Mencari Jejaka Idaman

Kita semua pernah berada di saat itu sebelum ini. Mencari putera kacak yang akan berlutut dihadapan kita dengan gaya yang begitu mempesonakan dan berjanji untuk berada disamping kita dengan aman dan damai untuk seumur hidup. Screech…berhenti. Berpijak pada realiti. Lelaki tetap lelaki, mereka semua mula kelihatan serupa. Kita tersedar adakah lelaki seperti ini benar-benar wujud? Di mana kita boleh menemuinya? Adakah lelaki-lelaki yang kita jumpa itu benar-benar teruk, atau ia hanyalah ekspektasi yang kita yang tidak realistik?

idaman_main2

1. Jadi pasangan ideal

Jika kita mahukan seseorang yang sempurna, pertama, kita perlu menjadi seseorang yang sempurna juga. Tidak adil jika kita mahukan seseorang itu baik dan sensitif terhadap kita sedangkan kita sendiri tidak begitu. Belajar untuk memperbaiki kualiti baik dan buruk dalam diri kita dan nanti anda akan dapati lelaki yang datang mengerumuni anda, daripada anda yang terkejar-kejarkan mereka.

2. Jadilah realistik

Duduk dan tulis senarai kualiti seseorang lelaki yang anda cari. Jadilah realistik. Mungkin tidak realistik jika kita mengharapkan seseorang seperti Brad Pitt dengan lengan umpama Mr. Malaysia dan seseorang yang memiliki sikap yang sangat sensitif, memahami, penyayang dan sering mengambil berat. Mungkin baik juga mengkategorikan kualiti lelaki impian anda kepada dua bahagian, boleh dikompromi dan tidak boleh dikompromi. Contohnya, lelaki yang sukakan binatang mungkin memiliki kualiti yang tidak boleh dikompromi bagi anda, tapi mungkin bagi orang lain ianya bukanlah sesuatu yang perlu dipertimbangkan pun. Jadi apabila anda bertemu dengan beberapa lelaki yang berbeza, anda akan dapat tahu sama ada mereka sepadan dengan senarai anda atau tidak. Lebih penting lagi, anda pastinya tahu sama ada ekspektasi anda itu terlalu tinggi atau terlalu rendah!

3. Jangan harapkan dia jatuh di atas riba anda

Jika anda hanya duduk dan tunggu Jejaka Idaman turun dari langit, bangunlah! Ianya takkan berlaku jika anda tidak melakukan sesuatu. Bangkit. Sertai kelab (seperti kelab sukan) atau buat hobi baru (seperti memancing atau bola sepak). Ok, ok biar kita jadi realistik sekarang… cari hobi yang anda suka. Kalau anda dapati anda benci melakukan sesuatu (seperti memancing atau bola sepak), jadi idea menyertai kelab memancing atau bola sepak, bukanlah idea yang baik. Tapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu. Bersosial!

4. Jangan Hilang Kepercayaan Terhadap seseorang

Mungkin beberapa kali (sangat selalu) berlaku apabila anda tidak bertemu dengan lelaki seperti dalam mimpi-mimpi anda atau ekspektasi anda hancur pada pertemuan kali kedua. Tapi sangat penting untuk tidak terlalu kecewa menghadapinya atau sedarlah dari khayalan, fikirlah yang dia tidak pernah datang.Ianya telah ditakdirkan untuk berlaku. Apa yang penting bukan berapa kali anda gagal, tetapi bagaimana anda bangkit semula! Jadi jangan putus asa!

Tip temujanji pertama

  • Datang awal. Anda tidak memberikan tanggapan yang baik sekiranya anda lewat setengah jam.
  • Jumpa di tempat awam. Ini kerana, jika temujanji anda berakhir dengan sesuatu yang tidak baik, anda boleh lari dan lepaskan diri dengan mudah.
  • Pilih restoran/aktiviti yang anda selesa.
  • Jangan sembur minyak wangi terlalu banyak. Ingat-anda mahu menarik perhatiannya bukan membunuhnya.
  • Cuba untuk tidak memakai baju putih (terutama sekali jika anda merancang untuk makan laksa).
  • Jangan takut untuk diam semasa berbual. Masih ok jika anda tidak boleh berfikir apa yang anda mahu katakan.
  • Apa yang paling penting, jadilah diri sendiri! Sangat teruk menjadi seseorang yang seolah-olah memakai topeng dan menjadi orang lain yang bukan dirinya.

