Whats On

Season Listing

Past Episode Guide

Season One
Season Two
Season Three
Season Four
Season Five
Season Six
Season Seven
Season Eight
Season Nine
Season Ten
Season Eleven
Season Twelve
The Hosts
About the Show
The 3R Crew
Press & Media


Episode 1
Menurut Hati Atau….? (Part 2)

Find out what Nora finally decides to do in part 2 of “Menurut Hati Atau…?” Does she go with her heart and leave for the UK? Or will TJ, Min and Sam be able top convince her to stay?

Menurut Hati Atau….?
Ketahuilah apa yang Nora akan lakakan dalam episod sambungan “Menurut Hati atau…?” Adakah Nora akan mengikut hatinya dan pergi ke UK? Dapatkah TJ, Min dan SAM menghalangnya? Ikuti episod minggu ini!!

 

 



Episode 2
Anger Management

I’m so angry!! I feel like lashing out at the nearest person!! But… isn’t this unhealthy? Why should innocent people get yelled at just because I’m feeling upset? So, what can we do to blow off some steam? Should we just keep it all inside? And what if the anger gets out of control and results in violence? This week on 3R!!

Marahnya!! Rasa nak lepaskan saja geram ni kepada orang yang terdekat!! Tapi… bukankah ini kurang sihat? Takkanlah orang yang tak bersalah pula dijadikan mangsa? Jadi, apa yang boleh dibuat jika kita naik darah? Patutkah perasaan tu dipendam saja? Dan bagaimana pula kalau kemarahan tu sampai melampaui batas dan mengakibatkan keganasan? Minggu ini di 3R!!

 

 



Episode 3
What to do if..?!

Scenario 1: You are happily driving alone in your car and suddenly you get hit! You look up and help…you’ve just been hit by 3 suspicious looking men and they are walking towards you!! What should you do if you’re involved in a car accident? How do you keep safe?

Scenario 2: You think your house is the safest place on Earth…but what happens when you come home one day and find your house in a mess? What should you do if you suspect the burglars are still in your house? Can you prevent your house from break-ins? What should you do?

Scenario 3: You are driving home from a late night out and then, you’re stopped by 2 police man. They are asking you questions and want to search your car. Can they? Find out more about police powers and what to do if you get stopped by the police or when you encounter a roadblock!

Find out how to keep safe and what to do and not to do when you’re caught in these situations! Join us this week on 3r!!

Apa nak buat?!
Senario 1: Anda tengah memandu kereta berseorangan dan tiba- tiba anda telah dilanggar oleh 3 orang lelaki! Apakah yang anda harus lakakan apabila anda terlibat dalam kemalangan? Bagaimanakah anda boleh mengutamakan keselamatan diri anda?

Senario 2: Kami selalu berfikir yang rumah kami adalah tempat yang paling selamat. Tapi, apakah yang anda akan lakukan jika rumah anda di masuk pencuri? Apakah yang harus anda lakukan jikalau anda mensyaki bahawa perompak itu masih ada di dalam rumah anda?

Senario 3: Anda dalam perjalanan balik ke rumah anda dan tiba tiba, anda dihenti oleh 2 orang polis. Mereka menyoal anda dan ingin mengeledah kereta anda. Apakah yang boleh anda buat? Ketahuilah hak asasi anda dalam keadaan sebegini!

Pernahkan anda terfikir apakah hak anda dalam situasi sebegini? Sertailah 3r minggu ini dalam episod Apa Nak Buat?!

 

 



Episode 4
Date Rape

He picked her up promptly at 8pm. He gave her a bouquet of the loveliest flowers. He behaved like an absolute gentleman as they dined in a fine restaurant. It was all so romantic and she felt as if she was on top of the world. THEN…he raped her!!!

What actually constitutes rape in the eyes of the law? What if the rapist is someone you know and trust? What if he is your boyfriend?

Join 3R this week as we explore the myths and facts of acquaintance rape.

Bukan Salah Saya
Jejaka itu menjemputnya tepat pada pukul 8 malam. Dia diberi sejambak bunga yang cantik sekali. Si jejaka itu bagaikan budiman yang setiap budi pekertinya tiada tolok bandingan semasa pasangan kekasih itu makan malam di sebuah restoran yang imewah. Suasana masa tu sungguh romantic sampaikan si gadis berasa seolah-olah terapung-apung di kayangan. KEMUDIAN…dia dirogol!!!

Apakah sebenarnya definisi rogol dari segi undang-undang? Macam mana kalau perogol itu adalah seorang yang anda kenali dan percayai? Kalau dia tu teman lelaki anda?

