“..kahwin awal?”

96
July 3, 2009 at 1:28 pm  •  Posted in Featured by  •  96 Comments

“..kenapa nak berkahwin? Eh, tak nak. Nanti terikat lah..tak boleh nak enjoy lagi..”

“..boleh nak kahwin muda. Tak kisah umur, asalkan ada compromise and faith. InsyaAllah perkahwinan akan kekal..”

“..tak nak kahwin muda..banyak benda tak tercapai lagi. Nak bina kerjaya dulu..”

Aduhai. Macam-macam pendapat yang timbul bila isu kahwin muda ini diperkatakan. Jawapan yang paling biasa kita dengar,”..dah jodoh, nak buat macam mana..” Biasalah tu, masing-masing empunya pendapat yang berbeza. Ada yang bersetuju, ada yang tidak. Perkara berkahwin ni bukannya boleh dibuat main-main. Nak bina rumahtangga bukannya untuk sehari dua. Ishh..banyaklah perkara yang perlu di fikirkan.

3671065527_21a22886b1_m

Secara peribadi, tidak salah rasanya berkahwin pada usia yang muda. Tapi pasangan itu haruslah berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk mengikat perjanjian sehidup semati selama-lamanya. Anda menghadapai kesukaran untuk membuat keputusan? Tidak pasti samada haruskah anda meneruskan rancangan untuk berkahwinan awal bersama si dia? Nahh..tanyakan diri anda beberapa soalan ini. Adakah anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? Adakah anda sudah memiliki kerjaya tetap yang stabil? Yelah..zaman sekarang ni ramai gadis yang career minded. Mereka lebih mengutamakan untuk membina kerjaya yang kukuh terlebih dahulu sebelum masuk ke alam perkahwinan. Perbelanjaan hidup pada zaman sekarang sekarang bukannya murah pula tu. Ada sesetengah bakal pengantin yang mengambil risiko dengan membuat pinjaman untuk melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran mengikut trend semasa. Tapi masalahnya sesudah berkahwin, terpaksa pula membanting tulang untuk melangsaikan bil-bil dan hutang keliling pinggang. Tak seronok la kalau begitu kan..?

Tapi jika anda mahu menjadi surirumah sepenuh masa kelak, ada perkara lain pula yang anda harus pertimbangkan. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab menjaga bakal suami dan anak-anak? Pada waktu yang sama rakan-rakan sebaya anda yang lain pula masih bebas ke sana ke mari tanpa perlu meminta izin dari insan yang bergelar suami. Biasalah..sesudah berkahwin tanggungjawab anda akan bertambah. Tanggungjawab kepada keluarga sendiri, dan juga kepada keluarga mertua. Kenalah pandai mengatur dan meluangkan masa untuk menguruskan kehidupan diri sendiri, dan juga suami.

Jika anda mampu dan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan tanggungjawab, jangan lah di lengah-lengahkan lagi. Bak kata orang tua-tua, perkara yang baik tak elok di lengahkan. Ada bagusnya juga meneruskan rancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan pada usia yang muda, sekurang-kurangnya dapat lah membina keluarga. Siapa yang tidak mahu  mempunyai anak-anak dan keluarga yang bahagia kan?

Ada kelebihan dan ada kekurangannya dalam membina rumahtangga pada usia yang muda.

Yang penting, anda harus bijak untuk berfikir sedalam-dalamnya dan rujuklah kepada kedua ibu bapa anda sebelum keputusan mendirikan rumahtangga di tetapkan, tidak kiralah apa jua peringkat umur anda.

Oleh Syairah Hanis Hassan.

96 Comments

  1. OcHa_UKM / July 19, 2009 at 12:11 pm /

    fuhh.. best tjuk nie.. hehe..
    kawin awal??
    mmg xslh..
    tp yg pntg tnyer dri kter..
    sggup x kter nk pikul t/jwb ble dh b’gelar suami isteri…
    by the way.. umo sy dh 21.. so mmg tdh plan umo bpe nk kawen..
    mklum la.. plan 2 kn bgus..
    tp skang nie sy stdy.. kne la stdy dlu br la pkir ttg nie.
    mak sy slalu pesan klu nk kawen pastikn kter dh cpai impian kter..
    bantu kuarga dlu.. njoy puas2 dlu.. rse duit kter sndri.. br pkir psl kawen..
    smapi skg sy pkir pe yg mak sy ckp.. btol jgk.. njoy dlu br kawen..
    sbb dh kawen n de ank t dh xleh nk njoy sgt..hehe
    tp sy syorkn 3r buat episod sterusnyer..
    ” perlukah@ wajarkah kter kongsi duit hantaran(bersma bakal isteri& bakal suami)utk smbutn raja sehari ????” pdhal duit hntrn kn dr pihak laki… hehe

  2. @@msz_emy@@ / July 19, 2009 at 12:56 pm /

    sapa cakap kawen awal x baek…
    kahwen awal bkn nya salah
    lbh baek kawen daripada advance (terlanjur) dulu
    kalo advance nanti lagi lah teruk kan…..
    tp bagi mereka yang nk hidup enjoy…enjoy lah dulu sebelum kawen kerna lepas kawen enjoy kowang da batas nya….
    kawan-kawan saya kata kawen awal tu sunnah Nabi…..
    tp sebelum kawen knl lah lu pasang masing2…ok…
    to all yang nk kawen SEMOGA HIDUP BAHAGIA SELAMANYA DAN DI KURNIAKAN ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH….AMIN….

  3. pINKY SwEet / July 20, 2009 at 1:56 am /

    kawen awal memang x salah..kawen lmbt pun x salah..masing ade planning masing2…if u kawen awal then u bole dapat anak around 25-27…if 27-30 u baru nk kawen then umo 30++ baru ade rezeki dpt ank..depends la…planning tu penting…coz without planning nti kta akan rasa rugi…coz when u dah decide nk kawen dat time u dah saving ur money…u try reduce to enjoy..discuss wif ur partner…wat ur dreams???ur planning???if u want futher study b4 kawen u kene discuss wif ur partner first…myb he has planning..who knows…yg penting DISCUSS and PLANNING…share wif ur family ur planning…for me..i n my partner my target nk kawen around 26-27…bcoz we all couple since kat campus lg…then bila dah keje we all saving sesama…enjoy sesme…klu nk kmpul harta…i hav my own car, and he also…then, now we all dah ade rumah sendiri…we decide to bought condominium and joinning account…discuss wif family…then our family setuju n support us…lucky our loan has approved even we still young…our commitment bertambah hwever we still bole saving for our future…KAWIN…;)

  4. aini / July 20, 2009 at 11:08 am /

    saya nak tanya, klu kita perlukan kaunseling untuk hal krisis rumah tangga, dengan sapa harus kita rujuk dan di mana kita nak dapatkan? sapa yang boleh membantu?

  5. yanna / July 20, 2009 at 2:19 pm /

    kahwin muda topik yg agak menarik. tapi sy lum lah kahwin lg cz bg saya kahwin muda nie tak salah asal tahu tanggungjawab,saling memahami,salingbertolak ansur itu akan menjamin kebahagian. tapi low rasa sikap mcm budak2 lupakan untuk berkahwin awal.. takpun masih rasa belum bersedia nak pikiul tanggungjawab yg besar so jgn teruskan. dari segi ekonomi pun kena tengok juga. kahwin nie bukan main2. setiap pasangan impikan berumahtangga yang bahagia selamanya. so jadinya fikirkan dengan semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusa. bukan ikut hati atau ikut perasaan saja. taku ada yang akan kecewa dan derita kelak. wasalam

  6. [A!EN] / July 21, 2009 at 11:32 pm /

    bsest sgt tjuk minggu nie…

  7. mimi / July 22, 2009 at 5:21 pm /

    saya nak kosing p’galaman saya ttg kawin awal ini, saya telah p’kahwin pada umur 18 tahun..skrg dah umur 19 tahun.banyak juga m’nempuhi suka & duka b’rumah tangga ni..tapi saya bahagia juga…tapi saumi saya 7tahun tua dari saya….perangai saya masih lagi mcm remaja biasa….skrg saya b’kerja sama dgn suami saya sama2 ada tanggujawab masing2..tapi kami dua belum ada baby…nanti2 akan fikir pasal tu…terima kasih kpd siapa2 yang m’baca nya…bye

