Hotlink akan ‘Aktifkan dan Raikan’ bersama bintang-bintang Hotlink
Kuala Lumpur, 18 September 2004 – Rangkaian telefon bimbit paling popular Hotlink akan mengadakan roadshow “Aktifkan dan Raikan” di lima buah Bandar di serata Malaysia bermula dengan Kuantan pada Ahad yang lepas.
Bersama dengan bintang-bintang hotlink iaitu hos-hos 3R Celina, Kartini, Yuen dan Rafidah, serta penyanyi popular Reshmonu, Vince dan bintang-bintang Akademi Fantasia 2, acara ini bertujuan mengaktifkan pemuda-pemudi di bandar-bandar di luar Kotaraya. Selain persembahan oleh artis-artis jemputan tersebut, ada juga pelbagai permainan dan aktiviti di atas pentas dan dikelilingi pentas.
"‘Roadshow Aktifkan & Raikan’ Hotlink ini menjanjikan sepetang yang cukup menyeronokkan bersama bintang-bintang, serta pelbagai aktiviti interaktif bersama hos-hos 3R,” kata Ketua Pemasaran Pra-bayar Maxis Chee Loo Fun.
“Yang paling dinanti-nantikan di ‘roadshow’ nanti tentulah persembahan-persembahan oleh Vince dari Akademi Fantasia 1, penyanyi R&B popular Reshmonu serta bintang-bintang dari Akademi Fantasia 2. Kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua peminat untuk turut sama merasai pengalaman diaktifkan oleh Hotlink dan 3R.”
Di “roadshow” tersebut juga, Hotlink akan mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang terbaru darinya serta memberikan pengalaman padu hiburan 360 darjah kepada para pelanggan melalui persembahan dan perkhidmatan ‘langsung’ seperti “Caller Ringtones, GPRS, poskad MMS, serta muatturun istimewa S.H.E dan Siti Nurhaliza. Pelanggan-pelanggan Hotlink yang bertuah juga akan berpeluang mendekati bintang-bintang kegemaran mereka.
Selain itu, mereka yang berminat terhadap isu-isu berkenaan AIDS dan hak asasi manusia boleh mendapatkan maklumat di gerai-gerai Amnesty International dan Majlis AIDS Malaysia di “roadshow” tersebut nanti. Penonton setia 3R pula patut ke gerai 3R untuk mendapatkan barangan istimewa 3R, solekan percuma dari Maybelline dan untuk memberikan cadangan mereka bagi program tersebut. Dan untuk memastikan diri mereka aktif sepanjang hari, para pengunjung boleh ke gerai Lipton untuk minuman “mocktails” yang menyegarkan.
“ ‘Roadshow’ ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua peminat yang telah menyokong 3R selama empat setengah tahun ini,” kata Penerbit Eksekutif 3R Lina Tan. “Ramai penonton kami yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan kami selalu mendapat permintaan untuk pergi melawat bandar mereka. Jadi inilah peluang kami untuk berjumpa dengan mereka dan bertanya tentang apa yang ingin mereka lihat dalam rancangan ini.”
“Roadshow” akan berkunjung ke tempat-tempat berikut: