PCO Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia

Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

TANDA-TANDA PENYAKIT PCO

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

PUNCA PENYAKIT POC

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.

TUJUAN RAWATAN

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

ANTARA RAWATAN PCO

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

Copyright ©2009 www.yadim.com.my on Thursday, March 19, 2009
‘Polycystic Ovary’ (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

46 Komen-komen

  • May 11, 2009 | Permalink |

    saya ada 1 persoalan mengenai virus herpex simplex.boleh terangkan dengan jelas tentang pyakit itu…dan adakah virus itu memberi kesan sampingan pada kesuburan seseorang wanita

  • sha
    May 12, 2009 | Permalink |

    herpes simplex ialah penyakit kelamin yang berjangkit, tapi boleh ditangani jika dikesanan melalui pemakanan ubat yang disarankan doktor. herpes mampu memberi kesan sampingan kepada kesuburan seseorang wanita yang dijangkiti, maka wanita perlu peka dan berhati-hati untuk mengurangkan risiko jangkitan virus ini. untuk pengetahuan yang lebih mendalam, http://en.wikipedia.org/wiki/Herpes_simplex_virus

  • August 9, 2009 | Permalink |

    sy ernah mengalami masalah haid yang tidak normal hampir 1 tahun.sy pernah bjumpa dgn doc sy di beri pil hormon.tetapi masalh itu berulang sehinggalah sy terpaksa menjalani pembedahan dimana ovari sy perlu di buang krn membengkak.ketika itu sy berumur 15tahun.persoalan sy,adakah sy mengalami pnyakit PCO?

  • November 3, 2009 | Permalink |

    saya mempunyai masalah haid yg tidak normal. Haid saya tidah dtg dengan betul. kadang kala haid saya dtg selepas 5 atau 6 bulan. boleh dikatakan haid syaa dtg hanya 2 kali setahun. Baru-baru ini, haid saya keluar seperti biasa selepas 6 bulan tidak dtg haid. Haid normal, namun selepas sebulan haid dtg. pada saya mgkn haid telah kembali normal tetapi kali ini haid dtg dgn kuantiti sedikit setiap hari tpi berpanjangan. sekarang telah dtg hmpir sebulan. Adakah ini adalah simptom2 PCO?

  • December 7, 2009 | Permalink |

    saya telah berkahwin selama hampir 2 tahun, namun masih belum mempunyai zuriat.Haid sy datang setiap bulan secara teratur. selepas 3 hari haid berhenti, perut saya akan sakit disebelah kiri.adakah ia tanda pengeluaran telur berlaku?saya juga mengalami senggugut setiap bulan.

  • mia
    December 25, 2009 | Permalink |

    5 bulan yg lalu sy mengandung luar rahim,doktor terpaksa buang tiup pfion sebelah kiri saya,dulu saya mengandung saya mengambil pil kesuburan yg disarankan oleh doktor,di sini saya ingin bertanya bagai mn klu sy ingin hamil lagi,dan ape perlu sy laku kn.tq

  • January 8, 2010 | Permalink |

    saya menjalani pemeriksaan kesuburan dgn ujian darah ,keputusannay fsh:7 LH 2
    bolehkah doc jelaskan dgn lebih lanjut…dan sekira ya saya tetap mengambil clomid,apakah kesannya.

  • mar
    January 27, 2010 | Permalink |

    sy sudah berkahwin selama hampir 5tahun.dah dikurniakan ank lelaki yang berusia 3tahun.sy sedang merancang untuk mengandung kali ke2..masalah sy haid yang kerap xdatang..kadang2 sampai 5bln dan pernah sewaktu umur 17tahun sy xdatang haid hampir 7bln..doc ada mengatakan haid sy x normal dan mencadangkan hanya menanti ia datang atau jika perlu ambil ubat supaya ia datang..sekarang sy menanti datangnya haid dan haruskah sy mengambil pil kesuburan supaya sy boleh mengandung lagi?

  • January 28, 2010 | Permalink |

    sy bru 1bln berkahwin dan merancng utk mdptkan zuriat dgn cepat..adakh terdpt tip2 yg dpt mbntu sy utk hamil. sy telah mgambil supplement EPO dan Collagen sblm berkahwin.. adakah supplement ini dpt mberi kesan negatif kpd sy utk jangka masa panjang atau masalah kemandulan.?