  8. nina_11 / July 23, 2009 at 6:38 pm /

    wahhh..
    tjuk yg sgt “in” dgn sy..
    btw,,
    kawen mude mmg tk slh..
    stiap pkare yg blaku tuh,,
    pasti ad pro n cons kn??
    so,,
    kte tk plu kot nk descriminate people klaw pn dorg kawen awal..
    cuz it might be their “jodoh” ryte..
    bole elakkan maksiat kn law kawen awl??
    n da besh thing,,]
    dpt m’mupuk sifat kebertanggungjawaban antare pasangan..
    tgk mcm mimi tuh??
    okeyh jer kn??
    yg pnting ialah cara kite bawak diri,,
    n plan ur marriage..
    kawen awal tape,,
    pasal baby tuh bole rancang taw..
    after marriage lah..
    tk salah kot law da ckup dwet..
    just jlnkn majlis nan sederhana,,
    kawen tuh fitrah manusia lah,,
    ~manusia mmg m’mlukan pasangan

    keyh lah,,
    till then..

    to mimi,,
    nina salute kt mimi lah..
    smoge b’bagie yer..

  9. orchid / July 25, 2009 at 9:48 pm /

    em kwen awal??sy nk gk kwen awal ne.1 sbb le mgelakkan fitnah.e2 yg pnting.tp fkir blik,sy rsa xsedia lg dr segi mental n fizikal.apapun i still stdy.my bf too.so kmi da spakat nk cntinue stdy lu n cri keja.yg pnting saling memahami n pcaya e2 pnting selain mjaga diri agar xblaku pkara yg xdi ingini.aminnn

  10. adzie / July 26, 2009 at 5:49 pm /

    ermm.bestnyer kawen awal…tp kne ingat gak..bile kawen maknernyer dah ready nak pikul tangungjwab….jgn jadi mcm jiran saya….sanggup tpu mak mertua kata diri tengah mengandung..nak elak wat keje rumah pnyer pasl…..mental ngan physical kne la ready bru la boleh hidup aman dan bahgia…jgn lupe jgak ilmu akhirat…salute jgak kat mimi

  11. ezza / July 26, 2009 at 6:33 pm /

    btol 2 adzie..i sokong u..kwen bkn sekadar utk suka2.byk bnd yg prlu d pikirkan bla dh kwen ni..

  12. keen / July 27, 2009 at 6:52 pm /

    huh…xstuju larh aq kwen awl ny…..xnjoy r da la muda lg nk kna pkul tgungjwb pla…xp sesapa yg kwen awl aggp jewla jdoh dh smpy….jgn pkir -ve pla ek…..

  13. yaya / July 28, 2009 at 8:12 am /

    yaya suke bab2 kawin awal nie..
    sebenarnyer sgt best..
    tp mcm2 la perlu difikirkan rite..
    tp kwn2..
    jodoh ketentuan Allah..
    so walo cmane kte tolak pon kalo da KUN FAYA KUN..
    selamat berkahwinlah anda2 sume..
    hee~~

  14. annur / July 29, 2009 at 3:57 pm /

    kahwin awal ni bagus untuk mengelakkan maksiat. Yelah, sesetengah orang tu bercinta lama-lama, pergi sana sini sekali, takut tak terkawal diri sendiri, lagipun tak elok dipandang orang sekeliling jadi eloklah kahwin awal. Tapi sebelum kahwin, perlulah bersedia untuk pegang tanggungjawab kepada keluarga, kewangan mestilah kukuh dan mendapat restu dari kedua ibu bapa… Sekiranya dah berkahwin nanti, tetapkan nawaitu dalam hati bahawa “Dialah suamiku/isteriku yang aku kahwini untuk memperkembangkan zuriat, untuk menambahkan pahala dan untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.” Sekiranya semua pasangan ada nawaitu yang ikhlas, tulus dan baik dalam perkahwinan, insyaAllah Tuhan akan bantu memanjangkan jodoh hingga ke akhir usia…

