“..aduh, susahnya nak dapat kerja”

43
July 24, 2009 at 11:38 am  •  Posted in Featured by  •  43 Comments

“Bilalah nak dapat kerja ni..??”

Sehelai demi sehelai mukasurat suratkhabar itu dibeleknya. Dah hampir lunyai pun. Segala macam peluang pekerjaan telah di tandakan dan dihubungi, tetapi tidak mendatangkan hasil. Mungkin ada satu atau dua temuduga, tapi panggilan penerimaan untuk bekerja tidak pernah diterima. Internet? Jobstreet.com.my? Monster.com? Boleh dikatakan hari-hari menghadap internet untuk mencari kerja. Semua dah cuba..tapi masih sama, tidak membuahkan sebarang hasil.

Tempohari telah mencuba untuk pergi dari pintu ke pintu syarikat untuk mencari kerja lagi..dengan harapan mungkin mereka akan tertarik apabila melihat kesungguhan untuk sanggup datang ke pejabat secara face to face. Sehari suntuk masa, wang, dan tenaga dihabiskan semata-mata untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian. Ke hulu hilir membawa dokumen-dokumen dan sijil-sijil penting, dengan satu harapan – untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Aduhh..sakitnya kalau begitu kan?

work

Begitulah senario yang terpaksa dihadapi oleh sesetengah orang yang mahu melangkah ke alam pekerjaan. Ada yang senang untuk mendapatkan peluang pekerjaan, dan ada juga yang sudah mencari berbulan-bulan tetapi masih tidak mendatangkan hasil. Pada mereka yang bernasib baik – sebaik sahaja keluar dari universiti terus mendapat tawaran bekerja dengan bayaran yang berpatutan. Tak perlu susah-payah untuk memikirkan tentang kesusahan mencari kerja ni.

Tapi bila asyik menghadap ruangan mencari pekerjaan selama berbulan-bulan – rasa bosan, marah dan kecewa dengan diri sudah mula menjadi kebiasaan. Alhamdulillah, mungkin sehingga ke hari ini saya sendiri tidak pernah merasakan kesusahan mencari kerja, tetapi apabila melihatkan kawan-kawan yang bertungkus lumus menghantar resume kesana kemari…membuatkan saya tertanya-tanya dan merasa seperti mahu membantu. Adakah kerana terlalu memilih pekerjaan? Permintaan gaji yang terlalu tinggi? Tidak cukup pengalaman bekerja? Atau mereka gagap ketika temuduga? Atau mungkin kerana tidak cukup persediaan untuk menghadapi temuduga?

Kadang-kadang bukannya salah mereka pun..cuma mungkin belum tiba masa dan rezeki untuk mereka barangkali. Tapi yang pastinya, saya cukup kagum dengan semangat dan usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk terus mencari kerja yang bersesuaian.

Tidak kiralah samada mereka merupakan lulusan luar atau dalam negara, memang masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Banyak kali juga saya mendengar pendapat ini – “…alaaa, awak senang la nak dapat kerja. Tak perlu risau, lulusan luar negara..mesti senangnya nak dapat kerja..” Pada pandangan saya, mungkin ada benarnya kata-kata itu – kerana apabila seseorang itu merupakan lulusan luar negara, mentaliti masyarakat terhadapnya terus automatik akan mengatakan bahawa dia mesti berpengalaman luas dan lebih professional. Tapi, saya agak kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Secara luarannya, lulusan dalam atau luar negara tidak seharusnya menjadi batu pengukur untuk menentukan nasib seseorang itu dalam mencari pekerjaan. Yang penting adalah cara pembawakan diri, keyakinan dan kebolehan setiap individu itu.

Walau macam mana susah sekali pun untuk kita mencari pekerjaan, janganlah sesekali kita putus asa. InsyaAllah satu hari nanti usaha kita pasti akan mendapat ganjaran yang berbaloi. Bak kata pepatah,’bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Oleh : Syairah Hanis Hassan.

43 Comments

  1. yana / July 24, 2009 at 9:18 pm /

    hye kak..sy yana..sy juga berada di dl situasi spt itu skrg..mmg susah nal dapatkan kerja..
    sy pula takde pengalaman..ada pun,tak ramai yg nak ambil sy bekerja..sy cari kerja sana sini,resume tak tau berapa bnyk company sy dah hantar..ada yg dah interview,tak dpt2 jawapan…siap kena tipu lagi dgn agensi cari pekerjaan,diorang suruh sy bayar dulu baru dpt keje,sy ni terdesak sgt time tu,sy bayar je..tp baru sy sedar sy dah kena tipu.. tapi sy tetap teruskan niat sy untuk cari kerja..sy tak boleh putus asa,ini soal masa depan sy..sy makin risau,dgn umur sy semakin hari semakin meningkat,tp masih belum dapat kerje tetap..kwn2 sy boleh dikatakan berjaya,ada karier sendiri tp sy masih mcm ni..sy risau lg2 dgn keadaan ekonomi dunia yg tak menentu..sy perlukan kerja..bantu lah sy…plz…..

