Saya Minat SMS

6
July 14, 2009 at 12:21 pm  •  Posted in Artikel Semasa by  •  6 Comments

SMS – Short Message Service.

Tapi kadang-kadang message yang di kirim panjang berjela. Boleh bikin cerpen. Biasalah tu, nak mendapatkan sesuatu, ayat-ayat kenalah panas. Sindrom SMS ini sebenarnya sudah lama bertapak di kalangan masyarakat kita. Ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikannya ialah, ia adalah sebagai salah satu medium bagi kita untuk menyampaikan berita-berita penting, untuk kita bertanya khabar. Keburukannya pula ialah jika kita menyalahgunakan kemudahan ini.

Pada hari ini, khidmat SMS ini telah dinaiktaraf. Masyarakat sudah boleh mengirim gambar, video menerusi MMS. Maka berlakulah ledakan teknologi komunikasi yang luar biasa di kalangan kita. Sekarang ini, anak-anak kecil, murid-murid sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan khidmat ini. Risau saya dibuatnya. Apakah nanti anak saya juga akan termasuk ke dalam golongan ini?

text-messaging

Melalui pemerhatian saya, SMS sekarang lebih berfungsi sebagai alat untuk meluahkan perasaan cinta sayang. Tidak henti-henti nada dering SMS berbunyi.  Tidak percaya? Perhatikanlah di sekeliling anda. Isunya sekarang ialah murid sekolah rendah pada zaman sekarang alpa dengan SMS ini. Bukanlah saya menegah untuk remaja di luar sana untuk bercinta. Sudah menjadi lumrah manusia ingin mencintai dan di cintai. Bercintalah. Saya tiada kuasa untuk melarang. akan tetapi, kalau berada di kawasan sekolah, apalah salahnya jika telefon bimbit itu dilupakan sekejap. Sekejap saja. Dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. Lebih kurang 6 jam sahaja daripada 24 jam. Saya rasa tidak rugi kalau kita lupakan SMS buat seketika. Mungkin menguntungkan. Kita boleh lebih menumpukan perhatian di sekolah, terhadap aktiviti pembelarajan. Tidaklah kita hanya pandai mengarang di dalam SMS saja. Kalau di fikir-fikir bukan dapat untung pun. Merugikan adalah. Yalah, untuk mengirimkan SMS kenalah ada kredit yang mencukupi dalam telefon bimbit. Kalau kena ada kredit, kenalah keluarkan duit. Duit siapa sebenarnya? Duit ibu dan ayah kita juga. Mereka melaburkan duit mereka, mereka keluar bekerja bukanlah untuk kita melaburkan semula kepada orang yang di SMS. Mereka mahukan yang terbaik buat kita. Mereka mahu kita cemerlang di dalam pelajaran sekaligus di dalam kehidupan kita. Kalau dah sibuk sangat “mengarang”, macam mana?

SMS juga boleh menimbulkan kekeliruan. Saya ambil contoh kes yang berlaku beberapa tahun yang lalu di mana perceraian melalui SMS menjadi topik yang hangat di media massa. Begitulah buruknya SMS jika di salahgunakan oleh masyarakat. Dek kerana ada kes yang berlaku melibatkan perkara ini, maka timbullah beberapa pendapat daripada beberapa buah pihak tentang “sah atau tidak sah” perceraian melalui SMS ini. Berlakulah percanggahan pendapat. Itu berkenaan perceraian. SMS juga melibatkan penipuan. Kawan rapat kepada saya pernah mengalaminya. Saya namakan dia Cik X. Cik X menerima satu SMS yang menawarkan hadiah sebuah kereta mewah, dengan syarat dia mendepositkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun bank yang diberi. Tanpa berfikir panjang, kerana, saya kira fikirannya sudah membayangkan kereta mewah yang bakal di terimanya, dia terus meluru ke bank untuk mendepositkan wang. Setelah seminggu menanti, Cik X langsung tidak mendengar satu khabar berita pun tentang kereta mewahnya. Sudah berapa ratus panggilan dan SMS dikirim Cik X ke nombor pihak yang menawarkan hadiah mewah tersebut. Namun, hampa. Akhirnya, Cik X pasrah. Dia tertipu oleh SMS. Hah!

