Oleh WK Cheah

Kita sering dikejutkan dengan pelbagai cara penggila seks memancing mangsa mereka dengan Internet. ‘Trend’ sebegini semakin menjadi-jadi, cuma bezanya kini kanak-kanak menjadi sasaran “penggiat budaya” ini. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star baru-baru ini, segilintir kanak-kanak Malaysia dipercayai telah terjerumus dalam perangkap pedofilia (yang mempunyai nafsu seks yang kuat terhadap kanak-kanak) dari negara Emiriah Arab Bersatu, atau UAE, menerusi Internet.
Bagaikan ‘spotlight’ yang menyuluh golongan bawah umur ini semakin terang daripada sebelumnya, kanak-kanak kini lebih terdedah untuk menjadi “santapan” pengamal seks luar biasa ini. Maklumlah, kanak-kanak sekarang ni lebih advance daripada generasi sebelumnya. Ibu bapa dan sekolah sibuk nak ajar anak-anak mereka untuk guna Internet kerana dipercayai pembelajaran mereka akan lebih berkesan dengan sumber maklumat tanpa batasan. Disebabkan sempadan tanpa batasanlah apa yang mereka akan belajar dengan Internet pun tanpa batasan. Kanak-kanak mampu belajar dengan cepat. Kalau diajar sikit, mereka dapat belajar fungsi Internet yang lain, termasuklah menggunakannya untuk berbual dengan orang yang dikenali mahupun tidak dikenali, atau istilah biasanya, ‘online chatting’.

Menurut laporan, pemangsa-pemangsa ini cuba untuk berkawan dengan kanak-kanak luar negara, seperti Malaysia, dengan pelbagai cara menerusi ‘online chatting’. Setelah mereka berjaya mendapat kepercayaan kanak-kanak ini dengan persahabatan yang terjalin, pemangsa ini akan melawat negara mangsa untuk memenuhi nafsu seks mereka. Berdasarkan kes-kes sebelum ini, modus operandi mereka termasuklah memikat kanak-kanak ini dengan pelbagai hadiah berharga dan wang tunai, jika mereka bersetuju untuk menjadi ‘escort’ pemangsa-pemangsa ini. Dengan rupa yang menarik dan pakaian kemas, semestinya penampilan diri pemangsa cukup untuk memikat dan mendapat kepercayaan kanak-kanak. Lepas dah jumpa kanak-kanak atau remaja yang tak sabar nak tuntut hadiah mereka, apa lagi, terjerumuslah sudah mereka ke dalam perangkap pemangsa.
Walaubagaimanapun, mungkin perkara ini sukar terjadi jika penggunaan internet kanak-kanak atau remaja dipantau. Bukanlah bermaksud untuk duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Cuma, berwaspadalah terhadap laman web apa yang mereka lawati. Jika anda mendapati mereka sering memasuki chatroom ataupun perisian chatting yang ada seperti MSN Messenger dan Yahoo! Messenger, cubalah ambil tahu atau bersikap lebih prihatin terhadap siapa dan apa yang mereka bualkan di situ. (Kadangkala elok juga jadi “kepohchi”, tapi janganlah selalu sangat, nanti rimas pula mereka).

Mujurlah, dengan kemajuan teknologi sekarang ni (cewah, macam nak mempromosi gajet apa pulak kan), anda dapat memantau penggunaan Internet oleh mereka yang di bawah umur. Apa yang anda perlu lakukan cuma dengan memastikan ketetapan atau settings ‘Parental Control’ di komputer anda. Dengan itu, anda dapat mengawal apa yang boleh dan tidak boleh diakses oleh pengguna-pengguna minor. Bukan saja anda dapat mengawal jenis program yang boleh mereka akses, malah tempoh masa juga boleh anda peruntukkan untuk mereka menerusi setting ‘Parental Control’ itu. Kalau anda tak suka dengan fungsi yang disediakan dengan ‘Parental Control’ tu, terdapat banyak lagi perisian yang boleh anda install untuk tujuan yang sama tetapi dengan fungsi yang bersesuaian dengan permintaan anda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan ‘Parental Control’, sila layari laman web berikut:
· What Can I Do With Parental Control?
· Parental Control With Windows XP
· Menggunakan Parental Control Pada Windows Vista (Part 1 & Part 2)
(Walaupun bahan ini disediakan dalam bahasa Indonesia, tetapi penerangannya mudah dan mampu difahami oleh penutur bahasa Melayu juga)
(Nota: Kalau maklumat tentang ‘Parental Control’ tidak mencukupi, carilah sendiri menerusi Google atau Yahoo! Hehe…)
































Satu Pautan
[...] sini untuk terus [...]