Merokok untuk “cool”, mengurangkan stress dan berat badan

2
November 7, 2013 at 10:18 am  •  Posted in Bacaan by  •  2 Comments

Merokok itu “cool” dan ia juga membantu mengurangkan stress dan berat badan—ini semua tidak benar dan alasan semata-mata.

Anda pasti sudah tahu bahawa merokok adalah tabiat yang berisiko tinggi ke atas kesihatan tubuh badan. Tambah lagi kandungan setiap batang rokok mengandungi bahan yang boleh membuat anda ketagih. Ada yang memberi alasan tidak ketagih merokok tapi hanya melakukannya kadangkala dalam situasi sosial. Namun ini tidak bermaksud seseorang “perokok sosial” tidak terdedah kepada risiko kesihatan mahupun risiko ketagihan.

Bagi yang menganggap merokok sebagai satu perbuatan yang memberikan seseorang itu imej yang santai atau “cool” maka mereka secara tak langsung juga menganggap yang berikut sebagai “cool”:

  • Gigi dan jari kuning
  • Kulit yang tak bermaya
  • Baju, nafas dan rambut yang berbau busuk

Inilah antara kesan-kesan paling ketara di kalangan perokok. Mereka mungkin tak perasan kerana sudah biasa dengan penampilan mereka. Dan mereka juga tak peduli bahaya asap sekunder terhadap kawan-kawan yang tidak merokok.

Golongan yang bernafas asap sekunder terdedah kepada asap daripada tembakau dan asap yang dihembus oleh perokok. Asap sekunder mengandungi pelbagai bahan kimia yang mengancam golongan bukan perokok. Golongan ini secara amnya lebih sensitif terhadap kesan asap dan senang mengalami kepeningan dan rasa loya atau bagi yang menghidap penyakit asma, rasa kesesakan nafas.

Apa pula merokok untuk menghilangkan stress atau tekanan dan untuk mengurangkan berat badan? Jika merokok membawa penyakit, membuatkan seseorang berbau busuk dan membakar wang maka langsung tidak berbaloi atau masuk akal ia dijadikan “pengubat” kepada apa jua masalah termasuk stress dan masalah berat badan! Apa lagi memandangkan ramai di kalangan perokok yang tidak terputus-putus menghadapi tekanan hidup dan ramai juga yang berbadan besar. Jangan mudah terpedaya …

Rokok ‘lights’ lebih selamat?

Tidak! Syakirat tembakau menggunakan mesin untuk mengukur kadar kandungan tar dan nikotin dalam setiap batang rokok. Tapi manusia bukan mesin. Mereka yang menghisap rokok “lights” mungkin akan menghisap dengan lebih bayak lagi dan menghirup dengan lebih mendalam. Mereka juga mungkin akan menghisap lebih banyak rokok untuk memuaskan ketagihan nikotin mereka.

Shisha dan rokok elektronic OK kan?

Tidak! Asap sisha juga mengandungi nikotin selain tar dan bahan kimia lain. Kadar bahan kimia yang terkandung di dalam shisha sama seperti rokok tembakau biasa, kalau tidak lebih tinggi. Sama juga dengan rokok elektronik. Walaupun kandungan nikotin mungkin lebih rendah di dalam rokok elektronik tapi terdapat pelbagai lagi bahan kimia merbahaya yang terkandung di dalamnya.

2 Comments

  1. Sharul / January 12, 2014 at 8:07 pm /

    Betul tu. Merokok bukannya cool sangat pun. Ianya bukan sekadar merosakkan kesihatan diri sendiri malah orang sekitar yang tidak merokok. Kadang2 ia juga menggangu ketika saya sedang makan di restoran kerana ada orang yang merokok di sebelah. Ish3. :(

  2. celoretcute / July 9, 2014 at 11:36 am /

    mmg x cool…hakikatnya, si prokok yg bhnti mrokok pn tak tahan mhidu asap rokok. Tlalu byk kburukan mrokok…lgsg tiada kbaikan. Hanya org yg ego shj mngtakan mrokok tu ad kbaikan. Oleh itu, rendahkn skit ego tu..pndg wjh2 insan tsayang..tggalkanlah tabiat mrokok. Percayalah anda akan jd insan yg lbih disayangi oleh keluarga anda. Tak prcaya??? Saya cabar anda utk bhnti mrokok..lht shj hasilnya nnt.

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>