  2. Nurul / July 27, 2009 at 2:31 pm /

    salam…
    urm,mmg betol la skrg ni ssah nk dapat keje…
    nurul teringin nk jadi pengacara tp xtau mcm ne????
    tlg la saya,macam ne nk cari keje…

  3. mynn / July 27, 2009 at 4:38 pm /

    aduhh yana..kasihannya. hmmm..baguslah kalau yana tidak berputus asa untuk mencari pekerjaan, saya kagum dengan semangat yana tu! teruskan usaha dan banyakkan berdoa supaya dimurahkan rezeki. insyaAllah lambat laun pasti yana akan berjaya mendapatkan pekerjaan yang yana inginkan. apa kata yang cuba bertanya dengan rakan-rakan kalau ditempat kerja mereka ada kerja kosong? mungkin mereka boleh membantu ke..?

  4. keen / July 27, 2009 at 6:57 pm /

    skunk ny mmg r ssh nk dpt keje..
    xp kdg2 bgntung kt rzeki gk lew kn..

  5. Cik Nur / July 28, 2009 at 8:26 am /

    yup btol tuh ssh skang nk cri kerja skang,..
    tp pape pn bergantung pada usaha,rezeki dan kesabaran..
    jgn terlampau memilih sangat..
    kerja jew apa yang ada dlu..wlpn tak selayak dengan kelayakan yang kte ada..

  6. alia / July 29, 2009 at 10:50 am /

    aslmkum kak..
    saya pun bersetuju dgn pndapat akk 2..saya pun pernah mengalami keadaan yg mcm 2..pekerjaan saya skrg pun tak berkaitan lgsung dgn apa yg saya study dulu..hmm…tp,kalau skrg nk mintak balik perkerjaan yg berkaitan apa yg kite bljr,ssh la plak..ilmu2 2 dulu dh lupa..tambahan pulak xde pengalamn..ada kalanya,rakan2 sng dpt ker ja atas sbb ada ‘orang dalam’..hmmm…rasa mcm x adil…:-(

  7. mynn / July 29, 2009 at 12:10 pm /

    hmmm..saya rasa ada kelebihan dan kekurangannya bila menggunakan ‘orang dalam’ ni. tapi sebenarnya ia bergantung kepada rezeki masing-masing juga. kalau kita sabar dan tidak berputus asa untuk mencari pekerjaan, insyaAllah pintu rezeki tu akan terbuka juga untuk kita..cuma kita tak tahu bila. :)

  8. alin / July 30, 2009 at 12:48 am /

    dh tau skrg ni susa nk cari keja wlupun lulusan degree..apa kata korg yg masih blum gred ushar satu backup tuk plan korg..pas gred nt korg tak payah nk risau psl kewangan korg nt..lbh2 lg yg wat pinjaman ptptn yg perlu dibayar..bygkn korg blum dpt keja surat dr ptptn dh smpai..wuiyoooOh

  9. ayda / July 30, 2009 at 3:08 pm /

    Memang susah sangat nak cari keje….
    lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni…………
    dan persaingan yang terlalu banyak…..
    Saya pun senasib dengan mereka2 yang susah sangat nak dapatkan keje. Dah macam2 tempat saya pergi untuk temuduga,…rasanya dah tak terkira banyaknya syarikat saya pergi,….tapi hasilnya tetap menghampakan. Hari2 belek paper, tengok iklan, call sana, call sini, semua tetap mengecewakan. Nak kata memilih sangat, keje apa je yang saya tak mohon?? Semua saya mohon….
    Rasa macam bengang sangat, rasa macam tak guna ada kelulusan tinggi, tapi tak dapat nak gunakannya untuk cari keje yang sesuai.
    Saya tak dapat nak gambarkan, situasi yg macam mana saya lalui semata2 untuk cari keje….tak taulah kenapa….kan?
    Sampai hari ni, saya tetap jadi penganggur terhormat…yang terus mencari keje dan terus mencarinya…

