Salam semua!
Penyertaan 3R Freshy sudah pun disenarai pendekkan. Adakah anda terpilih? Haa..apa kata anda klik pada DOVE FRESHY untuk mengetahuinya! Semoga berjaya ya!
Untuk melihat gambar-gambar Majlis Berbuka Puasa bersama Hos-hos 3R – klik SINI.
Adakah semua berkesempatan untuk menonton episod terakhir rancangan 3R tempohari? Sedar tak sedar, dah sampailah kami ke penghujung episod untuk Musim 14 kali ini ya! Ishh..cepatnya masa berlalu kan? Tak perlu risau dan sedih, insyaAllah kami akan muncul lagi pada masa akan datang dengan musim baru yang lebih menarik dan happening!
Topik untuk episod terakhir 3R pada minggu sudah telah membincangkan tentang “Kerja Tak Skema”. Bestkan tengok hos-hos 3R dengan kerjaya pilihan masing-masing? Seronok tengok Rafidah dengan kerja sebagai sukarelawan menjaga kanak-kanak autisme. Celina pula memilih karier sebagai pelagak ngeri. Wahh! Tengoklah aksi Celina bergayut dan melompat ke sana-sini..kalau gayat, susah lah nak kerja macam tu kan? Karier pilihan Tini pula adalah sebagai sukarelawan di Zoo Negara. Hahaha..luculah bila melihat zirafah tu lari bila Tini masuk untuk memberikan makanan.
Ada pelbagai jenis pekerjaan sebenarnya. Ianya terpulang pada setiap individu samada untuk bekerja dalam bidang yang selamat dan menjanjikan masa depan yang cerah, ataupun mengambil inisiatif untuk menceburi dalam bidang pekerjaan yang betul-betul diminati. Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menukar pekerjaan tu, pastikan anda telah berbincang dan meminta pendapat ibubapa atau rakan-rakan anda ya!
Untuk menonton kembali episod 3R tempohari, kliklah video dibawah ini! Selamat menonton!



