Diambil daripada WAO ‘Know Your Rights’
Siti berumur enam belas tahun. Baru-baru ini, dia mendengar cerita dari rakan sekelasnya tentang seorang rakan beragama islam telah ditangkap kerana berkhalwat dengan teman lelakinya. Ada spekulasi mengatakan mereka akan berkahwin kerana insiden itu. Ini telah membuka kepada perbincangan tentang aktiviti-aktiviti yang dibenarkan atau tidak. Ada antara mereka fikir yang pergi menonton wayang itu tidak dibenarkan, dan sesetengahnya berpendapat, berkurung berdua-duaan di dalam sebuah bilik tidur juga tidak dibenarkan. Siti mempunyai teman lelaki bukan Islam, dan dia tidak pasti yang dia mungkin boleh ditangkap khalwat sekiranya menemani teman lelakinya, jika ianya terjadi, bagaimana keadaannya?
Keadaan perbuatan yang dikatakan Khalwat itu ada termaktub dibawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah, dan ianya berbeza bagi setiap negeri. Secara umumnya, seperti yang tertulis dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Seksyen 27, ianya memperuntukkan:
“Mana-mana lelaki yang didapati berdua-duaan dengan seorang atau beberapa wanita, bukan isterinya atau muhrim;atau mana-mana wanita yang didapati berdua-duaan dengan seorang atau beberapa lelaki, bukan suaminya atau muhrim, di dalam mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral, boleh disabitkan bersalah bagi kesalahan tersebut dan boleh berkemungkinan disabitkan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.”
Ini bermakna sekiranya anda bersama-sama dengan lelaki atau perempuan yang bukan pasangan yang sah menurut hukum atau undang-undang, di dalam kawasan terselindung atau tempat yang terkurung, sedang melakukan aktiviti yang tidak bermoral, anda boleh ditangkap Khalwat. Jika disabitkan bersalah, anda boleh didenda, atau dipenjarakan atau kedua-duanya. Peruntukan ini hanya akan digunakan sekiranya anda beragama Islam. Dalam kes Siti, jika dia dan teman lelakinya ditangkap Khalwat, teman lelakinya akan dibebaskan, kerana dia tidak tertakluk dibawah Undang-undang Syariah.
Siapa yang mempunyai autoriti penguatkuasaan?
• Pegawai penguatkuasa daripada Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama.
• Pegawai agama atau penjawat awam, contohnya polis.
• Nazir dan Imam jika Pegawai Agama secara geografiknya tidak dapat hadir atas sebab jarak.
Boleh jadi tiada tangkapan dibuat bagi kesalahan Khalwat. Walaubagaimanapun, orang awam boleh membuat aduan formal kepada Pegawai Agama sekiranya mereka mendapati ada kecurigaan yang melibatkan Khalwat, sama seperti orang awam boleh membuat laporan polis sekiranya mereka mengesyaki adanya rompakan atau penderaan.
Biasanya terdapat minimum empat orang bagi setiap unit penguatkuasaan kerana syarat empat orang saksi lelaki beragama Islam bagi jenayah dibawah Undang-undang Syariah.
Apa yang akan berlaku apabila anda ditangkap kerana Khalwat?
• Sekiranya anda berada di tempat yang terselindung, pegawai penguatkuasa akan meminta kebenaran untuk masuk. Jika anda enggan, mereka akan tunggu di luar sehingga anda dan pasangan keluar. Mereka akan mengawal semua pintu keluar atau tingkap untuk mengelakkan cubaan melepaskan diri.
• Apabila anda keluar, atau jika anda berada di tempat yang terbuka, pegawai penguatkuasa akan menjelaskan sebab mereka berada di situ.
• Tanya surat/kad akuan mereka. Surat/kad akuan sepatutnya ada tertulis perkata






(20 votes, average: 4.50 out of 5)