Seni tari adalah segala-galanya bagi guru tari Fiona-Jane Gomez.
“Setiap hari membawa pengalaman yang baru,” kata Fiona-Jane Gomez, seorang penari profesional. “Tidak ada suatu pengalaman yang lebih bermakna dari yang lain, kerana semuanya istimewa.” Berusia 25 tahun dan berasal dari Selangor, Fiona mengajar seni tari kepada kanak-kanak dan orang dewasa. “Ini yang membuat saya bahagia!” katanya. Ayuh, kita kenali Fiona dengan lebih dekat.
Mengapa kamu memilih seni tari sebagai bidang kerjaya anda?
Seni tari merupakan minat saya dari saya kecil lagi.Saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa ia. Ia adalah cara saya mengekspresikan diri melalui gerakan dan lenggok badan. Pada saya, ini dapat membina keyakinan diri. Dan bila saya menari, sekaligus saya menjaga kesihatan badan. Inilah work out saya!
Apakah jenis tarian kepakaran kamu?
Tarian Latin American iaitu Cha Cha, Samba, Rumba, Jive dan Paso Doble. Saya juga pakar tarian Ballroom Dancing iaitu Waltz, Tango, Foxtrot, Quickstep dan Viennese Waltz. Saya mengajar tarian-tarian ini tetapi di studio saya, saya menawarkan pelbagai jenis tarian lain seperti Breakdance dan Ballet Fusion. Saya suka menggabungkan elemen yang pelbagai dalam kelas tarian saya untuk menjadikan ia lebih menarik.
Bagaimana cara anda menjaga badan anda supaya sentiasa lembut dan fleksibel?
Sebenarnya, walaupun saya seorang guru tari, saya tidak fleksibel! Ramai yang ke studio saya mengadu mereka tidak berani mahu cuba menari kerana badan mereka kaku dan tidak fleksibel. Saya beritahu mereka yang saya juga tidak fleksibel tetapi ada teknik-teknik yang bpleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Yang penting, mengikuti rentak. Tidak payah melentukkan badan untuk mencecah jari kaki!
Apa yang memuaskan hati anda dalam kerjaya anda?
Melihat bagaimana pelajar-pelajar saya begitu seronok menari. Tiada yang lebih memuaskan hati saya dari melihat mereka pandai menari dan berinteraksi sesama sendiri.
Apa rutin kecantikan kamu?
Oh, sungguh mudah. Tidak ada apa-apa yang rumit. Cuma bersihkan kulit dn lembapkan ia. Untuk rambut pula, syampu dan kemudian gunakan perapi. Saya menggunakan sabun mandian Dove. Dahulu saya ada penyakit kulit eczema dan tidak boleh menggunakan sebarang sabun mandian. Jika saya pakai sabun biasa, kulit saya akan jadi merah dan naik radanag. Saya tukar jenama sabun kepada jenama Dove. Ia lembut. Kulit saya tidak alah padanya.
Apa maksud ‘kecantikan’ pada kamu?
Saya rasa setiap kita ada kecantikan masing-masing. Cuma tidak ramai yang sedarkan kecantikan itu dan tidak ramai yang mampu mengenalinya.
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3. |