  • ira
    January 29, 2010 | Permalink |

    adakah saya mengalami PCO jika saya mempunyai simptom sakit ketika hendak membuang air kecil dan besar dan ketika saya batuk?

  • February 8, 2010 | Permalink |

    haid saya lewat selama sebulan. dan kemudian dtg haid yg berpanjangan, tapi sedikit saja haid yg keluar, adakah ini tanda2 PCO?

  • February 10, 2010 | Permalink |

    if i kena senggugt every month b4 period,am i a PCO patient??

  • February 11, 2010 | Permalink |

    saya berkahwin hampir dua tahun tetati masih belum menunjukkan tanda kehamilan. doktor menyarankan supaya saya mengambil pil subur sebanyak tiga biji sehari.adakah pengambilan ubat ini akan ada kesan sampingan

  • March 10, 2010 | Permalink |

    salam…telah berkawin hampir 5 tahun.. sya mempunyai masalah lewat datang haid hampir 2 atau 3 bulan.. bru datang.. telah berjumpa doc sakit puan. doc sarankan agar sy makan metformine.. tiada efect sampingan ke? haruskah sy makan..?

  • April 7, 2010 | Permalink |

    saya mempunyai hormon LH yang tinggi…ubat ape yg sesuai dengan saya?

  • April 15, 2010 | Permalink |

    saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak..selepas itu saya pernah mengambil injection utk merancang sebanyak 2 kali…dan berhenti mengambilnya…
    saya dapati period (haid) sudah hampir setahun lebih tidak keluar..dan sudah berjumpa doktor mengambil pil mengeluarkan haid tapi masih gagal keluar…dan sekrang saya mearancang utk hamil kali kedua..tapi tidak berhasil..apakah langkah yg harus saya ambil?

  • April 17, 2010 | Permalink |

    to woman who are married but not pregnant yet, and eats morning pills. stop eating it. morning pills can flush away fertilized eggs in your body.. i’m not really sure about this but it comes from a trust worthy source. find out for me whether its true or not

  • May 24, 2010 | Permalink |

    salam… saya ada masalah di atas.. dulu saya dah pernah buang selepas 3 tahun masalah itud datang semula… mcm mana nak kawal bagi sis 2 x mbesar…

  • zz
    June 25, 2010 | Permalink |

    salam…. sy tlh berkahwin hampir 3 thn.. sy mempunyai masalah lewat datang haid hampir 2 ke 3 bln,. br datang… telah berjumpa doc sakit puan.. doc memberi sy mkn CLOMIPHENE.. dan sy telah hbs mknnye…. masalahnye…sekarang sy ada rasa sakit pd bhgian ari2… adakah ini kesan sampingan dr ubat yg sy mkn tue… adakah sy mengalami penyakit PCO?? sy amat risau….

  • June 27, 2010 | Permalink |

    saya mengalami masalah haid yang berpanjangan iaitu sebulan dan kadar darah yang keluar adalah sedikit-sedikit. sebelum ini haid xdtg 1bulan dan kadang kala 2-3bulan. adakah saya mengalami PCO. apakah yang perlu saya lakukan. adakah ini merupakan masalah yang serius dan PCO ini amat berbahaya???

  • June 30, 2010 | Permalink |

    saya telah berkahwin 3 bulan yg lepas..setelah itu,saya tidak period sehingga hari ini..saya juga mengalami simptom2 penyakit PCO yg terdapat di atas..contohnya terdapat bulu di tangan,misai dan saya mengalami masalah berat badan..
    apa yg perlu saya lakukan?

  • Lia
    August 20, 2010 | Permalink |

    sy jg pengidap PCOS..haid tdk normal & kenaikan berat bdn..sy di diagnose kn penyakit itu..skrg adalah bln ke 3 sy mengambil metformine & Clomiphene…skrg ni..sy mesti ambil metformine utk induce period..klo xambil mmg haid xdtg…sblum kahwin period lewat jg..dlm 2-3 bln..tp sejak dpt tahu kene PCOS..haid dtg bile ambil metformine..hari ke 2-5 haid..sy akan ambil clomiphene pula..sakitnyer perut rasa nak di ikat2..adakah itu kesan sampingan clomiphne??..sy bhrp sgt utk dpt cahaya mata scpt mungkin..

