Anda pernah bercinta?
Banyak yang kita lakukan demi cinta, bukan? Berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit. Semuanya dengan harapan cerita cinta itu akan berterusan dan akhirnya tersimpul menjadi suatu ikatan yang berkekalan.
Biasalah, semua perhubungan pasti ada pasang dan surutnya. Langit tak selalu cerah. Pasti ada pertengkaran atau salah faham.
Tapi apabila salah faham atau pertengakaran mulut itu bertukar menjadi keganasan, dan badan dihujani dengan penumbuk dan sepak terajang, adakah itu masih boleh kita panggil sebagai cinta? Adakah itu tanda sayang?
Perempuan bukan objek. Bukan barang yang boleh ditampar dan disepak sesuka hati.
Teman lelaki penting, tapi dia bukanlah seluruh dunia anda. Kamu masih ada keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan kamu, kan?
Teman lelaki tak suka anda berbual dengan lelaki lain ? Teman lelaki tak suka anda keluar bersama kawa-kawan perempuan? Iya, kamu sayangkannya tapi kamu bukan haknya.
Tak perlu berubah demi orang lain. Perubahan perlukan keikhlasan.
Kamu mampu memilih jalan hidupmu sendiri.
Kamu penentu masa depanmu sendiri.
Penting untuk kita menghulurkan tangan pada rakan-rakan perempuan kita dan bertanya, “Kamu perlukan bantuan?”
Dan lebih penting untuk kita sebarkan kepada abang, adik lelaki, atau rakan-rakan lelaki kita, “Kamu tak ada hak untuk memukul dia.”
Hentikan kitaran keganasan ini.
Hormatilah hak anda. Hormatilah diri anda sendiri.
Nukilan rasa: Nadirah Lahuree




(28 votes, average: 4.71 out of 5)
253 Komen-komen
kekerasan, mana-mana perempuan pun tanak. lelaki apa yang penting bagi mereka, PERFECT
orang laki sayang dia lain sikit, dia suka membandingkan kita (kepunyaan dia) dengan orang lain …..parttimerm2kmontly.blogspotn
sye pernah berkwn dgn die tapi cemburu klu sye ckp dng bapa @mak sye nk putuskan dia tk bagi sye tk blh lpa bkwn dgn dia selama setahun sye kwn dng dia sekang sye kapel budak kelantan