Kadang kala mengenali seseorang sebagai kawan baik terlebih dahulu sebelum keluar dengannya akan menyelamatkan anda dari rasa sakit hati. Ini kerana anda sudah tahu semua kekuatan dan kelemahannya!
Percaya kata hati anda. Adakalanya kata-kata yang datang jauh di dalam sanubari itu boleh memberitahu anda banyak perkara.

191 Komen-komen

  • cha
    October 5, 2009 | Permalink |

    ASRUL..power of love~
    sesekali anda harus mengakuinya..Dang jangan cuba menafikan~

  • October 5, 2009 | Permalink |

    x ready lagi ler tu…

  • October 5, 2009 | Permalink |

    asrul… hurm.. yg 1st tu mmg lelaki idaman ku.. nmun dia tingalkan ku tanpa berikan khabar cuma berjanji akn kembali lg 2 thn…

    selapas 1thn di tinggalkan ku, ku bjmpa DH. ku cuba mengelak untuk jatuh cinta lg.. nmun DH amat mirip perwatakan yg pertama.. akhirnya aku jtuh cinta padanya… dia amt mirip cintaku yang pertama dan juga punya ciri lelaki idaman ku….. setelah mengenal dirinya, ku mersakan ku benar cinta padanya… namun telah ditakdirkan antara kami tiada jodoh….

    dan setelah ku putus dgn DH rakan ku ada menanyakan andai ku yg 1st kmbali adakah akn ku terima kmbli.. namun ku kasihan aknnya kerana telah ku mainkan cintany.. haruskah aku/??????

  • October 5, 2009 | Permalink |

    memain ee inaamalina…huhu

  • October 6, 2009 | Permalink |

    ina…lupakan saja la yang 1st tu….zaman sekarang ada internet, bukan tak boleh nak berhubung dengan ym ke, facebook ke, friendster ke…karut je la janji dia tu, ingat zaman purba ke apa…orang zaman purba pun hantar surat tau…

  • October 6, 2009 | Permalink |

    betul,betul,betul

  • October 6, 2009 | Permalink |

    ASRUL,PHIQ… dia amat baik tau…
    ina kenal dia lama… dari ina sekolah.. dia baik..alim… malah ada setiap arh ciri laki idaman ina… tp tu ar.. dia lgsg tak antar khabar… hurmm.. bila ina da jtuh ati pada dh.. ina mula rasakan dh la yg lbh baik dari dia. tapi syg… ina dgn dh tak da jodoh.. dh khwin dgn pilihan mak ayah dia.. hurmmm…

    pasal my1st love tu.. ina kasiankan dia.. kalau dia tau ina curang dulu.. hurm.. now ina single.. tak mengharapkan sapa2. lagi bagus …

    moga yg 1st jumpa yg terbaik dlm hidup dia dan yg 2nd bahagia selalu..

  • October 7, 2009 | Permalink |

    lelaki idaman?????ssh nak jmp zaman skrg nie,tapi saya percaya dalam seribu satu terdapat seorang jejaka yang bernama jejaka idaman…hermm,dunia sekarang lelaki hanya pada nama,apa- apa pun semua wanita mermelurkan lelaki yang penyayang.di harap kan anda semua bertemu jodoh yang sesuai.

  • October 8, 2009 | Permalink |

    jejaka idaman??dlm mimpi je la jwbnyer..1′ve met once..tp jdoh x pnjg..nk cri mr.Right…tp sumtym kiter d tmukan dgn mr.wrong dulu..rite?doa2 la slalu smoge dpt d ptmukan dgn mr.Right..cz x smstinya mr.Perfect 2 adalah orgterbaek buat kiter.. (^_^)

  • cha
    October 8, 2009 | Permalink |

    satu masa dulu saya penah menutup pintu hati saya untuk menerima mana-mana laki memandangkan sudah berkali saya dikecewakan..Tapi selepas melalui proses ‘tenangkan diri’ sewaktu bercuti di kampung dulu, saya mula berfikiran positif..Mereka semua bukan tercipta untuk saya.Dan sekarang saya masih menanti kehadiran jejaka idaman saya..
    Masih adakah peluang untuk bertemu dengan nya? Sama-sama lah kita tunggu dan lihat ;)

