Perkosaan dan Keganasan Seksual
Artikel dari laman web WAO
Apakah Perkosaan dan Keganasan Seksual?
Dari segi perundangan, definisi 'perkosaan' atau 'rogol' hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang.
Keganasan seksual juga adalah termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.
Fakta Mengenai Perkosaan
- Perkosaan bukannya terjadi disebabkan oleh lebihan tenaga seksual. Ia juga bukan merupakan jenayah impulsif atau tanpa dirancang.
- Peratusan yang tinggi dari perogol adalah merupakan kenalan, kawan dan saudara-mara mangsa.
- Perkosaan bukannya disebabkan oleh cara pemakaian yang provokatif. Ramai remaja yang memakai pakaian seragam juga menjadi mangsa perkosaan.
- Seksyen 376 dari Kod Penal menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan jenayah rogol boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun,serta boleh dikenakan hukuman sebat.
Apa Yang Patut Dilakukan Jika Anda Diperkosa?
- Jangan membersihkan diri anda. Walaupun gerak hati anda yang pertama adalah untuk membersihkan diri anda, elakkkan dari berbuat demikian. Pergi terus ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan. Mungkin terdapat kesan air mani, cecair badan, lumpur, debu, fiber dan helaian rambut yang boleh dijadikan bukti penting.
- Pergi ke Bilik Kecemasan di Hospital Kerajaan, doktor akan menjalankan pemeriksaan ke atas anda dan juga di kawasan kemaluan dan juga termasuk pakaian anda. Anda akan diminta untuk mengisi borang kebenaran dahulu atas pemeriksaan yang akan dijalankan ke atas anda dan maklumat pemeriksaan tersebut akan digunakan dalam penyiasatan polis. Anda boleh meminta untuk diperiksa oleh doktor sakit puan wanita jika anda kurang selesa untuk diperiksa oleh doktor lelaki. Staf hospital harus memberitahu pihak polis tentang kejadian yang menimpa anda. Seorang pegawai polis wanita akan mengambil maklumat laporan anda di hospital. Jika anda ke balai polis dahulu, seorang pegawai polis wanita akan mengambil laporan anda dan kemudian akan menemankan anda ke hospital. Selepas laporan yang pertama, satu kenyataan bertulis yang lebih terperinci akan diambil. Anda mungkin akan diminta untuk menghadiri sessi mengenalpasti penjenayah.
- Menghubungi Pertubuhan Wanita (Women's NGO). Anda mungkin mahukan atau memerlukan kaunseling dan sokongan.
- Gangguan Seksual di tempat kerja merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.
Talian Bantuan
| Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) |
03-7956 3488 |
| Pusat Krisis Wanita (WCC, Penang) |
04-228 0342 |
| All Women Action Society of Malaysia (AWAM) |
03-7957 0224 |
| TELEDERA |
1-800-883040 |
| BEFRIENDERS |
03-7956 8144 |
| P.S. The Children |
03-74931303 |
+ Click to comment |