  • October 7, 2010 | Permalink |

    saya telah mempunyai anak berumur 9 thn dan 5 tahun. sekarang saya mengandung 9 minggu. Hasil drpd scan, ovari sy telah membengkak kepada 7cm. Doktor telah menasihatkan supaya membuat pembedahan bila kandungan berusia 12 bulan. Sebelum ini saya pernah menjalani rawatan kesuburan. Adakah ovari sy membengkak atau ini adalah ketumbuhan?

  • sya
    October 8, 2010 | Permalink |

    salam,
    sy nk ty kwn2 yg ade pglmn..sy dh 8thn kawin..tp blum ade rezeki..ciri PCOS memg ade..bulu2 yg byk..haid tak teratur..2-8bln br period..
    sape th..dlm ms yg sm boleh tak sy ambil clomid&metformine utk mgtasi masalh ni..

  • November 9, 2010 | Permalink |

    salamm, saya baru menjalani pembedahan fibroid. Selepas menjalani pembedahan itu saya terus mengalami masalah haid yg berpanjangan tetapi amat sedikit (spt. titik2 darah sahaja)dan kadang2 berhenti seketika sehari kemudian dtg kembali..iannya berlanjutan selama 15-18 hari…apakah yg sedang saya hadapi sebenarnya?

  • November 18, 2010 | Permalink |

    Assalamualaikum, di sini saya hanya ingin berkongsi pengalaman 20th yang lalu, di awal perkahwinan saya sehingga masuk ke tahun 8, saya juga pernah mengalami masalah horman tidak seimbang atau tidak datang haid sehingga 13 bulan lamanya dan terakhir 6 bulan pada tahun 1997 sehingga doktor specialist dari mount elizabeth singapore menyatakan bahawa chances untuk saya hamil tidak akan pernah terjadi setelah pembedahan kecil dilakukan ke atas saya pada mas itu, hati saya hampa tapi dalam masa yang sama saya mengasuh anak saudara saya yang masa sudah berumur 2 bulan lebih tinggal sama saya , kehampaan saya terubat dengan adanya sikecil dan kuasa Allah berlaku ke atas saya dengan hanya memakan ubat clomid dlm masa sebulan- yang diberi oleh diktor tadi dan Alhamdulillah saya disahkan hamil dan sekarang anak perempuan saya berumor 13tahun . Dari sinilah saya cuba memberi semangat dan perangsang kepada yang belum mempunyai anak supaya sentiasa sabar serta berusaha dan selalu yakin bahawa kita pasti boleh disamping jangan lupa berdoa kepada Allah………..Insya Allah. Dalam erti kata KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA, WALAUPUN ILMU KEDOKTORAN SEKALI TELAH MENYATAKAN BAHAWA HARAPAN SAYA UNTUK MEMPUNYAI ANAK AMAT TIPIS TETAPI LIHATLAH KUASA-NYA” ALLAH MAHA BESAR” …………Wasalam dari QASR-E-HAJRA

  • February 22, 2011 | Permalink |

    Saya merancang untuk mengandung lagi anak ke5. anak yang paling kecil berusia 3 tahun. Pada tahun Julai 2009 saya alami keguguran semasa 12 minggu, pada tahun Nov 2010 pula keguguran sekali lg semasa 9 minggu. Saya tidak pernah berputus asa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat lg. semua anak2 saya di lahirkan secara ceasarean di pakar. Saya dibenarkan untuk hamil sehingga anak ke5 dgn kebenaran doktor pakar. Usia kini 39 tahun.Saya tidak tahu dimana silapnya saya alami keguguran tersebut. Sebelum tu tak pernah sehinggalah anak ke 4.Saya kini berusaha secara biasa utk hamil. Dan ada mengambil multivitamin sahaja ,bukannya asid folik. Bln ini saya ada cuba sekali mengambil clomiphene citrate supaya cepat hamil. Jika saya hamil, dan tidak mahu keguguran lagi pada kali ini,doctor apakah langkah2 yang perlu saya ambil .adakah saya perlu ambil suntikan untuk kuatkan janin dan rahim. apa nama suntikan tersebut?