  • October 8, 2009 | Permalink |

    fiey dlu pn cm cha jgk..ttp pintu ati utk mn2 lelaki..tp kn..tetba pntu ati 2 terbka sdri..dunnoe y..n dat person yg da ketuk pintu ati 2..my abg angkat..mgkn terbuka cz he always be wif me..listen n advice me while i’m facing da hard moment in my life..even mase break up dlu die slalu je ade..i guess i’m meeting wif my mr. right..tp skang ble da couple..rase cm dat person i knw b4 da dffrent..x byk bnde dah yg boleh nk d share..i wonder whether he’s my mr.right or not…
    —–still waiting 4my mr.Right— ( “,)

  • October 8, 2009 | Permalink |

    ko nie enth ape2 ar fiey,nk tulis,tlis ar btl2,nie wat bhase rojak lak..sjk ongputih,sjk mlyu sepeking ar lok2..

  • cha
    October 9, 2009 | Permalink |

    FIEY..dun wori..saya sendiri penah berpengalaman mcm tu..rasenye declare terlalu awal..
    bile da kapel dia bubah jadik ‘oranglaen’..

  • October 9, 2009 | Permalink |

    eleh…semua cerita nak mr right la kunun, cermin la diri dulu, kalu diri sendiri wrong, macam mana nak dapat right? fikir la sebagai lelaki, apa yang agaknya lelaki tengok pada diri anda….? adakah anda miss right pada dia…? (pinjam style cha…jangan marah ye cha…cayang cha…)

  • cha
    October 12, 2009 | Permalink |

    ASRUL..saya dah pon cermin diri..
    PASTU apa perlu saya buat? (sambey wat muka innocent)

  • November 19, 2009 | Permalink |

    haha..
    mr.ryte n ms.ryte ek??
    trust me..
    biasanye mr.ryte akn jmpe ngan ms.kureng ryte..
    n ms. ryte akn jumpe ngan mr.kureng ryte..
    hakhak..
    m i ryte??
    of course!!

  • December 1, 2009 | Permalink |

    selalunye ape yg kite idamkan ..mesti xdpat..

  • December 2, 2009 | Permalink |

    xde sape pun yg sempurna

  • December 3, 2009 | Permalink |

    tp cm ne nk taw laki 2 tol2 jjr n syg kn kte??sbb kbykn mlt laki nie mnis je..xpun sygkn kte sbb nk “bnde” 2 je..tol x??dlm dunie nie jgn la arapkn sgt laki yg setia n jjr ngan kte..bg sy xde sowg pun laki yg kte idaman2 kn 2..klu ada pun myb dunie nk kiamat..

  • December 10, 2009 | Permalink |

    huhu…mmg lah ada angan2 mcm 2…
    tp biler dah dapat…aduuuhhh,,,poning kepala…
    yg pnting dapat yg memahami n sayang kita…
    dapat yg handsome/cantik pun sakit ati juga…asyik gadoh aja…
    dia tuduh kita…kita tuduh dia…
    hahahahhaha…

  • fad
    December 17, 2009 | Permalink |

    bagi pendapat saye kite bukan insan yang sempurna tapi kite leh menjadi sempurna jike kite tau akan kelemahan dri kite dan cube blaja time kekurngan diri kite dan kekurngan dri psangan kite itu lebih baik.tiap perempuan memng lah inginkan lelaki idaman begitu gak lelaki inginkan prempuan idaman ye sebgai suri hati ye’.mudah je time hakikat cinta itu adalah satu prmainannnnn

  • December 20, 2009 | Permalink |

    kadang-kadang org yg kite cinte langsung x phm ape yg kte rase…tp berbeza dgn org yg kte anggap die hanye kawan sahaje…die pandai amek hati kate….saya pun macam org2 lain jugak ingin mencari cinte sejati…

  • December 22, 2009 | Permalink |

    em..mr.right???dlm dunia ni xde pun yg sempurna..dan xde yg perfect..bila kte bejumpa ngn jodoh kte..br kte akn jd sempurna dgn saling memahami…yg paling penting kte berdoa supaya dpt jodoh yg bek..bg sy..laki kebanyakannya memainkan perasaan gurl je..sush nk cr laki yg setia n jujur..

  • December 29, 2009 | Permalink |

    layan aje filem shsh rukh khan.teliti ceritanya dan anda pasti tahu perangai percintaan.tak perlu takut akan kekasih curang tapi pastikan diri bersedia hadapinya.

