Cak! Apa khabar para pengunjung laman web 3R yang setia? Terima kasih pada anda semua yang tak henti-henti menyokong 3R, walaupun dah agak lama sejak kita keudara sebelum ni. Walaupun kita tak dapat bersua di kaca TV, kita masih dapat berkomunikasi menerusi laman web ni kan? Apapun, jom kita terus hangatkan portal ni dengan topik-topik menarik dan perbincangan yang bernas! Kalau anda apa-apa cadangan atau komen, sila ajukan kepada editor@3r.com.my ya! Janji tau!
Jangan lupa lawati galeri gambar Sambutan Hari Wanita Sedunia di sini ya!


_____________________________________________________________________________
Sambil-sambil tu, jom kita tinjau isu-isu hangat minggu-minggu lepas:
Melepak Pada Larut Malam “Budaya” Remaja?
Kes seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid, ditembak oleh anggota polis pada larut malam telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan ketegangan antara masyarakat dan pihak berkuasa. Orang awam semakin bimbang akan wujudnya keadaan harapkan pagar, pagar makan padi di negara kita kini, sama ada kita masih dapat memberi kepercayaan 100% kepada pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan anak-anak kita di luar rumah. Persoalannya, kalau tak nak “mengharapkan pagar”, kenapa dibiarkan keselamatan anak-anak terdedah di luar rumah?
Klik sini untuk terus membaca
Awas! Pemangsa seks kanak-kanak kini mengganas di Internet!
Kita sering dikejutkan dengan pelbagai cara penggila seks memancing mangsa mereka dengan Internet. ‘Trend’ sebegini semakin menjadi-jadi, cuma bezanya kini kanak-kanak menjadi sasaran “penggiat budaya” ini. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star baru-baru ini, segilintir kanak-kanak Malaysia dipercayai telah terjerumus dalam perangkap pedofilia (yang mempunyai nafsu seks yang kuat terhadap kanak-kanak) dari negara Emiriah Arab Bersatu, atau UAE, menerusi Internet.
Klik sini untuk terus membaca



