Tentang Dr Farah-Hani
- Berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur.
- Minat menari dan menyanyi, serta boleh bermain piano.
- Banyak beraksi di pentas sewaktu di kolej dan universiti.
- Juga suka melukis, membaca dan memasak.
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3. |
|
Kecil-kecil cili padi, sudah dewasa bekas atlit negara Farah-Hani Imran kini giat dalam bidang perubatan.
Masihkah anda ingat seorang gadis cilik bernama Farah-Hani Imran, bekas ahli pasukan negara jimnastik berirama? Gadis yang suatu ketika kecil molek kini seorang doktor dalam bidang ‘plastik dan rekonstruktif’ surgeri! Berusia 29 tahun, Farrah-Hani juga pensyarah pelatih di hospital tempat beliau bekerja. Mari mengenalinya dengan lebih dekat.
Mengapa kamu memilih bidang pembedahan plastik?
Saya bercita-cita menjadi pakar bedah sejak berusia 11 tahun, sewaktu di bangku sekolah di SRK Convent Bukit Nanas lagi. Mencecah usia dewasa, saya dapati bidang pembedahan plastik menggabungkan sains dan seni. Bunyinya menarik, bukan? Saya rasa ianya sesuai dengan jiwa saya. Lantas saya merancang karier saya. Sewaktu di kolej perubatan, saya sudah nekad ingin menjadi pakar bedah, khususnya pakar pembedahan plastik. Untuk meyakinkan diri bahawa inilah yang saya mahu, saya bekerja dalam pelbagai bidang perubatan di Paris, New York dan San Diego. Tanpa ragu, akhirnya saya tetap dengan keputusan saya untuk menjadikan bidang pembedahan plastik sebagai bidang kepakaran saya. Ia memerlukan cara pemikiran dan strategi yang kreatif. Itu yang membuat saya tertarik dengan bidang ini.
Suatu masa dahulu kamu merupakan ahli pasukan jimnastik negara. Bagaimanakah pengalaman tersebut membantu kamu dalam kerjaya kamu sekarang?
Pembedahan plastik dan jimnastik berirama – bunyinya berbeza seperti langit dan bumi! Namun dari pandangan peribadi saya, ada kaitan antara kedua-duanya. Jimnastik berirama ialah gabungan seni dan sukan, manakala pembedahan plastik merupakan gabungan seni dan sains. Latihan yang saya lalui sebagai atlit negara mengajar saya untuk berfikiran terbuka dan mengamalkan disiplin. Ia mencorak sikap dan pemikiran saya hinggalah ke hari ini. Sudah tentu sikap begini membantu saya dalam karier saya, serta kehidupan seharian.
Sekiranya tiada aral melintang, apa yang menjadi harapan kamu buat manusia sejagat termasuk ahli keluarga?
Supaya ibubapa saya bersara dengan aman dan dalam keadaan sihat walafiat. Supaya abang saya, Abang Amar, panjang umur dan lapang jalan hidupnya. Saya juga berharap agar dapat membina suatu platfom yang menggalakkan anak-anak muda supaya maju ke hadapan mengejar cita-cita. Ini akan menjadi tanggungjawab sosial saya. Saya ingin membela dan menjamin keselesaan hidup warga emas dan orang kurang upaya, serta memulakan suatu rumah peliharaan bagi anjing dan kucing supaya haiwan-haiwan ini tidak berkeliaran dan tidak teraniaya. Dan jika ada masa dan kemampuan, saya ingin melancung ke serata dunia. Akhir sekali, untuk diri saya, saya inginkan kasih-sayang, kebahagiaan dan keselesaan hidup.
Benarkah mereka yang cantik itu mindanya tiada berisi? Apa pendapat anda?
Saya rasa mereka yang begitu adalah dari golongan minoriti. Pada saya, cantik dan pandai tiada gunanya jika seseorang itu tiada beradab. Mesti ada perasaan rendah diri. menghormati diri sendiri serta orang lain, dan rahsia kejayaannya tidak berpandukan wang ringgit. Bila ada tatatertib dan budi bahasa, barulah kecantikan dan kepandaian itu lebih bermakna.
Ceritakan tentang rutin kecantikan anda.
Saya mencuci muka serta menggunakan penyegar dan pelembap. Saya juga menggunakan scrub untuk wajah seminggu sekali. Untuk sabun mandian pula, saya ada menggunakan Dove Body Wash yang wangi dan melembapkan. Untuk menjaga kelembapan kulit secara am, saya minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Saya makan tanpa sebarang pantang, cuma saya jaga cara pemakanan. Eat in moderation. Satu lagi perkara yang saya utamakan dalam kecantikan ialah kebersihan kuku. Ramai yang menyentuh wajah dengan menggunakan kuku yang kotor. Bakteria dari kuku yang kotor boleh menyebabkan jerawat.
|