  • December 31, 2009 | Permalink |

    yup…btul tu…perangai org mmg susah nak jangka…! jgn letak kpcyaan kat org tlalu tggi…
    nnt kita yg parahhhhhhhh….huhu

  • sam
    January 5, 2010 | Permalink |

    tol tu…kite kena la cari yg sesuai ngn kite…pipit same pipit n enggang same enggang….

  • January 6, 2010 | Permalink |

    kadang2 pasangan kita tak tau ape yang selalu kita idamkan dalam mengejar kebahagian bersame,

  • January 28, 2010 | Permalink |

    how about…if i mmg dah tak berani nak falling in luv again…. coz dah slalu sgt frustated….

  • February 4, 2010 | Permalink |

    smue ad kkurgn msg2…whai manusia

  • February 12, 2010 | Permalink |

    tetapi bkn semua pompuan……jejaka yg pertama paling dia sayangi kerana cinta pertama…………..tetapi laki ini jenis egois org suke die………..cari org kaki perempuan……… ade kah saya akan dpat cinta pertama saye

  • March 13, 2010 | Permalink |

    erm..ssah btol nk cari soul mate kite..kdg2 jeles tgk kwn2 yg len dah ade bf..tp sy sorg2 jek..but i’m very grateful coz i am very hepy wif my life..

  • March 16, 2010 | Permalink |

    yang penting kite bangkit dr pengalaman……..i dh 15 kali dikecewakan…but i’ll never fall in love, juz like him…that’s all…for me…love only for my hubby:)coz’ nikmat bercinta tu indah sekali…so biarlah bg pade yg halal n selayaknya……barulah berbaloi…..laki yg baik untuk pompuan yg baik, tp kdg2 ade juga Tuhan uji dgn pasgn yg kurg baik…ada hikmah sume tu…untuk kita mensyukuri nikmatnya…….kdg2 kte pun blum tentu sempurna=)

  • April 16, 2010 | Permalink |

    hmhmhmhmmm… dh mcm2 aku bt,tp aku ttp x laku.. selama ni aku berusaha utk mcri cnta tp aku sllu kcwa.. rasa2nya.. bgs aku bdiam dri dan tggu org meminang…

  • June 1, 2010 | Permalink |

    for me,sebanyak mana pun lita berusaha mencari cinta,tapi kalu dah tak da jodoh??
    kita hanya mampu erancang tapi tuhan tentukan..

  • June 15, 2010 | Permalink |

    well…hangat betul topik nie kan…ape yg petim…msg2 ada taste msing2..so ape yg korang bgthu 2 akan ada btulnya…b’gntung kpd stiap org…hehe

  • August 25, 2010 | Permalink |

    mybe x kan de lelaki yang misali k0t???????????????????????????/

  • August 25, 2010 | Permalink |

    bt0l ckap unk 2 ain…..bg aq sume laki sme jeh !!!!!!!!!!!!!!! kan ?????????????? hehe ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

  • ct
    February 15, 2011 | Permalink |

    kadang – kadang kite memang susah nak cari seperti p yang kita impikan…kalau ada pun benda 2 xakan kekal untuk kita…knp ya….

  • January 6, 2012 | Permalink |

    setiap insan perlukan hidup berpasangan…apa yg harus cari yg jujur memang susah bila diri sendiri yg jujur dipermainkan…apakah harus saya lakukan,bgmna lagi harus dilakukan apabila seseorang blm merasai hdp kebahagiaan dan blm berumahtgga,umur makin meningkat.

  • January 6, 2012 | Permalink |

    setiap insan perlukan hidup berpasangan…apa yg harus cari yg jujur memang susah bila diri sendiri yg jujur dipermainkan…apakah harus saya lakukan,bgmna lagi harus dilakukan apabila seseorang blm merasai hdp kebahagiaan dan blm berumahtgga,umur makin meningkat.

  • April 13, 2012 | Permalink |

    siti nak tunggu jejaka idamanku iaitu amirul eizwan.. boleh tak yang saya tulis ni, masuk berita … please!111111111

Apa Kata Anda?

Tambah komen anda dibawah, atau pautan daripada laman web anda. Anda juga boleh menghantar komen-komen ini melalui RSS.

Emel anda tidak akan dikongsi. Lapangan yang diperlukan bertanda *