  15. asmawati bt.irasmi / July 29, 2009 at 8:54 pm /

    kahwin awal memang boleh tapi sebelum itu kita kena pikir jugak kewangan kita kukuh atau tidak?dan dapat pikul tanggungjawab ketika berumah tangga…agar tidak rasa perkahwinan itu adalah perkara yang tidak menyesal anda lakukan…dan dapat menjalani rumah tangga anda bahagia…..insyallah…

  16. suraya / July 29, 2009 at 11:09 pm /

    emm,for me kahwin terlalu awal di usia muda banyak cabaran..naklah pulak kalo baru abis blajo..mana nk pk pasal hutang blajo,nak kmpul aset lg…n mcm2 ag ar..bab tu kita mesti ada target dlm hidup agar senang kita atur kehidupan kita..sebenarnya,benda ni semua terpulang pada individu..ye ar masing2 ada pandangan dan fikiran yg berbeza..

  17. qemmal / July 31, 2009 at 3:37 am /

    kahwin awal ni memang tak salah.kalau masing2 dah bersedia, bagus lah.
    tapi saya bukan di kalangan kahwin awal sebab saya maseh belum kahwin.

    insya-allah,bila sampai masa nti :)

  18. miera / August 3, 2009 at 9:39 am /

    kawin awal nie best 2 sume jodoh yg d ten2kan oleh allah jd pe yg kte trime sume de hikmshnye..tentang enjoy pas kawin pun leh enjoy yg penting hbgn kte n suami ok..jgn dgr kate org lain kte ikut kate ati kite..

  19. kak zack / August 3, 2009 at 11:07 am /

    Kahwin awal? emm tak aper asalkan dah bersedia dari segi mental dan fizikal..macam pengalaman sy,yg baru lebih kurang 6 bulan mendirikan rumah tangga rasa teruja ingin berkongsi sesuatu yg indah utk dikenang sekaligus dikongsi bersama dengan pembaca yg sudi membacanya! Sy dah pun berusia 30 thn,suami pula 29 thn. Setakat ni belum ada tanda2 kemualan..hehehe tp tetap berusaha..kepada adik2 di luar sana yg rasa mcm stress sebab jodoh belum tiba,akak harap bersabar dan byk2 lakukan solat hajat dan kalau bagus disertakan dgn solat taubat..akak melangkah ke menara gading di usm pada thn 2001 dan selamat menggenggam ijazah tiga thn kemudiannya.Namun akak seperti gadis remaja normal yg lain..ingin mencintai dan dicintai..tak ada perasaan cemburu pada kwn2 yg ada pacar..pelik gak tapi berusaha juga masa tu..tipu sgt2 lah klu akak kata antara waktu akak last form 5 (1998) hingga pertengahan thn 2007 akak tak pernah bercinta??!! Ada memang ada..sangat2 pahit klu dikenang tp tak sampai lah membunuh diri sebab terkandas dlm permainan manusia..ingat adik2 ‘cinta sebenarnya mendidik kita menjadi waras’..pengalaman bercinta dengan seorang pensyarah & berstatus suami org pun ada,yg ini berlaku selepas 6 bulan akak grad..pengalaman ini jugalah yg sebenarnya benar2 terkesan dlm hati bukan sebab akak suka dgn laki org! not my test..masa tu Allah sj yg tahu perasaan geram ditipu sebab ingatkan bujang telajak rupanya suami org..so dlm masa yg sama akak nak ingatkan puteri2 di luar sana yg semakin mekar mengharum, berhati-hatilah melayari kehidupan alam remaja..jgn takut melepasi zaman gadis yg digelar ‘andartu’ atau sebagainya..tekad akak pada masa itu,tidak sesekali akak akan mengahwini lelaki yg masih mempunyai isteri..memanglah lelaki/suami bukan hak mutlak kita,Allah pinjamkan suami/isteri/anak2 ni hanya sementara sahaja di dunia.tapi akak percaya wlu pun ada istilah ‘ku menumpang kasih’ tu sama makna dengan ‘ke menempah maut’..yes memang ada org yg sanggup tp bukan akak..Jodoh, ya..berkat kesabaran menanti dan ada yg kata akak ni dasar memilih akhirnya bulan 7 thn 2007 akak ‘bertemu’ dgn Mr A dlm talian..kelakar pun ada sebab lebih kepada soal tugas..emm bayangkan diri akak di KL dan si dia di Pahang..tp percaturan Allah Maha Hebat..tiga tahun di usm, si dia adalah senior di desasiswa dan pusat pengajian..tak pula akak bertemu dan mungkin hijab ditutup rapat2 pada masa tu! Dipendekkan cerita, hanya SMS penghubung hati utk tiga bulan pertama..kmdn berjanji utk bertemu di R&R Ayer Keroh bagi memeterai janji2 indah seminggu sebelum Aidilfitri..Saat pertama kali bersua akak rasa tak perlu diluah di sini sebab akhirnya awal tahun 2009 janji yg dipadu perlu dibuktikan dalam ikatan yg suci dlm Islam..kesimpulannya,walau pun lewat jodoh kita tiba, akak pasti ada yg terindah untuk kita..yg pasti dlm hidup kita sering berlaku proses kehidupan,pahit dan manis..sekian,jaga diri ;)