  • March 21, 2011 | Permalink |

    saya mengalami mslh period yg x teratur. sy dah berkahwin selama 7 bulan, slema 7 bulan kahwin period say a baru datang 2 kali. penah sbelum kahwin x dtg 2 ke 3 bulan. bagaimana sy nak merawat supaya period sy teratur. sbb kalu period x teratur sukar untuk hamil. sy ingin hamil, patut ke sy amik mana2 ubat kesuburan..minta pendapat or suggestion ubat subur..

  • April 3, 2011 | Permalink |

    Sy tlh berkahwin 3 thn, belum mempunyai zuriat, sblum berkahwin period sya ok, berat bdn 50 kg dgn ketinggian 160cm, stlh berkhwin period sy m’jdi tdk teratur mjdi 3 bln sekali dan pda awal 2010 hngga feb 2011 tiada period, dan kini berat bdn sya, 74kg, pd 17 mac sya ke hosp pakar o & g, hasil pemeriksaan, doc mdpti t’dpt cyst di ovari sbesar 6 x 4cm, sy dberi pil provera utk dtg period dn mkn slama 5 hri, minggu lps period dn hr ke-2 ambil drh utk ujian hormon, utk rwtan yg berikutnya kna tunggu 2 bln lg, boleh x dlm msa 2 bln ni sya ambil ubt metformine

  • April 4, 2011 | Permalink |

    saya baru melahirkan anak.jarak anak pertama 3thn.anak pertama saya lahirkan 34 minggu manakal anak ke-2 33 minggu.masa melahirkan anak ke-2 saya mengalami selaput rahim masuk ke dlm dan mengambil masa utk keluarkan.sekarang saya dah msk 46hari dan masih mengalami pendarahan dan kesakitan yg teramat di bahagian rahim.adakah itu tanda kanser

  • May 21, 2011 | Permalink |

    PCO ni bleh nampak tak dengan scan biasa tu?atau kena buat vaginal ultrasound baru bleh detect?

  • August 9, 2011 | Permalink |

    askum..saya sudah berkahwin selama 5bulan.sepanjang tempoh tu,saya hanya datang bulan hnya 2kali saja.saya pernah melahirkan anak hasil perkahwinan yang lalu.kini anak saya sudah pun berusia 4tahun.suami saya dah teringin sangat nk menimang cahaya mata pertama kami yang pertama.dengan keadaan saya yang mcm ni membuatkan saya berasa tertekan.adakah saya salah seorang pesakit PCO??saya bimbang kalau-kalau saya dah tak dapat nk melahirkan anak lagi.

  • August 27, 2011 | Permalink |

    apa yang telah menyebabkan saya tidak datang haid..pada mulanya saya pernah tidak datang haid selama 7 bulan danb seterusnya setahun dan baru-baru ini haid saya baru datang dan kini tidak ada kembali!!!

  • December 5, 2011 | Permalink |

    salam.saya dah berkahwin 4 tahun.sebelum ni saya pernah keguguran 3 kali berturut-turut.skrg sudah setahun lebih saya tidak mengandung.saya sangat teringin nk anak.period saya seperti biasa tiap2 bulan tapi saya akan sakit pinggang sebelum hari pertama period.adakah PCO akan nampak dengan scan biasa?

  • AZ
    December 6, 2011 | Permalink |

    salam..sy dh berkahwin bln 11 thn lepas.sy mgalami mslh period xstabil..2 3 bln br period.so sy g jumpe doc,n doc bg pil clomid.so mkn obt tu 5 hari dh period..cukup2 kitaran period 28 hari sy kluar period blk..tu tanda xmengandung.doc pesan jumpe dia if period.then sy g jumpe n doc bg pil clomid lg..last period sy adlh 2/11/11,so sampai skrg xperiod lg dh lebih dr 28 hari kitaran.g cek2 upt,ada 2 line.n g jumpe doc..doc kate mgandung..tp mcm kompius..mkn ubt clomid ni blh mgandung ke?ada kesan pape x?

