Tentang Anna Rina

  • Bertubuh kecil dengan ketinggian lima kaki dua inci serta berat badan 47 kg tetapi begitu lasak dan ‘fit’ sekali!
  • Minat melancung, bersenam dan beraktiviti lasak seperti ‘rock climbing’. Juga minat membaca novel dan bermain catur
  • Boleh bertutur dalam bahasa Cina, dialek Cantonese, Mandarin, Hakka dan Hokkien.
  • Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah tetapi menetap di Kuala Lumpur sejak 1999.
  • Mempelajari fotografi secara sendiri melalui majalah, bengkel fotografi, forum ‘online’ serta tunjuk ajar dari teman-teman jurufoto.
  • Untuk mengenali Anna-Rina dengan lebih dekat lagi, lawati laman web www.anna-rina.com .

Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3.

 

Ucapkan hello kepada Anna-Rina Rahim

Tinggalkan jawatan eksekutif di pejabat berhawa dingin untuk bertungkus-lumus menangkap gambar di majlis perkahwinan? Itulah keputusan yang dibuat oleh si gadis genit Anna-Rina Rahim. Hasrat mengejar impian sebagai seorang jurufoto tidak dapat dibendung lagi. Tatkala bekerja sebagai eksekutif kanan pengiklanan dan perhubungan awam di syarikat barangan sukan ternama, Anna memendam rasa untuk menjadikan hobinya suatu kerjaya sepenuh masa. Gentar? “Sudah tentu!” kata gadis lincah yang berumur 27 tahun ini, “…tapi saya nekad mengejar impian.” 3R mengupas lebih lanjut.

Apa yang membuat kamu begitu yakin tentang keputusan menukar kerjaya?
“Apabila mendapat feedback dari klien menyatakan mereka gembira dengan hasil kerja saya. Pada saya, itulah kepuasan kerja yang sebenarnya. Ia menjadi perangsang bagi saya untuk terus maju, walaupun secara ikhlas saya katakan, pada mulanya saya agak risau mengenangkan sumber pendapatan yang tidak menentu. Namun begitu, saya fikirkan, apa gunanya gaji beribu ringgit di pejabat jika hati terkilan ingin melakukan sesuatu yang lain? Oleh sebab itu, saya yakin.”

Apa reaksi keluarga apabila kamu membuat keputusan untuk menjadi jurufoto bebas?
“Sudah tentu mereka risau, terutamanya ayah saya. Maklum sahaja, bekerja freelance bukanlah sesuatu yang mudah. Bila saya tunjukkan gambar-gambar hasil kerja saya kepada ayah, barulah ayah memahami kesungguhan saya. Sekarang, ayah memberi sokongan penuh.”

Bagaimana pengalaman sebagai eksekutif perhubungan awam membantu kerjaya kamu sekarang sebagai seorang jurufoto?
“Sebelum saya menerima sebarang kerja fotografi, saya akan bersemuka dengan klien terlebih dahulu untuk mengenali personaliti masing-masing. Hasil pengalaman kerja dahulu tidak sisa-sia! Saya lebih yakin berinteraksi dengan klien, dan mampu menenangkan mereka bila mereka kelihatan tidak selesa berhadapan dengan lensa kamera.”

Bagaimana hasil kerja kamu mencerminkan personality kamu?
“Gambar-gambar saya mencerminkan saat-saat bahagia. Saya pastikan ada elemen yang bersahaja juga elemen ‘fun’. Ini merupakan sebahagian dari personalit y saya, begitu pendapat saya juga teman-teman rapat . Bagi saya, fotografi adalah simbol kebebasan. Suatu ekspresi. Suatu lakaran wajah dunia mengikut intepretasi saya. Apa yang saya lihat melalui lensa kamera, saya terjemahkan melalui fotografi saya.”

Apa yang menjadi inspirasi anda dalam bidang fotografi?
“Hidup ini. Keluarga. Sahabat handai. Kasih sayang. Sepasang pengantin baru! Tidak kira walau saya merenung saat matahari terbenam atau ketawa berseloroh bersama teman-teman, saya mampu mendapat inspirasi dari situ. Sebenarnya, apa sahaja boleh menjadi inspirasi. Mungkin ‘simple’ di mata, tetapi bernas untuk saya.”

Pada pandangan kamu, apa erti ‘cantik’?
“’Cantik’ melalui lensa kamera saya, ialah apabila seseorang itu memaparkan sesuatu essence. Tidak semestinya cantik rupa, tetapi cantik personalit y yang menyerlah dalam imej yang ditangkap. Ekspresi muka atau mata, juga gelak ketawa. Pada pendapat saya, itu semua memaparkan kecantikan. Setiap pergerakkan, setiap detik dan setiap wajah mempunyai beribu-ribu makna.”

Apakah rutin kecantikan kamu?
“ Gaya hidup saya memerlukan suatu rutin yang ringkas tetapi efektif. Saya amalkan penjagaan asas kulit muka iaitu membersih, menyegar dan melembap. Sewaktu mandi, saya menggemari Dove Body Wash kerana teksturnya yang pekat dan berkrim. Ia melembapkan kulit saya. Saya jarang menggunakan produk kecantikan rambut selain syampu dan perapi. Lebih ringkas, lebih mudah. Yang paling penting untuk paras rupa ialah rehat yang secukupnya. Saya juga minum air sentiasa, terutamanya kerana kerjaya saya bercorak aktif serta hobi saya yang berupa aktiviti lasak. Apabila bersenam, wajah kelihatan sihat dan bermaya.”