3R-UNICEF All Women's Futsal Playoffs, menyokong kempen "Unite for Children, Unite Against AIDS". Untuk maklumat lanjut sila layari www.unicef.org/malaysia

BIKIN GEMPAR DI JOHOR BAHRU.
Fuuuuuuuuuuhhhhhh, letih Tini tak habis lagi balik dari JB ni.
Last weekend, Tini ngan geng geng 3R yang lain sibuk mengelolakan
Kejohanan Futsal Wanita 3R UNICEF 2007. Bertempat kat Millennium Soccer,
Skudai, Johor. Kami dok set up dan buat persiapan kat venue sampai pukul
3 pagi. Rafidah pun tak terkecuali dikerah bekerja hu hu hu ,
angkat bunting , sediakan goodie bag, pasang banner, kami bersemangat
betul nak sambut orang-orang Johor kat Kejohanan kami tu.
Pagi tu ngan tak cukup tidonya ( nasib baik sempat mandi), Tini dah
bergegas dari hotel ke Millennium Soccer untuk keberangkatan tiba
Yang Amat Mulia, Raja Zarith Sofiah bt. Almarhun Sultan Idris Shah, yang
dengan baik hatinya mencemar duli untuk merasmikan
Kejohanan kami. Tini nervous gamat, yealah jarang-jarang sekali jumpa
kerabat diraja, so tak tahu macam mana nak behave depan
Raja Zarith. Tapi dia memang senang untuk didampingi very friendly.
Tini nak ucapkan terima kasih pada Yang Amat Mulia,
kerana sudi hadir ke Kejohanan kami yang tak seberapa ni.
Turut serta masa kejohanan ialah
Dr. Rudi Luchman, Timbalan Wakil UNICEF ke Malaysia.
(as per gambar, Dr.Rudi, Tini & Raja Zarith).

Kejohanan kami ni bermesej, hah biasalah kan 3R sambil main bola sambil tu
lah kami nak sampaikan mesej tentang HIV dan AIDS. Pasal tu juga lah beberapa badan kebajikan seperti IntanLife Zone, JAARS (Johor Aids Action & Research Society) dan MAWAR (Majlis Wanita Johor) membuka gerai untuk menaikkan kesedaran peserta dan orang ramai tentang HIV/AIDS di Malaysia.


Tepuk tangan kuat-kuat, Huraaaaaaaaaaaaaay kepada peserta Kejohanan
sebab hari tu kita berjaya kutip wang
sebanyak RM 2500 hasil yuran penyertaan yang telah kami
dermakan kepada Intan Life Zone
(En.Nasaruddin), bagi membantu kerja-kerja amal mereka.
Anyway, ini keputusan kejohanan di Johor,
jumlah pasukan 23 (Kategori terbuka : 18 dan Kategori Sekolah :5 pasukan)
Terbuka
Johan: NAJC Shark
Naib Johan: SAJ FC
Tempat ke-3: PU3 Kickers
Tempat ke-4: Kulai Sports Club
Pemain terbaik : Kak Siti (Jersey No: 8 dari NAJCShark)
Penjaga Gol terbaik : Keeper NAJC Shark
Sekolah
Johan : Crazy Gurlz
Naib Johan: Bleach Junior
Tempat ke-3: SMK Bandar Sri Alam
Tempat ke-4: SMK Bandar Baru Uda
--
KEHANGATAN TERASA DI PULAU PINANG
Apa habaq hang semua….hu hu hu,
Hujung minggu lepas, masuk minggu ke-dua kami berjalan-jalan jumpa wanita-wanita futsal seluruh Negara.
Kalau pada minggu sebelumnya nya kami berada di Millennium Soccer, Johor Bahru, minggu ini kami kat
Safira Sports Planet, Seberang Jaya pulak.
Happening-happening…tambah tambah pening pulak dengan pasukan-pasukan Futsal wanita Pulau Pinang,
yang hebat-hebat belaka. Tini happy sangat sebab Sambutan untuk Kejohanan futsal kami cukup memberangsangkan.
Kat P. Pinang, ada 24 pasukan kesemuanya ( 16 terbuka dan 8 bawah 18 tahun).

Paling best sekali masa kami ada sesi bergembira bersama hos-hos 3R,
kami minta peserta gelek, hadiahnya sepasang but bola figos…..
wah tak sangka Wanita Penang pandai bergelek…..coooool sangat.
Turut serta semasa upacara perasmian ialah
Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan
Pembangunan Wanita & Keluarga Pulau Pinang. Datin Paduka Marina Mahathir, Penerbit Eksekutif 3R dan Datin Chin Kuan Sui,
President Women Centre For Change. GIRL POWER HABIIIIIIIIIIIS!.
Farah Ashikin pun turut serta menghiburkan pasukan kita
serta adik adik kita dari SMK (P) St. Georges, Pulau Pinang.

Keputusan kejohanan:
TERBUKA
Johan: Princess Figos
Naib-Johan : Marlin dari TLDM
Tempat ke -3 : Eguana Girls
Tempat ke – 4: Rakan Muda Nakal |
BAWAH 18
Johan: Rakan Muda
Naib-Johan : Fly Vampire
Tempat ke -3 : SMK Pokok Sena
Tempat ke – 4: Gedik FC |
Pemain Terbaik : Syahzarina ( Princess Figos)
Penjaga Gol terbaik : Zurina ( Princess Figos)
3R UNICEF All Women Futsal Playoffs 2007 dibawakan kepada
anda dengan sokongan hangat HOTFM!
Yang paling buat Tini terharu ialah bila Johan kategori terbuka
dermakan 50% daripada wang tunai kemenangan
mereka kepada kebajikan… Tahniah…sob sob sob sooooooooooo sweet.
Apa-apa hal Seberang Jaya, best! I Love U.