  10. eYna_Qulai / August 4, 2009 at 11:26 am /

    haha..bg sye xplk..so easy ntok crik kje,,yg pntg jgn trllu mmilih..sy mle bkrje ktike sy brumor 16taon ag,,sy bkn ank org berada,,life sy complicated sgt,,parents divorce tp tu xmghlg sye ntok brjye,,ade adk bradik yg prlu ditanggung,,sy brhnti skola ketika brumor 17taon sbb kesusahan hidop tp sy dpt amek spm sbb sye dpt byr yuran prikse mggunekan duit sye sndrik..sy memulekn kje sbg operator pengeluaran di bangi,selangor,,sy keje slame 2taon disamping itu sy mgmbil diploma pengurusan sumber manusia di kolej..sy mengambil klz mlm dan belajar sndirik,,slps tu dgn diploma yang ade sy dpt menjawat jwtn pnolong HR,,setelah 6taon bkrje,kini sy mnjawat spnohnya jwtn tersebut,,nsht sye,,usehe dgn lebih kuat ntok brjaye..xde pape yg bleh mghalang kte ntok brjaye,,

  11. baby_l0ve / August 4, 2009 at 1:34 pm /

    em skunk ni i keje ag… tapi maken ari du8 maken byk nak pkai.. s0 gaji yg skunk tak mampu nak tampung k0z sara id0p… kene la cari keje len… tapi mmg susah… law dpt p0n dy0wg b0le bagi gaji naik 100 dari current salary… baik tak pyah law cam tu… cam i skunk keje insuren… s0 law nak cari keje kene la amek line2 insuren.. law cube tmpt len yg bukan insuren sah2 tak dpt… c0z lari bidang…. tu la masalh nyew….
    tapi i tekad pas dpt b0nus bulan 11 t i mest cari keje tmpt len gak… huxhux…

  12. liza / August 4, 2009 at 3:07 pm /

    yup stuju sgt gan topik nie.sy pun di stuasi yg sama.dlu abis spm kata x ade education dalam keje and then bila dah sambg study kata lak x ada pengalaman.so,camne…???sy nie byk comitment utk famili…bukanya memilih pun tapi kalo dah majikan bagi gaji rm600 per month mana ckup….bukanya demand tapi kita bukanya warganegara asing!kkwan2 yg len byk dah bjaya coz diorg ada org dalam n then mak bapak bisnes just help bisness famili je la….stresss la cari keja!

  13. Miura / August 5, 2009 at 5:10 pm /

    mmg stresz yg teramat sgt biler fikirkan pasal keja ni..klu ader org dlm x de kelulusan aper pun sng nk dpt keja tp klu x de kabel camtu….alamatnyer ngangur jelah…
    Saya mmg x kisah sgt soal gaji tp bila dapat gaji kecil dan jadi tempat untuk lepas geram majikan setiap hari…mmg sakit hati!!!!!

  14. mizs mj / August 6, 2009 at 1:05 am /

    hye there.. i admire eyna_qulai’s succes.. i wonder how she make it.. btw, problems regarding unemployment seems to be endless.. is there anyone we can turn to or any organisation that do open interview for fresh graduates so theres no inexperience issues arise?

  15. cute29 / August 6, 2009 at 6:31 pm /

    sama la mcm aku..3 tahun cari keja tapi tak dapat2 pun bukan pilih pun,
    tak pilih pun dak dapat juga ….tapi tak pa la bukan rezeki aku lagi la tu,
    sebab susah sangat nak cari kerja aku sambung je study buat degree lepas abis ni
    aku ingat nak buat master …pastu aku tak nak cari kerja tapi aku nak cipta pekerjaan
    untuk aku jadi bos haha …boleh la aku guna ilmu yang aku belajar kat universiti untuk aku berjaya di kemudian hari…rezeki takkan datang bergolek hehehe….
    jadi kita kena usaha jugak lambat laun mesti berjaya….yakin boleh
    harap2 cita2 aku tercapai..:-)

  16. mynn / August 7, 2009 at 11:58 am /

    wahh lamanya 3 tahun. tapi betul tu cute29, bagus la kalau ada semangat dan tak berputus asa. rezeki tu tak datang bergolek kalau kita tak cari dan berusahakan? pada yang masih lagi mencari pekerjaan, semoga berjaya saya ucapkan! dan ingat, jangan putus asa ya! insyaAllah kalau kita yakin dan rajin dalam melakukan sesuatu perkara..mungkin satu hari nanti pintu rezeki tu akan terbuka juga :)

