Guardian Pharmacy seals contract to collaborate with the hosts of 3R

3
March 24, 2009 at 6:07 pm  •  Posted in Siaran Media by  •  3 Comments

SHAH ALAM, TUESDAY : ( 28 February 2006 ) – The Guardian Pharmacy chain has entered into an agreement with the producer of 3R, the top infotainment programme in Malaysia for marketing and promotional activities.

GUARDIAN PHARMACY SEALS CONTRACT TO COLLABORATE WITH THE HOSTS OF 3R

The partnership between the largest pharmacy chain and one of the most Malaysia ’s most innovative television show in recent times, was sealed today at a signing ceremony here today.

The agreement was signed by Ms Loi Liang Tok, Marketing Director of GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd which owns Guardian, and Ms Lina Tan, Co-Executive Producer of Red Communications Sdn Bhd, the producer of 3R. The signing was witnessed by the hosts of 3R, Rafidah Abdullah, Kartini Kamalul Ariffin and Celina Khor and Guardian’s business associates.

GUARDIAN PHARMACY SEALS CONTRACT TO COLLABORATE WITH THE HOSTS OF 3R

Under the agreement, the hosts of 3R, will collaborate with Guardian in marketing and promotional activities for one year, including product endorsements and participating in Guardian’s community and charity events.

In explaining the rationale behind the partnership, Ms Loi said: “We see the personalities of 3R and the focus of the programme, as perfect fits for Guardian. The programme focusses on issues which are relevant and of concern to young people, particularly women today. Viewers know they will get sound advice and good tips on everyday issues such as self-esteem and healthy body image.

Guardian, likewise, strongly believes in giving back to the community it serves.

She said, Guardian as the pioneer in the industry, have gained trust, respect and support from fellow Malaysians.

“We have been highly rated by customers in the recent Shoppers’ Trend study in areas which are important to us. These are: convenience, low prices, modern and comfortable stores, better selection of high quality brands and products, good service as well as attractive and interesting promotions.

GUARDIAN PHARMACY SEALS CONTRACT TO COLLABORATE WITH THE HOSTS OF 3R

Ms Loi said that it was also important to Guardian that the 3R hosts are good role models in society. Their active involvement in various charity programmes, and in public educational and awareness campaigns would help others to see the importance of lending a helping hand.

“Guardian has made it a policy to help improve the quality of life of the community it does business in. Through this collaboration with 3R, we hope to generate greater awareness on how individuals can contribute to improving the social and cultural environment we live in,” she added.

Under the agreement, Guardian will sponsor 13 episodes of 3R for the upcoming season which starts in July, while the 3R hosts will support Guardian’s products in print and electronic advertisements and undertake product and branding placement in relevant episodes.

3R is a half hour television programme hosted in Bahasa Malaysia and English, targeted at young women between the ages of 16-26. It has been on air for five years since 2000 and it is aired on TV3, Astro Ria and the Suria Channel Singapore .

Guardian, a home-grown pharmacy chain with 173 stores will celebrate its 39 th anniversary this year. It is owned by GCH Retail ( Malaysia ), which is owned by Dairy Farm International of Hong Kong.

For enquiries, please contact Ms Jennifer Wong (mobile:012-268 0280) at 03-5544 8888 or fax to 03-55448646

FARMASI GUARDIAN METERAI KONTRAK UNTUK KERJASAMA DENGAN HOS 3R

SHAH ALAM, Selasa : (28 Februari 2006) – Rantaian Farmasi Guardian telah memeterai satu perjanjian dengan pihak penerbit 3R iaitu satu program infotainmen di Malaysia, bagi menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi.

Kerjasama antara sebuah rantaian farmasi terbesar dan sebuah program televisyen Malaysia yang paling inovatif pada masa ini, telah dimeterai hari ini pada satu majlis tandatangan di sini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Cik Loi Liang Tok, Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd yang memiliki Guardian, dan Cik Lina Tan, Penerbit Eksekutif Bersama Red Communications Sdn Bhd, iaitu penerbit 3R. Majlis tandatangan itu disaksikan oleh hos-hos 3R, Rafidah Abdullah, Kartini Kamalul Ariffin dan Celina Khor serta rakan-rakan niaga Guardian.