  20. eijimaru / August 3, 2009 at 6:07 pm /

    em…
    tajuk ni mmg best…
    pd sy mmg x salah kalau ade yg nk kawin awal…
    almaklum la…seru dah sampai dulu kn??
    kawin ni yg pling penting skali mst dah ade siap sedia dr segi mental n fizikal..
    emosi pn kena stabil n kuat…
    sbb nk jaga diri sendiri, suami, keluarga 2 belah pihak g..
    kena sling tolak ansur…
    kewangan pn mainkan peranan yg penting gak…
    anyway, best baca komen kak zack…
    thnkz 4 the komen n kongsi pengalamn kak…
    suke bc…=)
    pd yg nk kawin mude 2…
    pkir la masak2 n dalam2 dulu…
    jdn menyesal kendian hari dah la…
    huhu…

  21. ViLdaFida / August 3, 2009 at 6:30 pm /

    Kawin awal???
    Kalau dh bersedia memikul tanggungjwb,mental fizikal..ok lah..
    Kalu masih berangan nk smbung blaja la..nk bli kereta la..beli rumah la..amik anak angkat la…nak berkepit bawah ketiak mak ayah la..baik JANGAN!!!!!!!!
    Kita berkahwin ni bukan dengan pasangan kita je tp kita ‘kawin’ ngan seluruh ahli keluarganya..
    Kalu setakat syokk tgk org kawin…JANGAN!!!
    Pengalaman seorg teman yg tergesa2 nk bertunang dan akhirnya dia tk bersedia bila pasangannya ajak kawin cukup mengerikan…hari bahagia makin tiba dan dia????…masih tak bersedia…

  22. intan / August 4, 2009 at 10:35 am /

    hai…
    saya adalah antara remaja yang akan berkahwin awal,umur saya 19 tahun saya dah kahwain. dilema saya adalah tanggapan orng sekeliling yg menentang saya kahwin awal. tapi bagaimanapun saya telah pun bertunag dengan seorang jejaka yang saya anggap terlalu baik dsan sesuai untuk menjadi suami saya. tetapi tunang saya berkerja sendiri. saya dah nekad untuk berkahwin tapi orang sekeliling saya bagai tak percaya yang saya mampu menjadi seorang isteri,jadi saya minta kak tolong buat satu segment 3R tentang kebaikan kahwin muda…please!!!

