon kita. Jangan jawab kiriman SMS si dia dengan terlalu cepat. Biarkan si dia menunggu beberapa jam. Kitakan in demand!

Tetapi antara rules ini, rule yang paling penting adalah, jangan sekali-kali biarkan isu jejaka menimbulkan masalah sesama girlfriends.

Misalnya, jika dua orang rakan rapat suka akan jejaka yang sama, usahlah bermasam muka dan berebut. Biarpun ratio lelaki kepada wanita 1:4, banyak lagi jejaka diluar sana.  Berebut semata-mata seorang lelaki yang belum tentu membahagiakan diri kita sungguh tidak  berbaloi. Apatah lagi apabila berebut sesama teman rapat sendiri. Tidak berbaloi kehilangan teman suka dan duka, teman bergosip dan shopping kerana seorang lelaki.

 Jika ada salah faham dengan si dia, janganlah teman-teman turut sama dilibatkan. Masalah seperti ini biasanya wujud apabila mempunyai teman-teman yang sama dengan si dia. Apabila masalah timbul antara pasangan itu, habis satu geng terpaksa hadapi. Yang untung adalah mereka yang pandai asingkan soal hubungan istimewa dan soal rakan-rakan biasa.

Masa bersama teman biasa adalah masa yang dikhususkan untuk teman biasa, jangan pula diheret si dia bersama. Mungkin ada teman-teman yang tidak kisah, tetapi bear in mind, ada yang kurang selesa. Tambah lagi, jika asyik bermanja dengan si dia dihadapan rakan-rakan anda yang masih single.

Paling penting, janganlah dahulukan si dia berbanding rakan-rakan. Ingatlah, cinta itu takkan kekal selamanya. Manusia zaman sekarang mudah sahaja melafazkan ayat cinta. Apabila jumpa yang lebih baik, mudah sahaja dilupakan yang sedia ada. Ketika inilah, girlfriends anda yang setia menemani,  hinggakan hati terluka itu terubat kembali.

Oleh : Atiqah Khamurudin.

5 Komen-komen

  • Februari 3, 2010 | Permalink |

    tp okey

  • Februari 10, 2010 | Permalink |

    Sy setuju. Sum girlz mmg xle hidup tanpe bf

  • nis
    Februari 23, 2010 | Permalink |

    agree! women’s life supposedly for a husband but not for a bf…so dun bother too much on him :) untill u get married.

  • Mac 21, 2010 | Permalink |

    Ha3..i do agreed wit dat.. yg pnting mesti tau bezakan msa yg u spend wit ur fwens & boyfwen… N bear in mind 2, kdg2 cinta tu bleh pegi ble2 masa jer but fwens, akan sntiasa brada d samping u smpi ble2..

  • Julai 19, 2010 | Permalink |

    yup2.. i pown agreed ape atiqah create tue.. urmm, even dari segi luaran pon kadang kala gf lebih menerima kita seadanya berbanding bf yang sebenarnya agak memilih.. maksud I, dari segi luaran dan dalaman diri kita.. kita gemuk,kurus,kaya atau miskin, gf tetap ada untuk kita.. tapi macam mana pulak dengan bf? Mereka lebih selesa memilih.. Apa sekalipun, dari segi pandangan and pengalaman I, BFF I adalah yang terbaikk~

Apa Kata Anda?

Tambah komen anda dibawah, atau pautan daripada laman web anda. Anda juga boleh menghantar komen-komen ini melalui RSS.

Emel anda tidak akan dikongsi. Lapangan yang diperlukan bertanda *