Aktivis Toni Kasim tidak putus berjuang untuk hak asasi sesama manusia.
Zaitun Mohamed Kasim atau lebih dikenali dengan nama Toni Kasim, 40 tahun, mengabdikan separuh dari umurnya berjuang untuk hak asasi manusia. Keberanian dan keyakinannya bersuara menonjolkan beliau sebagai salah seorang aktivis yang paling berkaliber dalam arus isu semasa. Kepada yang belum pernah mendengar namanya, 3R memperkenalkan - Toni Kasim.
Siapa itu Toni Kasim?
Dia seorang aktivis dan seorang pelatih yang mencari keadilan sesama manusia. Prinsipnya - manusia itu dilahirkan sama dan setara, tanpa mengira cara atau tempat lahir. Oleh itu, dia tidak akan sekali-kali menerima sebarang bentuk pencabulan hak asasi manusia terhadap dirinya atau sesiapa jua.
Dalam banyak-banyak isu yang ditangani, isu manakah yang kamu paling beratkan?
Isu berkaitan gender dan keseksualan, terutamanya isu wanita dan masyarakat yang terpinggir. Pada pandangan saya, kaum wanita sering teraniaya; walau dalam apa jua cara, bentuk atau situasi; dan ini berlaku semata-mata kerana mereka itu wanita. Masyarakat memberi pelbagai alasan (justify) berkaitan keganasan dan diskriminasi terhadap kaum wanita. Sebenarnya, tiada sebarang alasan pun yang dapat diterima.
Ceritakan berkenaan kerja-kerja kamu pada tahun ini, serta arah yang dituju dan hasrat yang tercapai.
Saya berpuas hati dengan pencapaian tahun ini, begitu juga tahun-tahun sebelumnya. Saya tidak pernah menyesal memilih bidang ini sebagai bidang kerjaya. Manakan tidak, sedangkan kerja inilah yang membawa saya ke serata pelosok dunia, bertemu pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.
Di Malaysia, saya menangani isu dan bertemu dengan penduduk kampong yang diusir peneroka bandar, pelajar-pelajar, kaum mak nyah, pesakit HIV/AIDS, ahli dewan parlimen untuk membincangkan isu masyarakat di sana. Ini mengingatkan kita yang isu gender dan dan pegawai kerajaan, antara lainnya. Tahun ini, saya berhijrah ke banyak negara seperti Peru, Lebanon, Thailand dan lain-lain keseksualan wujud di serata dunia. Walau di mana sahaja berlaku ketidakadilan, ia tetap dianggap suatu ketidakadilan.
Saya bersyukur dapat membina rangkaian sejabat, bertemu rakan-rakan dari negara lain yang seiring dan sejalan menyokong, memahami serta mengambil kisah tentang isu-isu yang sama.
Sekiranya kamu Perdana Menteri Malaysia, apa yang kamu akan lakukan?
Saya akan pastikan yang setiap individu ada ruang untuk menyuarakan pendapat tanpa was-was. Yang menyedihkan ialah apabila seseorang itu merasakan dirinya tersingkir atau mangsa diskriminasi dan pendapatnya tidak diendah.
Apa rutin kecantikan kamu?
Err…sebenarnya saya tidak ada sebarang rutin tetap. Erhmm…mandi setiap hari? Oh, pelembapan kulit! Supaya kulit tidak kering. Sebulan sekali, saya stimkan rambut saya. Sudah bertahun-tahun saya menggunakan syampu dan perapi Dove. Ia membantu rambut keriting saya kelihatan happening! (ketawa) Saya juga harus tidur sekurang-kurangnya enam jam setiap malam.
Apa erti cantik?
Cantik itu ialah apabila seseorang itu membawa seri yang datangnya dari nilai-nilai murni seperti jujur dan ikhlas, prihatin dengan orang sekeliling, sentiasa murah dengan senyuman, juga lucu dan bijak.
Sebaliknya, yang tidak cantik ialah seseorang yang asyik mementingkan diri sendiri, dan asyik ingin promote diri sendiri tanpa mengira hal orang lain. Walaupun mereka yang sebegini cantik pada rupa tetapi mereka amat buruk bagi saya.
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3.
|