Bersama 3R minggu ini untuk mengupas isu rogol dan mengkaji mitos dan fakta berkenaan rogol oleh orang yang dikenali anda.

 

 



Episode 5
Pertama Kami Dalam Hidupku

Scenario 1: You’re 12 and you just got your period!! ArgghhH!! Why is this happening? What should you do? How do you handle the situation? Who can you talk to?

Scenario 2: You’re now into your teenage years and ready for your 1st date. He is Prince Charming and you can’t wait for the date! But the date is not what you expect it to be! Find out what are some of the perceptions guys and gals have on first dates!

Scenario 3: You’re on your school break, you’re bored and want a taste of the real world! You want to earn your own money!! Finding your first job - what to do and what to say!

Join us this week on 3R and discover what first times are like.

Pertama Kami Dalam Hidupku
Senario 1 : Anda berusia 12 tahun dan baru saja dapat haid pertama anda! Arrghhh!!! Mengapa ini berlaku? Apakah yang harus anda lakukan? Bagaimanakah anda mengatasi situasi sebegini? Anda nak dapatkan lebih banyak infomasi, tapi malu…

Senario 2: Anda kini memasuki zaman remaja dan bersedia untuk keluar berdating buat kali pertama. Dia adalah Prince Charming dan anda tidak sabar nak keluar dengannya. Akan tetepi, date itu bukanlah seperti mana yang anda sangkakan. Ketahuilah persepsi lelaki dan wanita apabila keluar dating buat kali pertama.

Senario 3: Cuti sekolah sudah tiba, anda bosan duduk dekat rumah dan ingin ketahui apakah rasanya untuk bekerja dan mempunyai duit sendiri! Mencari kerja pertama anda – apa yang anda harus lakukan.

Sertailah 3R minggu ini dalam Kali Pertama Dalam Hidupku..!

 

 



Episode 6
Bukan Hanya Untuk Sehari

Moving around town and catching up with the latest fashion and trends are an everyday thing for you. Walking up stairs is such a hassle and you’d rather take the lift! And music…music is your life!

But have you ever wondered what your life would be like if you suddenly lost your sight and you’re deemed as blind? How would you see and adapt to living in total darkness?

What if you’re deaf and all you know is the silent world? How would you enjoy music? How do you communicate to your friends and family? How do you get through school?

And what if all you have are wheels and you can’t go up a flight of stairs let alone walk?
How different would you life be? And what would you do? Join Celina, Kartini and Rafidah this week as they experience what its like to be blind, deaf and on wheels for a day! Meet 3 profiles who share their experience on being disabled and how they’ve braved through it to experience life to the fullest!

Bukan Hanya Untuk Sehari
Anda suka berjalan-jalan di sekitar Bandar untuk melihat and mengetahui trend an fesyen yang terbaru. Anda mengeluh jika terpaksa naik turun tangga dan lebih suka mengambil lift! Dan muzik….muzik adalah hidup anda!

Tapi, pernahkan anda terfikir apa yang akan anda lakukan sekiranya anda menjadi buta? Bagaimakah anda akan menempuhi cabaran untuk hidup dalam kegelapan?

Bagaimana pula jika anda pekak dan hidup dalam dunia yang sunyi? Bagaimanakah anda menikmati irama muzik ? Ataupun berkomunikasi dengan kawan dan keluarga anda?

Bagaimana pula jika anda terparksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak dan naik turun tangga hanyalah satu impian?

Apakah yang akan anda lakukan jika ini terjadi kepada anda? Sertailah Celina, Kartini dan Rafidah dan ketahuilah pengalaman mereka bila disuruh menjadi buta, pekak dan berkerusi roda untuk sehari. Temuilah juga 3 profil kami yang berkongsi tentang hidup mereka dalam menumpuhi cabaran hidup masing masing.

 

 



Episode 7
Cinta Antara Kaum

You’ve met the man of your dreams and he is all that you’ve ever wanted. He is kind and has a big heart; he makes you happy and brings so much joy into your life. The only thing is…. he is of a different race and religion! You’re not getting the support you would like to from your friends and family as they think that things will not work out! Today on 3R, we explore the issue of inter-racial relationships!!

Cinta Antara Kaum
Anda telah menemui jejaka idaman anda. Dia baik dan murah hati. Dia membawa kebahagian kepada hidup anda and menbuat anda ketawa. Masalahnya, anda berdua dari kaum dan agama yang berlainan. Dan anda tidak mendapat sokongan yang anda harapkan dari rakan dan keluarga anda kerana mereka tidak setuju dengan perhubungan anda. Sertailah 3R minggu ini dalam episod Cinta Antara Kaum.

