Tatkala berada nun tinggi di awan biru, Shara suka mengambil gambar awan. “Dari dekat, rupabentuk awan lebih cantik dan amazing,” katanya.
Gadis berasal dari Petaling Jaya ini bercita-cita untuk melawat ketujuh-tujuh Seven Wonders of the World. “Saya bayangkan saya akan merasa aman apabila berada di tempat-tempat yang menakjubkan ini. Saya suka dikelilingi keindahan.”
Mengikut rakan-rakannya, Shara ialah seorang yang pandai memberi nasihat serta tegas dalam kehidupan. Walaupun baru berusia 21 tahun, Shara seolah-olah sudah masak dengan asam garam kehidupan. Dia wise beyond her years!
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3.
Yakin dengan diri sendiri, juruterbang muda Shara Azlin Jalil mencapai cita-cita.
Hanya 21 tahun, gadis muda ini sudah mengecapi impian untuk terbang bebas di angkasaraya. Tatkala gadis lain sebayanya rancak berbincang perihal shopping dan dance clubs, Shara Azlin Jalil ke kolej latihan penerbangan dengan cita-cita ingin menjadi seorang juruterbang. Kini beliau sudah tamat pengajian dan bekerja sebagai juruterbang kapalterbang penumpang bersama sebuah syarikat penerbangan tempatan. Bagaimana segalanya bermula? Ikuti kisah Shara.
Bagaimana anda boleh berminat memilih kerjaya dalam bidang ini? “Saya kagum melihat kapalterbang, memang dari kecil lagi. Ianya tampak gagah perkasa. Bagaimana struktur yang besar dan berat seperti ini mampu terbang tinggi di awan biru? Saya selalu bayangkan - alangkah seronoknya jika saya dapat menjadi pilot kapalterbang. Berdasarkan fascination ini, selesai sahaja zaman persekolahan, saya terus memasuki sebuah kolej latihan penerbangan. Tidak ramai wanita yang memilih bidang kerjaya ini. Dari situ, saya sedar saya unik kerana pekerjaan saya lain dari yang lain.”
Ceritakan pengalaman anda sewaktu dalam latihan. “Latihan dari segi teori memang banyak. Saya perlu lulus dalam setiap subjek dan dalam jangkamasa yang pendek. Saya juga harus mengumpul waktu dalam penerbangan mengikut jumlah jam yang ditetapkan pihak kolej. Ini adalah syarat lulus. Itu semua adalah pengalaman yang mencabar diri saya dalam saya mengejar cita-cita. Walaubagaimanapun, bukan semuanya berbentuk begini. Banyak kenangan manis sewaktu saya dalam latihan. Di sanalah saya berjumpa rakan-rakan karib saya. Di situlah saya belajar erti sahabat dan kehidupan.”
Pernahkah anda merasa tersisih sebagai seorang wanita sepanjang jalan kerjaya anda?
“Tidak sekali-kali. Mungkin kerana saya tahu cara untuk menyesuaikan diri di tempat kerja. Pada saya, kebolehan wanita dan lelaki itu adalah sama, malah masing-masing ada kelebihan masing-masing. Yang penting, saya buktikan yang saya betul-betul serious terhadap kerjaya sebagai juruterbang. Sama ada lelaki atau wanita, kita semua harus tekun melakukan yang terbaik.”
Apa nasihat anda untuk gadis-gadis lain yang berminat? “Jangan rasa takut atau khuatir untuk melibatkan diri dalam sebarang bidang yang jarang dipelopori wanita. Tiada siapa yang boleh menghalang kamu dari mengejar cita-cita kecuali diri kamu sendiri. Sebenarnya, kejayaan itu ada dalam tangan kamu. Kamu hanya perlu cuba dan usahakan ia. Be positive. Dalam dunia ini, tiada apa yang mustahil.”
Apa erti 'cantik' pada fikiran kamu? “Cantik itu ialah tingkah laku. Pendirian seseorang itu juga boleh mencerminkan cantik iaitu kecantikan dalaman, bukan cantik setakat kulit dan rupa. Semuanya bermula dari hati, sama ada kita ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu. Keikhlasan itu juga sebahagian dari kecantikan.”
Bagaimana kamu menjaga kecantikan kulit, rambut dan badan? “Saya ke salon rambut sekali dalam dua bulan. Rambut saya kering dan kurang bermaya jadi saya membuat rawatan rambut untuk menguatkan akar rambut dan memberi ia kelembapan. Kulit wajah saya pula cepat kering kerana sering berada di kawasan tahap udara yang kurang kelembapan. Saya pastikan saya sentiasa memakai krim muka yang mengandungi kelembapan tinggi. Untuk kesihatan badan, saya lebihkan makan sayur-sayuran dan buah buahan. Saya juga bersenam. Di rumah, ada punching bag yang saya gemar tumbuk dan terajang untuk melepaskan stress!”