  17. Wani / August 8, 2009 at 3:35 pm /

    As’salam… hai kakak :) saya masih lagi menuntut sebnarnya dalam tingkatan 6 dan mengambil matapelajaran sosiologi, economics & business studies… actually kan,, masa rancangan 3R yg membincangkan mengenai topik cari kerja ni disiarkan, kebetulan saya telah di beri tugasan oleh cikgu subjek Business saya untuk membuat CV dan mencari advertisement kerja yang sesuai dgn kelulusan.. barulah saya tahu betapa peritnya cari kerja… mesti kelulusan tinggilah,, ada driving license lah dan yang banyak mereka mahukan mesti ada pengalaman kerja… huhu…. tapi itulah,, dengan adanya topikne dibincangkan,, sya sedikit sebanyak dapat jugak pelajaran kan.. terima kasih 3R :)

  18. bel / August 9, 2009 at 9:43 pm /

    halaman kurang membantu kerana tiada memberi apa-apa panduan kepada si pencari pekerjaan…diharapkan petunjuk-petunjuk dapat dikongsi bersama

  19. wiwinthomel / August 11, 2009 at 12:24 pm /

    kalo nk crik kije utk opis hour ssh,nk crik kije kt mall sje pn ssh leh tahan..
    kije kt mall 2 gji mmg ciput laa,of course tp kalo dh xde kije cgt t’pkse laa trime je kije yg de..sy pnah kije kt market kt dlm mall,kije dh laa 12jam..gji lak bwu 800..wet 2 ckup2 or kekdg x ckup utk sebln..wet transport dh baper g blek..nsb baek mak sy rjin msk leh sy tapau mkn g kije..lek umh je nk layan ank..mmg pnat..pg2 dh g kije..kije kt mall ni pon 1 lg msalah,memilih sgt,nk p’kerje yg lawa2..sy pnah gak laa kije promoter,cashier..kije angkt brg2 berat kt stor 2 smue sy dh merase..skrg alhamdullilah dpt gk kije ofis hour…
    usehe tangge kejayaan..

  20. liana / August 13, 2009 at 4:42 pm /

    ala x yah memilih keje udah lew asal kan gaji ada x payah la memilih lg pun time skrg gah gawat so jgn memilih ok

  21. edy / August 15, 2009 at 3:56 pm /

    kerja semua sama cuma gaji dan keadaan persekitaran yang berbeza2. Skrg nie, kerja banyak, buang orang sana sini pun ramai. bagi yang islam banyakkan solat hajat untuk dapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan anda. wassalam

  22. mutiara / August 20, 2009 at 12:21 pm /

    hai…..mutiara plak nak minta pndapat korg..
    mitiara kerja dlm sektor awam….yg jd msalahnya tmpt keje ni jauhnya kira2 sejam suku untuk smpai…hr2 mutiara ulg alik….mutiara rasakan yg slmeni keje cm sia2 je cz xdpt myimpan lnsg n gji plak hnya la kira2 rm 1100…mne tambang…then kat sni hny mutiara saja yg bkerja,,,kekdg mutiara rasa tertekan,,tp krn kegawatan mutiara hold dlu niat nak bhenti keje…pd korang le ptt ke mutiara bhenti…

  23. nunny / August 27, 2009 at 1:35 am /

    cik mutiara jgn la benti keje sekiranya xde keje yang lebih bagus dr tu…cik mutiara kene byk2 bersabar sye pown skung ni tgh mencari keje da la xbole drive sendiri bab tranposrt memg susah byk company nak kan org yang ade transport kdg2 tu rasa macam xbeguna je cos lesen kete da 3 taun nonsense kan?? so cik mutiara jalan yg terbaik bersabar sementara belum dpt keje yg dekat ngan umh…k?tp tgk jugakla keje baru tu sehebat keje yg lama ke…kan?

  24. ct rose / August 30, 2009 at 8:06 pm /

    mmg betul susah nk dpt keje skrg…..pening dibuatnyer…study bertahun2 pun mcm x guna pun……..

  25. mary / September 1, 2009 at 4:44 pm /

    saya setuju dengan kenyataan di atas..memandangkan saya juga ingin mencari pekerjaan tetap namun hingga sekarang langsung tidak mendapat sebarang panggilan untuk di interview. saya sering ke sana ke situ dengan membawa sijil dan dokumen2 penting untuk di interview dulu, tetapi gagal…apa yang saya buat selama ini mesti tidak membuahkan hasil dan ada kalanya saya pernah berputus asa untuk menghadapi keadaan begitu lagi….bermacam2 perkara saya lakukan namun semuanya hanya memberi kekecewaan dan kehampaan sahaja…………….

