Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton waang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.
Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.






(32 votes, average: 4.78 out of 5)
361 Komen-komen
sy confuse laaa. biler sy ajk dy couple , dy layan jeek . biler sy nk dy jd bestfriend sy , dy mcm tak layan jee. skrg ni biler sy jd adk angkt dy pulak , tak layan langsong dah. nape eeh?
mybe,dia nak ko jd kekasih dia kot..erm,mintak2 r sy brjumpa jejaka idaman yg soleh..amin.
sy rmai kwn rpat….hnestly dr golongan adam…..
w : kami blh kate tiap2 ari msej…even die ad awek…..
f : smpai awek die pn jelez ngn frenship kami….
n ade lg membe2 laki yg len……
sy ykin n prcaye…..laki ngn ppuan mmg leh jd bezpren…cz sy sndri alami………^^
Hmmm….golongan lelaki yg pertama tu ada…dye kawan lama saya…wlpn ramai yg gosip kami berdua, tp sy tahu, dlm hati sy dye hanya sebagai seorang kawan. dalam masa yg sama, sy tahu dye juga menyukai wanita lain.
golongan kedua…hmm…xde…
golongan ketiga, ada….tp xde kekuatan nk luahkan…tambahan pula, masing2 berjauhan..sy xtau bagaimana hidup dye di sana..so, xnk berharap terlalu tinggi…hanya mampu berdoa…
Wah, menarik ! Dah lama saya carik jawapan bagi soalan ni sebab ramai yang cakap lelaki dan perempuan mmg tiada istilah kawan .. Sekarang jawapan dah ada .. Bolehkan kalau saya nak share kat blog saya?
Saya ingin mencarikan kawan berbangsa cina campuran menjadi sebagai boyfriend saya untuk berumur 20 lebih, dan itupun kalau sudi..
hurm..bercakap soal kawan….memang ia buat saya sakit hati sangat…………. dulu saya ada jugak seorang kawan..hampir setahun lebih kiteorang be friend……..sampai ade mata-mata jelous memandang…….sweet sangad mase tu…..time susa or senang memang kiteorang same-same share……….lepas setahun lebih dia ajak saya couple….mula-mula saya berad hati jugak……fikir yg saya masih kecil ketike tu…………..awak tahu..lepas empat tahun kiteorang couple…n ibu bapa kiteorang dah tahu pasal hubungan kiteorang nie..tapi last-last…mase saya form 5….die putuskan saya………cukup sekadar anggap die n saya hanya sebagai kawan….. tension sgad mase tu….dah lah beberape bulan lagi nak ambik spm……. :’( sampai hati dia…….. kdg2 time petang dulu selalu jer…ade orang ajarkan saya mathematic n sains….tapi dah takder…sunyi jer…dulu time saye alpa dalam agama…die selalu ingtkan saya……..malah law der rg sakitkan hati saye….die selalu defend saya..tapi sekarang semua tu dah takde….. :’( saya harap sangat…die kembali kat saya……. dia tetap kawan baik saya…sebab berkat nasihat dia,,,,,,saya jauh banyak berubah………saya tahu..mungkin kehadiran dia hanya utk ubah saya…………..tapi sy sakittttt sgad…sendiri…..manusia lain xfaham saya
Masalah saya nie lain..mahu minta pandangan ko org..saya nie bru jer putus hubungan sebagai kwn..bukan pompuan tapi kwn lelaki..so saya tak faham ler kenapa dia tiba2 berubah dan tak mahu berhubungan dgn saya lagi…ermmm..sedih nyer..
Saya pelik ah . . kenapa lelaki taknak mengaku yang dia tu suka kita ? bagitahu jelah hurm . . .
Sya ada kwn baik msa sek dulu…dia cool,listening orngnye. Lps form 5 kami trpisah sbb dia smbg bljr kat utm. Slps 20 thn lebih kami terjmpa smla di fb. Gembira tk trkata. Dia ttp kwn sya smpi bebila. Kami dh mengenali isteri n suami masing2. Syukur.. Pershbtn kami masih berjalan ngan jujur
.
Bole ke tak kwn lelaki hnya jadi kwn sahaja??!! Okay,nie kisah sy.Tempoh perkenalan kita org sngt singkat!Tersangat singkat.Dia mtk nombor phone and sy x bagi terus.Mcm-mcm soalan sy tnya knp mtk.Dia bg alasan supaya sng nak contact bila ada discussion.Sbb kita org course mates.Mau tak mau sy bg.Mlm pada hari yg sama..dia mesej ajak dinner.Kebetulan dia dtg area sy dan kebetulan jugak masa tue sy dinner dgn geng2.Sy reply mesej dia..and sy sengaja lengahkan masa dan bila dah habiskan dgn geng barulah sy pegi tempat dia makan.Kita org tak satu kedai cuma kawasan yg sama.So,mlm tue lepak dgn dia sekali dgn geng dia.Lepak punya lepak..yg sy perasan sy serasi dgn dia.Dia kwn yg bole ON cerita.Okay..sejak dari hari tue sy jadi close friend dgn dia.Mana dia ada,sy pasti ada.Sampaikan geng2 ckp kita org ada apa2.Dia tak menafikan malah bergurau “kami bertunang”..Sy hnya ketawa!!Hahahaha..Bila dah lama kenal dia,Hati dah berubah.Rasanya rasa kawan itu dah jadi lebih dari kawan.Sampai sekarang sy tak bgtau perasaan sy sbb sy sygkan persahabatan,sy takut kehilangan dia dan yg paling teruk ialah dia dah berpunya.Secara ringkasnya dia layan sy seperti lebih dari seorg kwn.Dia pernah call my parents.Dia baik sngt kat sy.Selalu BBM sy,ganggu sy tdo,sy selalu jadi alarm clock dia.kejutkan dia pagi-pagi and itu dia mtk dan bukan sy yg yg terhegeh2 nk kejutkan dia.Dia selalu dtg tmpt sy semata-mata nak mkn dan selalu ajak sy.Dia pernah suruh sy baiki gelang dia..hahaha..dia kerap sakit..kdg dia abaikan kesihatan sbb dia suka mkn tapi sy selalu sound dia.Dia kidal and mostly org kidal bila makan or whatever yg dorang buat msti kiri yg first.So bila dia makan guna tangan kiri,sy akan tegur dia..hehehe!! Ringkasnya..sy sendiri tak tau kami nie apa and sy tak pernah tanya.Tapi gerak hati cakap kami tak bertepuk sebelah tangan.Sy pernah lari,mengelak,masam muka..tapi sy gagal malah keadaan lebih teruk..tapi apa pun kalo ada jodoh tak kemana.InsyaAllah..mcm mane pun kita tetap akan kawan k..