Whats On

Season Listing

Past Episode Guide

The Hosts

Celina Khor
Kartini
Rafidah Abdullah
About the Show
The 3R Crew
Press & Media

Salji Salju 
25th Jan 2007
Heluuuuuu ! Apa Khabar semua ? Hmmm ni Tini nak cerita sikit, pagi tadi Tini
bangun pagi pagi lagi sebab ada lecture pukul 9 pagi. Tapi memandangkan cuaca
yang cukup gloomy , dah lah muram sejuk banggat pulak tu,so mengeliat punya
megeliat, liat betul nak keluar selimut, sebab sejuk sanggat....tapi sebab takut
miss kuliah, terpaksalah bangun jugak.
Tini pun selak langsir, nak bagi cahaya matahari masuk, baru lah boleh bangun 
sikit kan..jeng jeng jeng Tini tengok kat luar, rupa-rupanya pagi tadi snow.
Wah bestnya, dalam hidup Tini ni lah kali kedua Tini, tengok salji, so excited
jugak lah. It's so pretty sebab semua kat luar warna putih. Bumbung rumah, kereta, pokok,jalan raya semua di penuhi salji. Kalau minggu lepas suhu kat
London dalam 10 darjah celcius, pagi ni menjunam turun sampai -1 darjah celcius.
 

So Tini ngan flatmate Tini , Mariana pun cepat-cepat pakai jacket dan ambik 
camera and tangkap gambar. Sebab kalau terlambat, nanti salji akan cair. Kawan Tini ni Mariana dari Brazil, so kat Brazil tak de snow, dia lagi teruja dari
Tini, ambil gambar sampai 50 keping....
Disebabkan salji pagi tu, ramai jugak yang terkandas dan lambat datang kerja. 
Sebab jalan licin, tube tak bergerak dan keretapi pulak lewat. Seperti yang dijangka, by the time pukul 10 pagi,salji cair ....alaaaa......

 





From London With Love
2nd Nov 2006

Yeah Yeah Hari Ini Hari Raya!

Assalamualaikum semua. Selamat Hari raya Aidilfitri. Selepas sebulan berpuasa kini tibalah masa kita nak luangkan masa bersama yang tersayang dan menyambut hari yang bahagia ini.

Tahun ini, Tini sambut Hari Raya, jauh daripda keluarga tersayang dan kawan-kawan, sedih memang sedih, tapi kat London pun sambutannya pun meriah tapi sederhana juga.

Kami kat sini sambut Hari raya satu hari lebih awal daripada Malaysia, jadi sambutannya berlansung pada hari Isnin. Mungkin ramai yang tertanya tanya, macam mana rakyat Malaysia sambut Aidilfitri di London ?

Hmmmm, pagi -pagi lagi ramai yang dah ke Malaysian Hall, yang terletak berhampiran tube station Bayswater untuk sembahnyang raya. Hari tu Tini tak dapat sembahyang raya ( faham-faham aja lah kay ), tapi Tini dah buat janji dengan kawan Tini untuk ke Open House Pesuruh Jaya Tinggi Malaysia ke United Kingdon di Hampstead. Wah so kiranya nya jalan ramai ramai lah.

Jadi Tini pun tunggu lah mereka habis sembahyang , lepas tu kami ke rumah kawan si kawan Tini ni. Tini tak kenal tapi selamba je lah kan, nama pun open House...fulamak ada lontong, ada pulut kuning, nasi impit, rendang dan kueh mueh rasa macam raya betul lah...lepas sejam kat sana, baru lah kami beransur ke Rumah Pesuruh Jaya Tinggi tu..

Ramai betul student dan juga rakyat Malaysia yang bekerja di London tu serbu open house, maklum lah sekali setahun. Kesian pulak bagi mereka yang tinggal di luar daripada London tak dapat hadir, ada yang kerja ada juga yang ada kelas. Tini ? Ponteng lah he he he shhhh jangan cakap orang tau.

Hah ni lah gambar open house tu, ada khemah kat luar rumah dan makanan di hidang secara buffet style. Tini jumpa rami jugak student dan rakyat malaysia, ada yang tengok 3R ada yang dengar Hot fm, apa apa hal pun meriah jugak lah sambutan kat sini...