  26. mfmz / April 22, 2010 at 7:32 pm /

    saye pn mengalami situasi tu…ngadap internet,cr dlm sokkaba..dh naik bosan…pergi interview employer nk experience…kalau fresh graduate cmne nk cr experience tu yek?ade sesape tau x?

  27. iza / April 23, 2010 at 11:48 am /

    akum. sy iza.nk b pendapat gak.saya dr kl blk k sg petani cr keje.ms kt kl keje swasta gaji ok gak tp ingat nk balik dk kg lah..last2 dh balik susah btol nk cari keje even gaji RM1k ke atas. skrg keje aji cuma RM800.i2 tak tolak mengasuh anak lg, tambang pegi balik.dpt gaji mcm xde apa yg berbaki…mmg masalah kewangan btol.husband pn keje gaji x byak..blah2 utara ni memeng susah nk cr keje gaji tinggi ke??

  28. mfmz / April 24, 2010 at 11:28 pm /

    kt kulim hitech park membr sy ckp byk kilang…rasenye kt belah utara lg maju dr tmpt sy kt pntai timur…kt cni lg le susah…kwsn indstri pn kureng…

  29. princess flavia / April 27, 2010 at 9:38 am /

    hai….susah2 nak cri kerja pun ssah skrng ni,nk cri kerja pun kne ada duit… duit mkin lma mkin srut tp krja xdpt2… nsib2

  30. Ain / June 10, 2010 at 2:36 pm /

    salam
    memang betuk susah nk cari kerja yg meet our qualification. dl ms br grade dr u sy antr mahasiswi yg dapat kerja cepat sy final feb march dah dpt offer apr mula kerja. tapi kerja cam balaci, bila ada experienced sy joint company lagi, namanya gah rupanya company tu dah goyah, salarypun harap main company bayar, so saya aplly keja lain n dapat, company baru propek nampak bagus tapi lepas government tukar polisi sykt ni pun nk terlungkup gak. so cari kerja lain lagi, dpt ngan koperasi, ini byk duit tapi status kontrak. punya la byk politik. habis kontrak sambung lagi 2 tahun n aftar 4 tahun stop. so sekarang menganggur. jadi driver anak, nanny, tukang masak n bibik kt rumah.
    part time ngajar kat tadika… hahaha gaji ciput aje.
    br nk minta kerja balik after 4 tahun terperap duduk rumah. 1 bulan lps ada gi interview ngan local U, sesi interview ain last sekali. ms sesi interview org yg interview tu memang nampak tak berminat nak soal, so memang fahamlah, dia dah ada calon.
    hahahaha, memang susah nk dapat kerja la ni, usia dah tua, nampaknya memang jadi supir, nanay n bibiklah selama-lamanya. nk jd usahawan mana ada modal.
    sambung belajar??????? ramai kekawan ain sambung belajar tapi masih tak dapat kerja yg sesuai ngan qualification. so ain memang tawar hati nk sambung belajar. sia2 aje nt, duit habis, penat belajar, habis masa tapi tak dapat kerja gak. kalu nk kerja buruh byk la. agaknye lebih baik anak2 sy ni jgn masuk u, biar smp spm pass 2 keja. masuk u pun tak guna bukannya ada keja setakat jd guru tadika spmpun cukup. buat apa habiskan masa 2thn stpm 4thn u, siap loan lagi, itu nasib baik dpt tukar ke biasiswa, klu tak nak bt camna. saya memang dah putus asa.

  31. ain hashim / June 17, 2010 at 1:44 am /

    ain xleh gak cepat putus asa.bila kita cuba lg mungkin bnyk pengalaman dan akan buka peluang yg lebih baik untuk kita.saya pon cikgu tadika tapi gov punyer.bkn setakat spm je.cikgu tadika sekarang ni dah di naik taraf ke gred 27 iaitu memerlukan diploma.dan ada ura-mengata kan yang kami akan diminta untuk menyambung pelajaran lagi kerana kerajaan ingin menaik taraf tadika sekarang. so akn dtg guru tadika sudah mempunyai ijazah dan mendapat gaji yg setimpal dgn kelayakan nya.

