Tentang Esther

  • Apabila tidak berlatih bermain pool, Esther suka menyanyi!
  • Latihannya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pagi hingga petang. Beliau bersantai bersama keluarga hanya pada hujung minggu.
  • Esther berhasrat ingin menjadi jurulatih pasukan pool negara suatu hari nanti.

Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3.

 

Pemain pool profesional Esther Kwan ingin mengecapi kejayaan untuk Malaysia.

Bila ditanya tentang pencapaian terbesar sebagai seorang ahli pasukan pool negara, Esther Kwan , 26 , berkata, “Memenangi pingat perak di Asean Games di Doha pada tahun lepas.” Gadis dari Petaling Jaya ini ingin pergi lebih jauh lagi dalam arena permainan pool antarabangsa. Kini, dia lebih tekun berlatih, membuat persiapan untuk Sukan SEA pada bulan depan yang akan diadakan di Thailand. Semoga majujaya, Esther!

Bagaimana kamu boleh tertarik hati dengan permainan ini?
“Saya biasa mengikut ayah saya bermain snooker. Waktu itu, saya berumur 12 tahun. Lama-kelamaan, saya mengikuti jejak langkahnya bermain snooker. Begitu juga abang-abang serta adik perempuan saya. Kami anak-beranak, kecuali ibu, minat dalam permainan ini. Jadi ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi! Lebih kurang lima tahun yang lepas, saya mengalih fokus dari snooker ke permainan pool pula, hinggalah ke hari ini di mana ia telah menjadi periuk nasi saya!”

Apakah yang membuat kamu begitu yakin untuk menjadikan ini sebagai karier anda?
“Menjadikan ini sebagai suatu karier memang bukan dalam perancangan saya. Ianya hanya suatu hobi, pada mulanya. Titik tolak karier saya dalam bidang ini bermula lima tahun lalu apabila saya memenangi suatu tournament. Dari situ, saya dipilih untuk mewakili pasukan negara. Bukan main seronok lagi saya pada waktu itu! Bayangkan - sesuatu yang saya sangat gemari sebagai hobi, kini menjadi pekerjaan saya.”

Apa yang merupakan kelemahan kamu dalam bidang ini, dan bagaimana anda menanganinya?
“Adat resam sebarang permainan, ada kalah ada menang. Kelemahan saya ialah menerima kekalahan. Sepatutnya, jika mahu menjadi seorang pemain pool profesional, kita harus menerima sebarang kekalahan dahulu, kaji di mana kesilapan kita dan pelajari dari kesilapan itu.”

Apa yang paling membanggakan dalam bidang kerjaya kamu?
“Kepuasan hati ketika menang dalam sesuatu tournament. Kemenangan saya untuk negara dan keluarga saya. Apabila mereka bangga dengan kejayaan saya, saya turut merasa bangga.”

Apa erti ‘cantik’ pada pandangan kamu?
“Kecantikan itu amat penting buat diri saya. Saya memang suka berdandan dan berpakaian cantik. Walau dalam apa karier sekali pun, saya rasa seseorang wanita itu harus menitikberatkan perawakan dan pemakaian. Cara saya berpakaian menampilkan imej saya sebagai seorang profesional.”

Ceritakan tentang rutin kecantikan anda.
“Untuk rambut, saya mencucinya menggunakan syampu dan perapi setiap hari. Untuk kulit muka, saya mengamalkan penjagaan asas iaitu mencuci, menyegar dan melembap. Kulit saya sensitif jadi saya menggunakan produk tanpa beralkohol dan tanpa wangian. Saya kurang gemar memakai losen badan kerana masalah kulit sensitif, tetapi saya gemar memakai sabun mandian. Saya pernah mencuba Dove Body Wash yang teksturnya berkrim seperti susu. Saya sukakan bau wanginya.”