  • December 26, 2011 | Permalink |

    salam
    saya belum berkahwin,berumur 25tahun berat 64kg tinggi 158cm
    dan mengalami masalah period tidak teratur,
    sejak remaja period saya xpernah datang sebulan sekali.
    dan pernah satu ketika period saya xdtg setahun.
    sy pernah pergi ke klinik
    dan dr akn bg sy ubat hormon,dan sy disuruh amek ubat tu selama 3 bulan berturut2…
    tp selepas itu periuod sy mseh x teratur…

    adakah perlu sy pergi berjumpa pakar tentang perkara ini?
    kerana saya akn berkahwin pd tahun hadapan.
    sy kalau boleh nak hamil cepat …
    bantu saya.
    tq

  • February 9, 2012 | Permalink |

    assalamualaikum , bhye ke pcos ni ?
    sy ade 1 je tnda dkt situ , period sedikt , prd norml dtg stp 28 hri tp buln ni ape pun tkde :( ape yg blh sy lkukn ?

  • Mil
    March 20, 2012 | Permalink |

    Apa yg di katakan di atas…ada kepada diri sy,sy menpunyai misai yg halus,jangut dua tiga helai,bulu tangan dan bulu kali….pada mulanya mmg tk ada tapi sy byk kali mencukur masa mudu dahulu…adakah penyebab sy byk rambut sy tk dpt mengandung?

  • el
    April 4, 2012 | Permalink |

    saya belum berkahwin,berumur 21tahun berat 60kg tinggi 153cm
    dulu berat saya 46 kg sja..dlm msa stahun lbh brt naik scra mdadak
    dan mengalami masalah period tidak teratur,
    sejak remaja period saya xpernah datang sebulan sekali.
    dan pernah satu ketika period saya xdtg setahun.
    sy pernah pergi ke klinik
    dan dr akn bg sy ubat hormon,dan sy disuruh ambk ubat tu selama 3 bulan berturut2…
    tp selepas itu period sy mseh x teratur…

    adakah perlu sy pergi berjumpa pakar tentang perkara ini?

  • April 14, 2012 | Permalink |

    sy sdh 6 thn kawin,belum dikurniakn cahaya mata,sedang dlm f/up dgn pakar sakit puan,sy sdh pn ambil treatment dgn clomid and im gonal f hari kedua period hingga kelima,dan hari ke12 pergi buat TVS,doktor ckp ada PCOS plak,adakah disebabkan oleh ubt and inj tu sy jd PCOS?

  • April 17, 2012 | Permalink |

    Saya remaja usia 18 tahun, period saya tidak teratur kadang-kadang 3 bulan sekali, apakah itu termasuk pcos?

  • April 26, 2012 | Permalink |

    Suprax suprax price is the antibiotic that belongs to to the forebears of medications known as cephalosporins. It is in use accustomed to to medicate certain types of bacterial infections. buy suprax online Most often he tempered to to study gonorrheaas well as notice infections, bosoms, bladder, throat and lungs. More this antibiotic http://www.webjam.com/suprax suprax no prescription is called cefixime.

  • mai
    April 26, 2012 | Permalink |

    period x teratur sejak stres bulan 12 tahun 2011,pas 2 hujung bulan 1 bru kuar plk period,pas 2 pulak dah x kuar smp sekrg mkn ubat hormon 6 hari dah stay same x de berubah

  • May 7, 2012 | Permalink |

    sy bekerja di hospital swasta dan bersyukur sering diberi perhatian oleh pkar disana mengenai masalh yg saya hadapi…sy dirujuk dr satu dr ke dr yg lain.sy disahan PCOS setlah 7buln berkahwin.kini sy dalm perwatan.sy berdoa agar sy diberikan chaya mata suatu hari t..impian stp pasangn yg berkahwin..amin…sesungguhnya allah maha mendengar..

  • May 27, 2012 | Permalink |

    Who and where to order this summer on festival, portion your information.

  • ayu
    June 26, 2012 | Permalink |

    salam..sy mngalami mslh haid..sy dtg haid lmbt..umur 17 taun..n skang sy 23 taun..pd peringkat awal haid sy dtg 6 bln skali..hingga la umur sy 21 taun..slepad itu dtg secra normal..tp mslh skang ni..da 5 bln ni..bru 2 kali sy period..tp just keluar 1 ari sje dlm kuantiti yg sedikit sgt2..ada ke ubat yg boleh sy ambil? sy risau dan tkt..

Apa Kata Anda?

Tambah komen anda dibawah, atau pautan daripada laman web anda. Anda juga boleh menghantar komen-komen ini melalui RSS.

Emel anda tidak akan dikongsi. Lapangan yang diperlukan bertanda *