Sewaktu dalam tingkatan tiga, lukisan Sarah dipaparkan dalam majalah kartun popular Ujang.
Komik beliau seterusnya berkisar tentang pengalaman peribadinya sewaktu di universiti.
Graduan lulusan senilukis UiTM ini pernah memenangi pertandingan Malaysian Digital Comic 2006. Komiknya pernah dipamerkan di Pameran Cartoon Art (Malaysia) dan di Notthatbalai Art Festival.
Sarah dipilih untuk mewakili Malaysia semasa di International Lingua Comic Asia-Europe Comic Project di London baru-baru ini. Katanya, “Saya syukur kerana dapat peluang berinteraksi dengan kartunis dari merata dunia. Salah satu perkara yang saya dapati ialah, seni kartun di setengah-setengah negara seperti di Perancis dan Itali, bukan sahaja dianggap sebagai hiburan tetapi juga sebagai suatu seni yang sama taraf dengan filem dan sastera!”
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3.
Sarah Joan Mokhtar memaparkan pelbagai kisah lucu dan menarik melalui lukisan komiknya.
Baru berusia 23 tahun tetapi Sarah Joan Mokhtar sudah diakui oleh industri komik tempatan dan rakan-rakan seperjuangannya sebagai seorang kartunis dan illustrator yang berbakat. Kehadirannya dalam bidang yang didominasi kaum lelaki menjadikan beliau lebih bersemangat untuk membuktikan nilai seninya. Jelas Sarah berpotensi untuk pergi jauh dalam kerjayanya sebagai seorang kartunis bebas. Ayuh mengenali Sarah dengan lebih dekat.
Bagaimana bermulanya karier kamu sebagai seorang kartunis bebas? Ibu saya seorang yang penuh dengan ide manakala ayah saya pandai melukis. Mungkin bakat saya sekarang ialah hasil gabungan bakat mereka berdua! Menjadi kartunis bebas pula ialah sesuatu yang sesuai dengan gaya hidup saya, sebagai seorang isteri dan ibu. Anak saya baru berusia enam bulan. Kerjaya saya membenarkan saya bekerja dari rumah sambil melayan anak saya.
Bagaimana bermulanya karier kamu sebagai seorang kartunis? Saya hubungi syarikat majalah dan bertanyakan jika mereka berminat untuk melihat kerja saya. Pengarang majalah tersebut setuju dan menjemput saya melawat studio mereka. Saya pun membawa semua lukisan saya dan menunjukkan kerja saya kepada mereka. Kata mereka, jika saya ingin melihat kerja saya dipaparkan dalam majalah, saya harus memperbaiki lukisan dan gaya cerita.
Suatu hari, mereka menelefon saya dan memberitahu saya yang mereka akan memaparkan kerja saya dalam majalah Ujang! Pada waktu itu umur saya baru 15 tahun. Kini sudah hampir 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini. Banyak yang saya telah pelajari, dari storyline, skrip, dailog, layout hinggalah ke pengisian dakwat dalam lukisan. Ya, saya berpuas hati dengan pengalaman saya setakat ini dan ingin menimba lebih lagi bagi memperbaiki hasil kerja saya di masa hadapan.
Sebagai seorang kartunis wanita, bagaimana kamu menyerlahkan diri dalam bidang yang didominasi lelaki ini?
Bidang ini tidak mengira lelaki atau wanita. Jika ada bakat dan sifat profesionalisma, sesiapa sahaja boleh maju dalam industri ini. Saya hanya mampu melakukan yang terbaik dan mencuba sedaya upaya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dengan industri ini. Ketika itulah saya berpeluang bertemu dengan kartunis lain dan bertukar pendapat, tidak mengira lelaki atau wanita.
Walau begitu, saya akui yang saya bersifat kompetitif. Dahulu tiada kartunis wanita dalam majalah Ujang. Tiba-tiba, suatu hari saya lihat sudah ada hasil kerja kartunis wanita dalam majalah itu. Saya bangga tetapi frust juga sebab saya menyimpan cita-cita untuk menjadi kartunis wanita pertama dalam komik Ujang. Tak apalah, fikir saya. Mungkin saya bukan yang pertama tetapi saya tetap yang termuda! (ketawa)
Apa erti ‘cantik’ pada pandangan kamu? 'Cantik' itu ialah apabila seseorang itu ceria dan berpersonaliti menarik. Itu yang saya cuba paparkan dalam watak-watak kartun saya. Dari segi fizikal, mereka memiliki mata yang penuh ekspresi dan muka yang comel. Bukankah itu juga menjadi tarikan mereka yang memandang?
Ceritakan rutin kecantikan kamu. Saya tidak yakin dengan penggunaan produk kecantikan yang berlebihan dan mahal. Saya gemar menggunakan produk yang lembut dan mudah untuk mencuci dan melembapkan kulit dan rambut. Saya pernah menggunakan syampu Dove. Rambut menjadi wangi dan lembut. Saya juga pastikan saya minum air suam dengan banyak setiap hari. Yang paling penting, minda mesti lapang dan hati mesti gembira.
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3