Kalau di ikutkan, teramat banyak contoh salahguna SMS ini. Tidak larat untuk saya merungkai segalanya di sini. Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan SMS juga amat berguna. Jika,ya..JIKA kita tahu menggunakannya. Jadi, senang senang cerita, cerminkanlah diri anda sendiri dan anda akan nampak diri anda yang sebenarnya.

Oleh : Emilda Rozanie.

6 Comments

  1. wiwinthomel / August 11, 2009 at 9:29 am /

    since sy skola menegah hp amat lah pnting wat sy..sy slalu crik2 bwk hp g skola..
    tp sy nye hp xlah secnggih kwn2 sy..sy just leh call n msg jer,kwn sy nyer hp siap de 3g..
    dlm hp kwn sy 2 xyah citer laa,video2 blue b’lambak..sy pn agk t’kjut gak tgk kndungn hp dia..bile sy tnye npe smpn video2 2?dia ckp sje nk tgk nk + pngalaman..2 1 kes mse sy skola dlu..skrg sy dh kije tp sy still amek tau p’kmbngan skola sy..bebaru awal taun ni sy dgr citer dak junior skola sy mlakukn hbgn sex n rakam kt hp..plakon laki 2 form 5 n spatutnyer plakon laki 2 lbih mnumpukn p’hatian pd spm yg bakal hmpir tp dia lg syok wt bnde 2 dr study..kegiatan diowg t’bongkar coz si plakon laki yg bijaksane ni ngn banggenyer tlah bluetooth aksi2 dia b’same awek kt kwn2 dia yg b’lainan skola ngn dia..kt skola kwn dia dh heboh ngn p’yebaran video 2 smpai laa video 2 tlah smpai ke tgn ckgu si plakon laki nie..plakon laki n pmpn ni d’hadapkn ke guru besar,si pmpn ni plaja p’tukaran n tlah dihantar blek ke indon..parents plakon laki ni mrayu2 jgn supaye ank dia jgn dibuang skola coz spm dh dkat..so bayangkn laki ni g skola t’pkse menebalkn muke coz dak2 pmpn dh cop dia ‘bohjan’..cm cian kt dak 2..tp 2 laa akibat t’lalu ikotkn nfsu..
    diowg x pk sal mse dpn diowg,diowg just pk nk have fun n enjoy..so pd sesaper diluar sne,
    jge laa ank u all jgn smpai t’jebak ngn kancah maksiat ni,awasi tiap p’gerakan anak..
    tatata

  2. olia / August 11, 2009 at 9:38 am /

    em?sms?mmg syok!klo sy,sehari xdpt sms dr sesape rs cm xlgkap je idup ni tau..huhuhu..
    dlu sy mmg bergiat aktif ngn kegiatan sms ni..sy msj je ngn sesapa yag nk kwn..tp just kwn dlm fon jela,nk ajak jumpa,sori,bleh blah…tp skang sy dah kurangkan cket msj,sbb nk jga hubungan punye psl..hai,nsib bdan..

  3. lia / August 24, 2009 at 2:25 pm /

    mg sms ni best..
    tapi plg bahaya bile da sampai tahap sex sms..
    bdk2 skolah skg suka sngt phone sex..
    xberani nk buat tapi cukup lah sekadar dapat membayangi..

  4. ain / August 25, 2009 at 11:32 pm /

    mmg bez tp bleh jd stu pykit tau
    ia jd stu kperluan skunk nie x-spcialy tp kna pndai gna lar!
    byk yg slh guna dr yg tau gna
    sms yg pnting2 jew dah lar

  5. mynn / August 26, 2009 at 2:25 am /

    ishh lia, tu dah bahaya kalau dah sampai ke tahap sms tu. sms ni mmg penting, mudah dan ringkas. tapi janganlah pula sampai salah guna. nanti mendorong ke arah kegiatan yang tak sihat pula..

  6. aziee / March 3, 2010 at 7:02 pm /

    saya nie pantg nampak owg sms…kalo saya namoak owg sms saya pun nak sms…hehehe…..tapi sms yg ok2 jew lah…yang ko saya abaikan……

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>