Di bawah perjanjian itu, hos-hos 3R akan bekerjasama dengan Guardian untuk melakukan aktiviti pemasaran dan promosi selama setahun, termasuk perakuan produk dan menyertai acara-acara kemasyarakatan dan kebajikan anjuran Guardian.

Ketika menjelaskan rasional di sebalik kerjasama ini, Cik Loi berkata: “Kami merasakan bahawa personaliti-personaliti 3R dan juga fokus program ini begitu secocok dengan Guardian. Program ini memberi tumpuan kepada isu-isu yang relevan dan penting kepada golongan muda, terutamanya wanita pada masa kini. Penonton yang melihat program ini tahu bahawa mereka akan mendapat nasihat yang berguna dan petua-petua yang baik tentang isu-isu seharian seperti maruah diri dan imej badan sihat.

Guardian pula percaya bahawa ia perlu membalas kembali budi kepada masyarakat di sekelilingnya.

Katanya, sebagai perintis di dalam industri ini, Guardian telah menerima kepercayaan, penghormatan dan sokongan daripada rakyat Malaysia.

“ Kami dipandang tinggi oleh pelanggan-pelanggan kami melalui Kajian Trend Pembeli yang dibuat baru-baru ini ke atas beberapa faktor yang penting bagi kami. Faktor berkenaan adalah: kemudahan, harga rendah, gedung yang moden dan selesa, lebih banyak pilihan jenama dan produk yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang baik serta promosi-promosi yang lebih baik dan menarik.

Cik Loi berkata adalah sesuatu yang penting bagi Guardian bahawa hos-hos 3R merupakan `role-model’ yang baik di dalam masyarakat. Penglibatan aktif mereka di dalam pelbagai program kebajikan, serta di dalam kempen-kempen pendidikan dan kesedaran masyarakat akan dapat membantu pihak lain melihat akan pentingnya untuk memberi bantuan.

“Guardian telah menjadikannya satu dasar untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat di mana kami berniaga. Melalui kerjasama dengan 3R, kami berharap dapat mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi tentang bagaimana seseorang individu itu dapat menyumbang ke arah memperbaiki persekitaran sosial dan budaya di tempat tinggalnya.

Di bawah perjanjian itu, Guardian akan menaja 13 episod 3R untuk musim akan datang yang akan bermula pada bulan Julai, manakala hos-hos 3R pula akan menyokong produk-produk Guardian melalui iklan-iklan di media cetak dan elektronik serta peletakan produk dan jenama di dalam episod-episod yang relevan.

3R adalah sebuah program televisyen selama setengah jam yang dihoskan di dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang disasarkan terhadap golongan wanita muda di kalangan umur 16-26 tahun. Ia telah ke udara selama lima tahun sejak tahun 2000 dan disiarkan di saluran TV3, Astro Ria dan Saluran Suria Singapura.

Guardian, sebuah rantaian farmasi tempatan dengan 173 buah gedung akan menyambut ulangtahunnya yang ke-39, tahun ini. Ia dimiliki GCH Retail (Malaysia), yang dimiliki Dairy Farm International, Hong Kong.

Untuk maklumat, sila hubungi Cik Jennifer Wong (telefon bimbit:012-268 0280) di 03-5544 8888 atau faks kepada 03-55448646

3 Comments

  1. tibetjim / June 2, 2009 at 5:50 pm /

    could you sent me some information about the GUARDIAN MALAYSIA. Because I can not find anything on web now. So thanks~

  2. Nad / June 2, 2009 at 10:17 pm /

    information on Guardian can be found at http://www.guardian.com.my

  3. mardiah bt muhd nor / June 8, 2009 at 11:14 pm /

    akum..
    sy nk tanya..
    pengacara Azah pernah menggunakan produk eucerin lotion bukan..
    so,nak tanya di mana sy boleh dapat kat produk tersebut..
    dan berapa harga nya..
    sy memerlukanya..
    harap balas yea,

    terima kasih

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>