Minat aktiviti outdoors yang lasak seperti sukan kayak dan rock climbing.
Gemarkan muzik. Boleh bermain biola.
Sewaktu di bangku sekolah, Vanessa mewakili sekolah dalam pasukan olahraga serta pasukan bahas.
Ingin ke universiti suatu hari nanti, apabila “…sudah puas mengenali siapa diri ini.”
Kenali Gadis Dove melalui rancangan 3R, ke udara setiap Ahad, 7.30 malam di TV3.
Kerana minat yang mendalam, Vanessa Yeo bertarung nyawa di arena whitewater rafting. Hanya 18 tahun tetapi sudah berdikari mencari sumber pendapatan. Bidang bukan sebarang bidang, bidang sukan lasak yang dipilih Vanessa Yeo. Kini, pada usia yang muda, Vanessa bekerja sebagai juru bimbing whitewater rafting di Sungai Kampar, Gopeng. Bukan tidak layak ke universiti, “…cuma saya belum bersedia lagi buat masa ini,” kata Vanessa, tersenyum. “Saya ingin melihat dunia dahulu!”
Bagaimana kamu boleh berminat dalam bidang whitewater rafting? “Saya mula berjinak-jinak dalam bidang ini sewaktu berusia 16 tahun. Mula-mula hanya sekadar suka-suka, tetapi selepas itu bagaikan ketagih rembesan adrenalin! Terus saya jalani latihan untuk menjadi juru bimbing, dari tahap junior hinggalah kini ke tahap senior. Antara semua kakitangan di sini, saya yang paling muda. Pada mulanya, ada yang tidak yakin dengan kebolehan saya tetapi selepas saya buktikan yang saya boleh melakukan kerja ini sama seperti juru bimbing yang lain, barulah mereka okay dengan saya. Dulu saya bekerja part-time. Kini saya kakitangan sepenuh masa. Mengharungi arus deras sambil mengemudi bot - inilah yang membuat saya bahagia (tersenyum).”
Sepanjang anda menjadi juru bimbing bot, apakah pengalaman yang paling mencabar? “Pernah sekali saya hampir lemas di dalam air yang deras. Sewaktu itu, ada penumpang bot yang tidak mendengar kata. Saya katakan dayung ke kiri, dia dayung ke kanan. Bot nyaris terbalik dan saya tercampak ke dalam sungai. Mujur saya terperangkap di kawasan akar-akar kayu yang kuat. Saya keluar dari situ tanpa mengalami sebarang kecederaan.”
Adakah kamu bekerja di dalam bot setiap hari? “Tidak. Tengok pada musim. Di waktu cuti umum, ramai pelanggan yang datang. Jika tidak ramai, saya lakukan kerja maintenance untuk bot-bot yang ada.”
Bagaimana cara kamu membiayai hidup sendiri pada usia yang begitu muda? “Kalau saya di bandar, memang pendapatan saya tidak mencukupi tetapi saya di luar bandar. Saya pula jenis yang simple. Boleh survive di mana-mana. Gaya hidup saya tidak langsung memerlukan wang ringgit yang banyak.”
Apakah ‘cantik’ pada kamu? “Yang cantik itu personaliti. Begitu juga kekuatan minda.”
Bagaimana kamu menjaga kecantikan kulit dan rambut? “Dengan memilih rutin yang paling asas sekali. Saya cuma cuci dan kemudian memakai pelindung matahari. Rambut saya pula sentiasa basah kerana apabila saya bekerja, asyik tempias dek air sungai. Namun begitu, saya jarang menggunakan syampu. Jika gunakan pun, saya gunakan syampu dan perapi Dove, khas untuk rambut kering. Setakat ini, saya puas hati dengan syampu ini kerana rambut saya mula terasa lembut. Best.”