Ok lah Raya you yawl macam mana? Ada yang email Tini suruh masak rendang untuk flat mate...ya allah susahnya, masak simple je cukup lah.

Ok Selamat Hari Raya kepada Semua.Dan Maaf Zahir dan batin email

kartini_ariffin@yahoo.com


              

16 October 2006
Khabar dari Tini dari Kota London.


Hellu semua penonton 3R. Sebelum tu Tini nak ucapkan terima kasih pada anda semua yangsetia menyokong 3R sejak dari mula lagi. Anyway, ramai yang dah tahu yang Tini kini sedang melanjutkan pelajaran di Kota London selama setahun. Rasa sedih sanggat nak tinggalkan tanah air terutama sekali rancangan 3R. Tapi nak Tini nyatakan di sini yang , Tini tak tinggalkan 3R, Cuma cuti sekejap selama setahun. Lagi pun musim ke -12 sudah pun ke udara dan hampir ke penghujungnya. Rindu sanggat sebab Tini tak berkesempatan menonton semua episode dalam musim tersebut.

Ramai juga yang dah baca blog Tini dalam laman web www.hotfm.com.my dan ada yang hantar email untuk bertanya khabar. Tapi khas buat penonton 3R , Tini nak ceritakan sedikit tentang kehidupan Tini disini.

Dah hampir 3 minggu Tini disini , rasanya seperti banyak sanggat perkara yang telah berlaku. Pada minggu pertama Tini rasa agak sesak sebab banyak benda yang ke dilakukan. Settle tempat tinggal, beli brang keperluan, buka akaun bank, buat kawan baru dan hadiri kelas….wah tak senang duduk dibuatnya.

Perkara yang paling Tini terasa semasa disini mesti lah, perubahan bahasa, perubahan makanan dan semestinya budaya orang Britain yang cukup berbeza. Kota London pun jauh bezanya dengan Kuala Lumpur. Kalau Kl banyak dihiasai bangunan pncakar langgit dan bangunan yang modern-modern belaka, kota London pula banyak bangunan yang rendah-rendah dan bersejarah.

Harga barangan pun mahal jugak, kalau nak beli apa apa tu, kira tutup mata ajalah, jangan nak buat tukaran asing saja, kalau macam tu memang tak makan lah lansung.

Tini tinggal di flat milik University of London dan berkongsi dengan 10 lagi pelajar Postgraduate disini. Mereka semua dari serata pelosok dua, ada dari Jordan, Greece, America, Pakistan, Britain dan Peranchis. Rasa seronok jugak lah dapat pelajari budaya orang lain.

Ok lah, nanti Tini akan hantar berita lagi untuk tatapan anda. Kalau ada yang nak email Tini hantarkan ke kartini_ariffin@yahoo.com

Salam,
Tini

+ Klik disini dan hantar salam untuk Tini dilaman web 3R

 

Kartini joined 3R as a host in the year 2003 when she was still an auditor with Price Waterhouse, a job she held after graduating with a accounting degree from the UK. Since she joined the 3R, she quit her auditing job and launched herself fully into the entertainment industry, trying out different things and welcoming each opportunity that comes her way. From presenting on TV and emceeing live events, she has now branched out into acting as well as presenting on radio.

Her first silver screen appearance is in Gol & Gincu as Sarah. Due to the popularity of the show, Gol & Gincu is now made into a TV series, airing on 8TV every Sunday at 7.30 PM.

Kartini has also join the latest addition to the radio family, Hot fm as their drive time Announcer. You can tune in to her quirky and entertaining banter every weekday from 4Pm to 8PM. Hot fm is only 8 months old but have been enjoying positive growth and success, as they have been rated as the No. 2 most listen to radio station in Malysia with over 3 million listeners by the recent AC Nielsen Radio Survey.

She is also busy hosting on ground events. Kartini’s bubbly personality has endeared her to young people and children and has gained a strong following in a short time as a 3R host.

Click here to email to Kartini