Siapa kata perempuan tak boleh?

4 Oleh Amirah—Hos 3R
November 7, 2013 at 3:15 pm  •  Posted in Bacaan, Kolum by  •  4 Comments

Wanita dan lelaki. Apa yang membezakan dua jantina ini? Tak ada banyak beza sebenarnya cuma kelebihan wanita untuk membawa kandungan bayi dalam perutnya. Itulah yang dikurniakanNya kepada wanita. Namun, mengapa kaum wanita seringkali dikaitkan menjadi kaum yang lebih lemah?

Ada yang mengatakan wanita mempunyai peribadi semulajadi yang lemah lembut dan lelaki pula membawa perwatakan yang lebih kuat dan agresif. Walaupun kita sudah masuk abad ke-21 tapi masih ramai yang mengambil persepsi stereotaip ini.

Bagi Amirah persepsi ini hanya akan mengesahkan dan terus mengabadikan lagi diskriminasi terhadap wanita. Walaupun wanita sudah membuktikan kebolehan dalam apapun bidang dan kerjaya, tapi malangnya masih berlaku diskriminasi terhadap mereka termasuk dari dalam lingkungan keluarga mereka sendiri.

“Perempuan tak boleh buat itu, tak boleh buat ini….”
“Perempuan kena duduk rumah masak dan jaga anak” 

Bunyi familiar tak? Kenapa sering kali kita dengar seorang wanita itu susah untuk memegang jawatan tinggi kerana takut dia mungkin akan terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga? Tidak pula persoalan yang sama dilontarkan kepada lelaki dan kaum bapa.

Pada pendapat Amirah kasih sayang, didikan, perhantian dan tunjuk ajar kedua ibu bapa penting dalam membentuk seseorang anak untuk menjadi seorang individu yang berakhlak mulia dan berguna kepada negara dan masyarakat. Bukan hanya setakat mendapat kasih sayang seorang ibu sahaja.

Menyentuh tetang individu yang tidak berakhlak, terfikir pula tentang kadar jenayah terhadap wanita yang nampaknya semakin menjadi-jadi. Baru kemarin seorang wanita ditembak di muka. Itu belum masuk kes-kes rogol, cabul, ragut dan sebagainya yang melibatkan mangsa wanita. Amirah sendiri tidak berasa selamat bila ke sana-sani melakukan tugas seharian.

Apa yang paling menyedihkan adalah apabila berlaku ketidakadilan dalam penyelesaian kes jenayah terhadap wanita. Contohnya, kes di mana seorang lelaki muda yang disahkan bersalah melakukan rogol tapi dilepaskan dengan alasan seperti “mempunyai masa depan yang cerah”. Adakah ini adil bagi kaum wanita? Bagi Amirah ia seolah-olah menghalalkan keganasan terhadap wanita.

Wanita juga sering dipersalahkan sebagai “mendorong” lelaki melakukan perkara jahat terhadap mereka. Contohnya, apabila berlaku kes rogol dan alasannya kerana mangsa berpakaian seksi. Hakikatnya wanita yang memakai hijab juga menjadi mangsa rogol!

Tolonglah hapuskan mentaliti sebegini. Dan tolonglah buang persepsi bahawa wanita itu lemah atau patut dipertanggungjawabkan atas segala perkara buruk yang terjadi kepada dirinya. Kepada semua wanita, bangkitlah dan berusaha untuk hapuskan mentaliti ini.

Celoteh Amirah dalam kolum kali ini sebenarnya datang daripada pengalaman tugasan episod Siapa kata perempuan tak boleh? yang ke udara pada 3 November. Untuk episod itu hos-hos 3R diberi cabaran untuk melakukan pekerjaan yang selalunya dilakukan oleh kaum lelaki. Banyak yang perlu di atasi dan di dalami termasuk stereotaip dan prejudis.

Mula-mula Amirah stress tapi akhirnya Amirah nekad untuk berjaya. Bagi Amirah wanita perlu cuba menghadapi apapun cabaran dengan menakluk ketakutan dan segala kemusykilan.

Wanita tidak seharusnya cepat berputus asa. Wanita juga tidak boleh mengambil sesuatu cabaran dengan ringan walaupun ia mungkin nampak senang. Tapi over confident pun tak bolehlah kan? Kita mesti pandai menilai dan berani bertindak. Siapa kata perempuan tak boleh? Pasti boleh!

Nota sampingan

Baru-baru ini Amirah berpeluang duduk bersembang dengan Lisa Surihani sebelum menemuramahnya untuk salah satu episod 3R. Dia sempat bercerita tentang pengalaman zaman kanak-kanaknya semasa di tadika. Katanya dia dibuli oleh pelajar lain dan ini telah memberi kesan yang buruk terhadap dirinya.

Tapi apabila mendapat tahu abang dia juga dibuli di sekolah, Lisa berubah menjadi adik yang defensif  dan bertindak untuk berdepan dengan lelaki yang telah membuli abangnya. Rupa-rupanya pembuli tersebut seorang lelaki yang lebih tua daripada Lisa sendiri. Bukan setakat berani berhadapan dengan seorang pembuli, tapi berani berdepan dengan lelaki dan lebih tua pulak tu! Berani kan? Tabiklah!

4 Comments

  1. Hidayah / November 8, 2013 at 11:57 am /

    I feel pitty to the ladies who wants to be all time comparable to men.

    We are different and forever will be.

    All the issues of male violence towards female goes back to the very root cause of failure of family instution to bring up generation with full of respect, ethical, love and care and sound minded.

    What change are women to expect when motherhood and home-making seems second class to profession and career.

    Women are more tempted to aim for career and material and not as the teacher, educator and moulder to the next generation, which are amongst them both male and female.

    Bringing up sons totally different from daughters, children dire for attention and full focus in developing them.

    If SIS wants to fight for women, fight for women to be at home and get compensated sufficiently :-) not to make them do rock-climbing, engineering, and some other jobs that believe me only men should do..

    - from a mother and an engineer…

  2. carlos / November 10, 2013 at 7:56 pm /

    Mmglh boleh,tpi ppuan xbleh buat smthng pe yg laki2 buat,so jgnlh bget yes…

  3. carlos / November 10, 2013 at 8:05 pm /

    Klu ppuan tak ttup aurt xkn ada kes rgol de,klu ppuan xlyan laki2 xkn go on de…

  4. Adiba / November 19, 2013 at 10:32 am /

    Ala.. lelaki yang kolot memang nampak salah sume pada perempuan saja..
    yang gentleman, ..encourage klu mahu mencuba dan memujuk kalu perempuan itu tak berjaya..
    In short, kalau lain kali ade lelaki kate kan ‘hei perempuan, kamu tak mampu buat’.. letakkan Tangan pada mukanya and say ‘Talk to the hand!’ .. please know that he just incapable, psycho or just plain stupid.

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>