  23. miura / August 5, 2009 at 11:15 am /

    Mmg bezt topic ni…tp sy rase klu dr sendiri pun x tertanggung lagi…still bergantung pada parent..so x yah lah berangan nak kawin awal…orang perempuan sekarang ni pun kena pastikan yang mereka mempunyai kerjaya yang boleh manjamin masa depan mereka, ada pendapatan sendiri so barulah boleh fikir pasal kawin sbb orang lelaki zaman sekarang ni berlainan dengan orang lelaki zaman dulu dan tak nak lah jadi macam perempuan2 zaman dulu yang terlalu bergantung pada lelaki @ suami sehingga sanggup diperlakukan apa sahaja kerana x nak kehilangan tempat bergantung…sekurang2nya kalau kita berkerja dan bile d kawin lelaki tu tinggalkan kita…kita masih boleh teruskan hidup dan mempunyai sumber pendapatan untuk besarkan anak2…

  24. Lailatul / August 6, 2009 at 2:49 pm /

    Salam
    kawen awal??? Seronok sebab saya sendiri kawen awal.Masa umur 20 tahun.Skarang saya dah 22 tahun.Erm….kejap jer dah 2 tahun.Tak rugi aper2 pun.Still leh gerak sana sini.Rasa lebih selamat kawen awal.Dapat elak banyak perkara.Contohnya elak maksiat dan anak luar nikah.Dulu masa lom kawen terpikir juga pasal nak masak la,kewangan lagi la.Alhamdulillah setakat ni ok jer.Masak sama-sama.Seronok…..Tapi kena ingat juga.Bila dah kawen jgn rasa diri tu mcm single lagi,pasang 2,3 pakwe lah.Still pada yg satu ajer.INSYAALLAH kekal ke akhir hayat.Pastikan pilih yg leh didik kita dunia akhirat.Bukan plih melalui paras rupa dan harta benda.Hati budi tu yg penting.

  25. dea / August 6, 2009 at 11:17 pm /

    erm…………..
    kawin awal??????
    kalo dlu pas mtrx biler p jmpe cikgu2 kat sek dlu…
    soklan 1st kna tnye mst sal kawin….
    huhuhu….
    nak masuk U kna kawen dlu kew????
    hehehehe….

    kawin awal cam bez gak…
    nt time kat U ade la gak org jage..
    pas2 xleh elakkan maksiat…
    jadik matang la cket kot…
    huhu

    tp……..
    kompem terikat r…
    nak enjoy pon xleh kot…
    cam nak kuar ngan kwn2…
    p shppg…
    msti kna mntx izin dlu..
    huhu…
    erm……………..ntahla…

  26. Eyz / August 9, 2009 at 7:32 pm /

    Isu kahwin awal?? For me it’s not wrong to get married in early age. Yang penting ada persetujuan antara kedua belah pihak. Sy berkahwin awal pada umur 19 tahun, same age with my husband. We all still studying. We decide to get marry and both of our family agreed. Itu yg paling penting. Kami decide to get married early because we all study together and it makes us easier to hang around together. Dari segi financial, both of our family agreed to support us besides our scholarship. Kami juga hadapi tentangan untuk berkahwin awal daripada saudara dan kawan. Ada juga yang mengatakan kami sudah terlanjur and that’s why we want to get marry. Apa-apa pun, kami anggap itu sebagai dugaan sahaja. Yang penting kami bahagia and so what people nak cakap apa-apa pun…

  27. Balqis / August 10, 2009 at 10:35 am /

    bg sy jodoh pertemuan di tangan tuhan…. tp kdg2 pd masa skrg ni x smpt pun nk kawin awal….lps hbs beljr pun dah 23… cari kerja… nk establishkan ekonomi lagi tup…tup dah 27, 28…. jd kn amalkan konsep 3K… Kerjaya, kereta, kahwin… so kawin tu jth no 3… tp kalo dah keja pun pakai keta yang branded msti org takut nk dekat kan..
    tp kt tmpt keja sy ni… org yg dah tua2.. x bsing pun pasal kahwin… yg bsing dan sibuk pasai hal org… yg muda tapi x brp muda.. tua tp tak brp tua… yg pasti dia tu bru je btunang, tp cbuk kan org lain yang tak bertemu jodoh lagi… dia tu pun bkn muda sgt 27 thun…. x brp cntik… nasib baik je ada org nak… kalo tak kategori andartu la juga…
    sy kesain tgk yang lain tu… dlm hidup ni kta kn ingat… apa yg dah ditentukan untukkita dah diktakdirkan oleh tuhan… suka atau tidak kn terima qada dan qadar nye….x blh nak riak dan takbur… sebab khidupan kita ni x selalunya indah… harap2 mmber saya tu dpt la kesedaran…..