  32. udin kpg / August 7, 2010 at 2:38 pm /

    yg dh dpt keje sng la ckp…nk naik trf la ape la…yg menganggur ni yg masalah…mtak keje xdpt,alasannye xde experience…adoi…

  33. noor zahirah / September 24, 2010 at 1:33 am /

    salam kengkawan…nak tye pendapat..cam sy abis je blaja bulan 6 lpas..dalam tmpoh tue sampai skrg cube jgak cri keje tpi same gak mmg xdpt..bru2 nie ade g interview yg program kerajaan buat utk siswazah tue..dpt untuk kursus autocad ade kene mngena ngn bidang mechanical yang blaja kat U..mmg excited..tpi tulah tmpoh training 6 bulan..4 bulan kt klas 2 bulan praktikal then die ckap die crikan keje nanti..pastue ade gak dpt interview tpi department customer service astro..muskil gak nak pegi..yela sb mmg dh target ngn program tue yg akan stat x lme lgi..kengkawan rse sy ptut pegi interview yg astro tue or just wait untuk join program kerajaan tue..

  34. Noor / October 5, 2010 at 1:01 pm /

    Assalamualaikum,
    Dunia ni memang begitu, kalau takde experience nak yg ada experience, bila dah ada tanya pulak kenapa menganggur, kenapa nak cari kerja lain lah, kenapa itu kenapa ini. Itu memang lumrah alam. Manusia suka bertanya benda yang takde. Kalau dah ada cari benda lain pulak nak tanya. Bersabar dan terus kan pencarian. Rezeki ditentukan Allah kita berusaha sahaja.

  35. NOor aFYza / October 6, 2010 at 10:18 pm /

    sy lulusan U dan berjaya mendapat segulung ijazah dlm bdg sains gunaan.alhamdulilah,termakbul doa ibu sy tuk melihat sy berjaya. selepas final paper,sy terus pulang ke hometown sy (melaka) setelah 3 tahun berada di KL. bermula la episod sy mencari lubuk kerja..ketika itu,sy tak terlalu memilih kerja.1st job sy ms tu menjadi cashier cum sales asistant di sebuah pasaraya dgn basic gj RM620. selang 2bln,sy dinaikkan pangkat menjadi penyelia dan gj turut dinaikkan.(after declare ade degree)..disebabkan kurang experience & expose dlm dunia pekerjaan,sy ambil langkah drastik dgn meletak jawatan disebabkan tak tahan dgn tekanan kerja,tekanan dr majikan dsbg..ketika awal tahun 2009, sy melalui 1 fasa yg agak genting.sy terumbang ambing mencari kerja baru tp x semudah yg disangka. 3bln sy mnganggur dan ibu sy mula membebel..rakan sy mencadangkan sy menyambung master dan ade juga yg menawarkan sy bekerja di KL dgn basic gaji RM2500. sy menolak tawaran itu kerana sy tahu kos hidup di KL agk kurang mencukupi dgn gaji sebegitu..sy x putus asa,tuk elak disindir emak..sy pun bekerja sbg pembantu kedai di sebuah kedai buku dgn gaji RM630..hahaha..bodoh sy kan?dulu gj tinggi tp pegi tolak..padan muke sy;-)..tp x lama pun,pas 3bln bekerja,sy amik keputusan tuk join progam penempatan kerja yg di anjur oleh kementerian sumber manusia.kursus yg sy sertai ialah pengrusan korporat dlm ms 5bln..selepas tamat kursus,sy mendapat twrn sbg kerani akaun di sebuah pasaraya gred A.gaji sekadar RM750 je tp sy tetap terima..ketika itu,Allah saje yg tahu betapa teruk nasib sy sbg graduan,sy di sindir dan di umpat oleh org sekeliling.sumenya sy telan je..(buat pekak badak sudah…)akhirnya,rezeki menyebelahi sy..kini sy bekerja di sebuah bank yg kukuh dan ditawarkan jawatan tetap.paling penting gaji juga lebih lumayan..paling sy syukur, tpt sy bekerja hanya 10minit dr rumah. jadi,ms rehat pn,lunch kat rumah je..save duit mkn & petrol..alhamdulilah..insyaAllah,disinilah tpt sy tuk tmbah pengalaman & ilmu…so, pd korang yg nak cari kerja,jgn memilih kerja.biar kita bermula dari bawah..jgn kisah pe org ckp.insyaAllah, lambat laun rezeki kita akan sampai jua..wsalam

  36. nor / October 25, 2010 at 1:29 am /

    nor zahirah…saya ade kwn yg g pgram krajaan tu tp dh praktikel die xde pn serap trus keje…so,awk pkr la masak2 yg mane awk nk g..

