Awas!

Untuk mereka yang tinggal di Bandar Utama, Subang Jaya, USJ, Bandar Sunway, diminta berhati-hati. Banyak kes rompak dan penculikan telah berlaku di kawasan-kawasan ini. PDRM (Polis DiRaja Malaysia) telah mengeluarkan APB (All Points Bulletin) untuk sebilangan penjenayah-penjenayah yang dipercayai masih berleluasa.

Dipercayai M.O. (modus operandi) mereka adalah untuk bertindak bila-bila masa, tidak terkecuali pada waktu siang di khalayak ramai. Mereka akan mengikut mangsa dari suatu tempat sampai ke rumah anda, dan mereka akan menculik mangsa di hadapan pintu pagar rumah mangsa. Kemudian, mangsa akan dipaksa mengikut mereka ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang simpanan yang ada. Bagi mereka yang mempunyai banyak kad ATM, dinasihatkan lebih berwaspada dan menyimpan kad-kad ini di tempat yang berasingan.

Wanita muda dan gadis-gadis remaja dinasihatkan supaya lebih berwaspada kerana mereka mungkin akan menyerang anda dari segi seksual.

Mengikut PDRM, kereta-kereta ini besar kemungkinan adalah kereta curi dan digunakan dalam kes-kes rompakan dan culik :-

(1)    Silver Toyota Camry                               – No pendaftaran WMW 6638
(2)    Gold Toyota Camry                                – No pendaftaran WNU 9232
(3)    Beige Mercedes Benz                             – No pendaftaran PFY 1221
(4)    Silver Perdana                                         -  No pendaftaran WJP 3738
(5)    Orange Gen.2                                            -  No pendaftaran …….   6610
(6)    Proton Wira                                               -  tiada maklumat lanjut

Gambar-gambar penjenayah yang dikehendaki ini adalah ihsan PDRM.

Satu komen

  • August 11, 2009 | Permalink |

    amatlah mengerikan bile tgk kjadian yg b’laku skunk smakin truk n b’leluase..
    korg prasan x kalo lah skrg ni de kes bunuh n de lbih byk kes bunuh akn m’yusul,cm berantai..kalo kes owg nk bnuh dr 2 pstu esoknye kte tgk brite de lg kes nk bnuh dr,esoknye pn same..kes rogol,kes ragut,kes samun smuenyer laa.. dia cm de musim lak kes2 nie…sy takot toll nk kuar umh sowg2,rase cm de owg p’hatikn sy..wlaupn g kdai bwh blok pn dh rse cm x selamat..owg yg muke baik pn kekdg jahat..

Apa Kata Anda?

Tambah komen anda dibawah, atau pautan daripada laman web anda. Anda juga boleh menghantar komen-komen ini melalui RSS.

Emel anda tidak akan dikongsi. Lapangan yang diperlukan bertanda *