  28. ejan / August 10, 2009 at 9:29 pm /

    emm..kawin?mmg bes..
    xpi klw fikir blk mampu k kte nk hadle segala2nye pd usia yg muda..diri sendiri pon tunggang terbalik..ne kn plak nk uruskn suami kn?
    xsalah nk kawin pd usia yg muda…xpi jgn kawin sekadar nk bertahan 2 3 bulan jew kot..ape yg penting peluang idup hanya sekali so sblm nk kawin biarlh kte enjoy puas2 n bru blh fikir pasal kawin n ank..

  29. sumie / August 14, 2009 at 1:27 pm /

    klau fikir pasal kawin nie memang best…
    tapi duit xda pun xleh jugak…tul x kawan2

  30. ina85 / August 14, 2009 at 1:38 pm /

    btl 2 sumie..tp dt 2 kn sume dr pihak lelaki?walau mcm maNe pn kt yg gurl nie ttap kne sdiekn dt gak…xslh klau nk kwin awl,jNji mental n fizikal btl2 dh bsdie untk harUngi alam brumah tNga(“,).

  31. mynn / August 14, 2009 at 2:27 pm /

    betul tu ina85, duit kene fikir..and tak salah kalau nak kahwin muda asalkan dah ready physically and mentally. and to eyz, thats good for you! :) asalkan kita tahu apa niat kita untuk berkahwin dan kalau takde halangan dari kedua belah pihak – tak kisahlah apa orang lain nak cakap..sebab kita bukannya boleh kawal apa yang merekka mahu katakan kan?

  32. Asrul Mizan / September 27, 2009 at 10:05 pm /

    saya tak setuju kahwin terlalu awal, sebolehnya biarlah dalam lngkungan umur yang sesuai, 23 tahun ke atas…sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu, zaman sekarang ada sekolah dan universiti, biarlah selesai dulu semua benda ni, pastu dapatkan kerja, dah tahu sepak terajang dunia barulah kahwin…gatai sangat nak kawen awal buat apa?

  33. cha / September 28, 2009 at 12:13 pm /

    ASRUL..ni bukan soal gatai ke ape..tidak salah andai kata seseorg itu membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang terlalu awal..yang penting dia dah pon bersedia dari segala segi..kalo umor dah 28 ke atas skalipon dia masih belum bsedia pon takde guna jugak.Tapi kadang2 masyarakat kita sekarang ni terlalu ‘kepoychee’ ..membuatkan ada sesetengah pasangan muda takot untuk meluahkan hasrat d hati untuk berkahwin dlam usia yang masih muda dan adakala nya masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)..bergantung pada indvdu itu sendiri samada dia mampu ke tidak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri/suami kepada pasangan masing2..Hey..ramai di kalangan pelajar yang masih belajar di mana2 ipt, lulus dengan cemerlang walapun sudah berkahwin dan punya tanggungjawab dan menuntut masa yang lebih.Ini kerana mereka merasakan lebih bersemangat dan bertanggungjawab untuk memberikan kecemerlangan hasil dari sokongan yang berterusan dari pasangan masing2..

  34. Asrul Mizan / September 29, 2009 at 12:53 am /

    Tetap tak setuju ahahahah

    Kalau saya ada nanti, kalau umur dia baru 19-20 tiba-tiba cakap “abah, nak kawen” saya akan terus bagi tempeleng satu das hahaha. Saya akan cakap ” Merepek lah, hidung pun berhingus lagi, duit belanja pun aku tanggung dah gatai nak kawen! Abah sendiri pun lambat kawen nak lawan tokeh ek!”