  37. nouryn / February 11, 2011 at 7:37 pm /

    cari kerja n tggu twrn kja mg pyh.kt jb ni pon sama,bersaing utk cri keja ramai,.klau ada iklan dlm jobstreet,mesti ada syarat2,mandarin speaking,yg kita org melayu ni mmg fail tahap gaban.!.x pon ada yg siap letak range umur.so ini nk kata kitaorg ni memilih lg ker?…nak menangis airmata dh kering dah…nak kata ada menyakitkan hati makbapak,..aku tggal merantau.setiap kali blk kmpug, x pnh aku lupa salam cium tangan mntak ampon n maaf,mintak halal itu ini, tp seolah hijab aku dgn allah x lepas2…speaking BI smpai naik letih mse intrvw,resume smpai dh muak company nk rcvd,tp pnggilan xder jgk.kdg klau pkrkan xder iman, dah rasa mcm nk suicide.rasa mcm nk teguk jer cuka getah kt dapor.duit byr yuran U dlu rasa sia2 cmtu jer.rasa subjek yg belajar dlu skdr propaganda jer..kadang dlm solat,..berckp dlm doa,..apa tujuan aku hidup?..apa tujuan aku masuk U?…apa tujuan aku itu,..ini…letih dan x trdaya kudrat ni dah….yg kaya makin terlebih2,…yg miskin makin tersepit…dugaan jenis apa ni pon aku dh x tahu…
    sabar dah semakin tipis kulit bawang.adakah allah nak aku merempat di tanah sndri?..jika takdir itu adalah yg terbaik,…redha je la gamaknya.

  38. kama / February 23, 2011 at 1:29 pm /

    salam, sabar ye nouryn,xde jln lain selain sabar, berusaha dan berdoa,aku pom dalam situasi ko juge,memg tersepit.Tp sume tu ade hikmahnye,tuhan nak uji kita sejauh mana kesabaran kita menempuh ujiannya,aku sampi skrg xde keje,tp aku redha dan trus berusaha,mmg ssh nak dapat kerja skrg saingan terlalu ramai,tgktkan kualiti iri kita,sentiasa beri motivasi pd diri kita,dan yakinlah dgn usaha diri kita akan membuahkan hasil,skrg aku buat insurans skrg2nya adalah duit untuk cover kehidupan sblom dapat kerja,so apekata ko join insurans dulu,smntara ko cari kerja len.

  39. dream / March 17, 2011 at 7:16 pm /

    betul tu, pekerjaan sekarang memang susah..tapi yang saya dengar, kerja yang makin mantap dan PM kita syorkan juga adalah mencari kerja dan menggunakan internet sepenuhnya.seiring dengan perkembangan dunia dan global, business internet yang boleh dilakukan secara part time atau full time boleh membawa pulangan yang bagus. untuk tahu lebih banyak pasal kerja macam ini, saya cadangkan link ini:
    http://formulaluarbiasa.com/recommends/RMguaranteed. selamat mencuba dan berjaya.

  40. aisha / April 12, 2011 at 5:56 pm /

    salam. saya juga ingin kongsikan apa yang anda semua rasa. memang sangat payah nk dapat kerja zaman sekarang ni asal kita xmemilih.saya sudah 3taun grad tapi sampai sekarang belom dapat kerja tetap lagi.sebelum2 ni pon saya kerja just guna spm jerr…so tau2 je la kn klu spm gaji brape..memang xboleh tahan lama kerja camtue..mane xnye gaji slalu xcukup n bila p kerja asik stress sorng2 sbb bkn bidang kita.so xde feel nk bkerja dgn baik.sy lulusan bioteknologi tp bnyk intebiu sy pergi semua nk experience.mcmmana nak ada experience klu satu cmpany pn xpenah bg peluang tuk fresh grad cm kita semua ni tuk bkerja..so majikan nie knela pkir jgak..jgn asik slhkn graduan jerr..yg dtg intebiu pon bole tahan siap ada master lagi tp still menganggur jgak.bsyukur jgak sy sbb ada keje time tu wluopun gaji ciput.n now sy da pon bkahwin…after kawen contract keje sy da habis.tggu punya tunggu xjgak dpt smbung2…da hampir sebln sy dok rumah.husband bising sbb xkerja and sy perlu byr duit kereta n hutang ptptn yg melambak tu..sy da bnyk apply kerja lain tp xde satu cmpany pon pnggil..sy hmpir putus asa..pnh satu hari dpt call sy ingt cmpany nk pnggil intebiu rupanya dia soal dulu puan ni da kahwin ye…da ada anak blom..apa rasional nk tnya camtu dlm tepon…pnggil jerla dtg intebiu terus..aduhhh sakit jiwa..last2 tggu smpai hari ni org tu xcall blik…ntahla kdg2 rse org pompuan yg dah berkahwin ssah nk dpt keje…husband pon gaji ckup2 mkn jer….ini semua buat jiwa sy tertekan…sy pon xtau nk ngadu pada siapa…hari2 sy ngadap internet n paper cri kerja kosong smpai migrain kepala otak..sy bt muka xmalu hantar resume sana sini p mana2 cmpany…tp smpai skrg xde satu pon respon…semua kilang sy dah redah…sy bkn la tlalu memilih sgt tp klu cmpany tu just nk byr gaji rm600 jer bole ke tahan…maybe keje sbln pastu cabut…jgn la tlalu zalim sgt majikan pon kne la btimbang rasa….kdng2 bkn sbb graduan memilih kerja tp mgkin dsbbkn gaji sedikit so semua org rasa x worth it…bek la jd cleaner jer klu camtu..xpyh blaja tinggi2…

  41. gegurl / February 1, 2012 at 4:08 pm /

    saya dahbosaan cari keje…

  42. ahmad fauzi / February 24, 2012 at 4:23 pm /

    korang jgn susah hati… pi tackle jantan kaya

  43. satu jiwa / August 2, 2012 at 11:49 am /

    sedih baca komen2 kawan2 kt sini..actually dulu sy pun senasib dgn awak semua..
    mulanya saya kira amat beruntung kerana lepas tamat pengajian ijazah terus dapat kerja executive kt satu kilang jepun dgn gaji RM2K + ELAUN KERETA +OT RM20/HOUR=RM3K/Month..memang berbaloi2 masa 2..siap boleh menyewa rumah sorang2 n beli keta..setahun lepas 2 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana hendak duduk berdekatan dengan suami yang mana dia duduk di kl manakala sy di Shah alam..kami baru berkahwin dan ditambah pula saya x suka bos d tempat kerja lama (cina) cuz terlalu cerewet dan kadangkala ZALIM dengan staffnya, mase 2 perasaan nk krja kt pasarraya pun ade dek x tahan dgn tekanan kt tmpt krja..huhu…ramai kawan menasihati saya untuk mencari kerja lain terlebih dahulu baru berhenti dr kerja lama..tp x fikir panjang punya saya berhenti juga dengan harapan YAKIN dpt kerja lain di tempat baru..sebulan..2 bulan..3 bulam..ALAMAK aku x dpt2 keje lagi..KETE nk kene bayar..PERSONAL LOAN (duit buat rumah mak n ayah kt kg) kene bayar gak..aku nk cari duit ktne..nasib baik suami sgt2 memahami..dia banyak berkongsi dgn sy..walaupun kami terpaksa ikat perut setiap bulan..satu persatu hutang bulanan kami berjaya bayar..tidak lama selepas itu saya dpt tawaran kerja dgn bank islam..namun sehari sebelum nk lapor diri saya terpaksa batalkan cuz sy CONFIRM pregnent (loya2 teruk) tambahan pula kerja kt bank 2 outing everyday(sales)..pas 2 sy x putus harapan walaupun memang susah nk dpt kerja dgn keadaan berbadan duit..majikan mesti fikir..bru nk kerja..pas 2 cuti pantang lg..huhuhu..walaupun amat berat bagiku..namun aku YAKIN anak yg bakal kulahirkan akan membawa rezeki untuk kami suami isteri..masa mengandung sehingga bersalin aku kerja part time kt mane2..Jd GURU TUESYEN KT KELAS TUESYEN INDIA(Semua student india )..kilang n kerja sambilan kt jabatan kerajaan buat bancian..memang mencabar giler..susah x boleh nk kate..duit gaji ciput langsung x berbaloi..dlm sebulan dpt lepas bayar kete je..duit makan n lain2 pakai duit gaji suami..memang nk menagis je time 2..namun demi ZURIAT yg semakin membesar aku gagahkan juga..alhmdulilah penderitaan aku berakhir selepas aku habis pantang (DPT BABY BOY..HEHE)..dgn x disangka2 aku menerima panggilan telefon dr AGROBANK..panggilan INTERVIEW..dgn penuh semangat (walaupun demam) dtg interview jawatan PEGAWAI PEMBELIAN..office hours..dan 3 hari lepas 2..ALLAHHUAKBAR..AKU BERJAYA!!!!..kini aku dh hampir 3 bulan kerja di sini..keje sgt memuaskan..suasana sgt terbaik..masa ut my bb boy pun banyak..tekanan xde..benarlah janji ALLAH..anak itu pembawa REZEKI..syukur alhmdulillah..sy mendoakan agar kawan2 yg blum dpt kerja di luar sana agar terus BERUSAHA dan BERUSAHA..innsyallah akan berbaloi nanti..cuz PUTUS ASA tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang PEJUANG.

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>