    hahaha

  35. cha / September 29, 2009 at 11:26 am /

    ASRUL..kenapa tidak anda selami dulu hati anak dia? Cuba anda berbincang dan nasihat dengan penuh hikmah..Pada saya, cara anda memberi ‘hadiah’ pada seorg anak yang baru meningkat naik itu amat amat lah menyimpang..Jangan terus menghukum dia dan jangan lah pula memukul atau menampar anakmu hanya kerana dia berani menyatakan hasrat murni lagi suci itu..Sebaiknya anda jadi seorang abah yang fleksibel , mudah bwk berbincang..dan jangan pula memandang sudut negatif sewaktu anakmu mengutarakan pandangan dia tentang perkahwinan meskipon dia hanyalah seorg anak yang belom ‘masak’ bak kata anda..Sekiranya anda punya alasan tertentu yang kukuh tentang keburukan perkahwinan di usia muda, tidak salah rasanya anda duduk semeja dengan anak itu dan terangkan secara lembut dan penuh sifat kebapaan..Nescaya anak anda pasti paham..
    (KAWEN PON BELOM KAN asrul? persediaan la ni..tem ada anak..ahhaha)

  36. Asrul Mizan / September 29, 2009 at 3:41 pm /

    hahaha, tempeleng je…cakap pun tak paham punya sebab bila dah gatai apa pun tak nampak hahaha, “Tak kira, nak kawen jugak, nak kawen jugak!”, memang kena la “pang!” satu kali hahaha

    (saya belom kawen…diulangi…saya belom kawen…)

  37. cha / September 29, 2009 at 4:17 pm /

    Kalau begitu sekali rupanya, pada saya anda haruslah menghadiahkan 2,3 ‘pang’ kat dia..sure tak bani bersuara dahhh..wekeekekke..(semua org tau anda masih bujang..tiada pengulangan kata pon tidak mengapa)..ahah

  38. Asrul Mizan / September 29, 2009 at 10:36 pm /

    Ada orang kata saya dah kawen…huhuhu…nak ulang lagi ke…?

  39. cha / September 30, 2009 at 8:14 am /

    ahhh..pedulikkan apa orang nk cakap tentang anda..Saya sendiri penah ditudoh telah berkahwin memandangkan wajah dan perwatakan saya yang kelihatan mcm ‘akak’ ..walapon hakikatnya saya masih bujang..heuheuh..orait aje..
    Malah saya suka dengan keadaan tu..Saya juga biarkan aje orang meneka-neka yang anak buah saya adalah anak saya sendiri sewaktu membawa kanak-kanak itu bersiar-siar..Saya tidak amek kesah apa orang nak kata..jatuh saham ke apa apa ke..yang penting saya hepy n i luv kids

  40. Asrul Mizan / October 3, 2009 at 4:50 pm /

    orang pun selalu salah pandang saya sebagai “kakak”…macam mana tu…

  41. ezzaRia / October 4, 2009 at 1:25 pm /

    i like dis topic…as 4 me i think kahwin awl adlh sgt bagus coz membuatkan kita lebih bersedia dari setiap aspek berumahtangga.dapat mengelakkan daripada berlaku perkara yg kurang molek.berdasarkan permasalahan yg dialami pada zaman sekarang..c..bagus kan…xda org yg akn berprasangka buruk lagi pd kita..sebenarnya tanggapan org tidak begitu penting kerana kita lebih mengetahui tentang diri sendiri n apa yg kita lakukan…parent pula kne mainkan peranan n didik ank2 bkn berdasarkan zaman diorang tapi mengikut zaman ank2 sendiri…itu lebih baik coz kalau dibiarkan kemungkinan besar ank2 akan jauh menyimpang…akibat keinginan yg xdapat dipenuhi.

  42. seks mania / October 14, 2009 at 3:33 pm /

    kawin tu best

  43. seks mania / October 14, 2009 at 3:36 pm /

    tp ingat niat biar betul…cinta hendaklah bertunjangkan keikhlasan kita dalam menerima sesorng utk dikawini serta sirami la cinta dengan kasih sayang agar berkekalan selamanya.

  44. ray / November 7, 2009 at 5:32 pm /

    kahwin muda 2 biasalaa..tp pe yg pntg kne la brsedia pkul tggjwb yg berat. sy stuju ngn pndpt korg smua

  45. RofAssencefex / November 20, 2009 at 8:08 am /

    суперконтент прекрасный. побольше коментариев

  46. ремонт коттеджей / December 2, 2009 at 3:42 am /

    ,заползу

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>