 

 



Episode 8
Raya Special

TJ, Min and Dina rushes to Puduraya to catch their bus to Johor Bharu, Dina’s hometown to celebrate Raya, but ends up missing their bus! Left stranded with no where to go on the eve of Raya, Dina convinces Min and TJ to spend Raya with Mak Som, Dina’s estranged aunty. On the way there, Min and TJ finds out that Mak Som lives in Kampung Kerinchi! Min is excited about the prospects of spending Raya in a kampung setting, but TJ is not too sure. Throughout their stay, the girls learn about what it is like to spend Raya in the squatters and finds out what is the true meaning of Raya. Join us this week on Cuma Nak Beraya, a 3R Hari Raya Special.

TJ, Min dan Dina terburu-buru ke Puduraya untuk mengambil bas balik ke kampung halaman Dina iaitu Johor Bharu untuk menyambut Hari Raya bersama kerluarganya. Akan tetapi, mereka terlambat dan tertinggal bas mereka. Terkandas di Kuala Lumpur pada malam Raya, Dina memujuk TJ anda Min untuk beraya dengan Mak Som. Semasa dalam perjalanan ke sana, TJ dan Min mengetahui bahawa makcik Dina, Mak Som tinggal di rumah setinggan di Kampung Kerinchi. Min sangat excited kerana dapat menyambut Hari Raya dalam suasa kampung, tetapi TJ pula berasa khautir. Bila di sana, TJ, Min dan Dina mendapat pengalaman tinggal di kawasan setinggan dan mempelajari apakah makna sebenar Raya. Sertailah 3R minggu ini dalam episod Cuma Nak Raya, episod khas Hari Raya.

 



Episode 9
The Boy’s Mine Now!!

You’ve just met the guy of your dreams….He’s smart, funny and not too bad looking as well. BUT…he’s also your friend’s ex! Does that pose a problem or do you feel it’s not an issue since they’re after all not together anymore?

At the end of the day, a relationship by itself is already difficult enough. With all the past history and emotions involved, it’s bound to get even more complicated for all parties involved – the ex-girlfriend, the current girlfriend and even the guy caught in between.

Does that mean such relationships are doomed from the start and there will never ever be a fairy tale ending no matter what? Or is there a way to resolve the issue amicably and come out with both your friendship and romance intact? Join 3R this week to find out…

Anda baru saja menemui jejaka impian anda… Dia cerdik, lucu dan agak kacak juga. TAPI…dia juga bekas teman lelaki kawan anda! Itu menjadi masalahkah ataupun anda rasa tiada isu langsung memandangkan mereka sudah tidak bersama?

Secara keseluruhannya, sesuatu perhubungan tu memang dahpun susah. Ditambah dengan sejarah silam dan emosi yang terlibat, tentulah menjadi lebih sulit lagi bagi semua yang terlibat – si bekas teman wanita, teman wanita sekarang serta jejaka yang tersepit di tengah-tengah.

Adakah ini bermaksud hubungan sedemikian rupa ditakdir dari permulaan? Ataupun ada caranya untuk menyelesaikan isu ini secara damai dan terus memiliki kawan serta teman lelaki anda? Bersamalah 3R minggu ini…

 

 



Episode 10
Esok Hari!

Words are left unspoken and actions not taken. I wish I didn’t, I wish I did… I could have, I should have…if only you could turn back the clock. How do you deal with losing a loved one? How do you deal with regrets and grief? How do you forgive and forget and let go of someone in your life and move forward? Join us this week in Esok Hari, an episode that looks into bereavement and dealing with it.

Kata–kata yang tidak sempat diperkatakan, tindakan yang tidak dapat di ambil…. Masa tidak mengenal umur dan bangsa. Jika anda diberi satu peluang lagi, anda mungkin mangambil langkah yang berbeza. Bagaimanakah anda mengatasi kehilangan? Apatah lagi, jika anda kehilangan seorang yang tersayang? Bagaimanakah anda memaafkan dan melupai perkara yang telah terjadi dan menuruskan kehidupan anda? Sertailah 3R minggu ini dalam “Esok Hari”, sebuah episod yang menceritakan tentang kehilangan.

 

 



Episode 11
Wanita, Gadis & HIV

HIV/Aids have always been associated to prostitution, drug addicts and people from “bad” family background. Yet, every year more and more people are infected by this disease. These people are just like you and me; they are educated and have good paying steady careers, and are from a loving and caring family with strong principles. More shocking is the fact that more and more women are infected by HIV/Aids. Why are women more vulnerable to HIV/Aids? What can we do to prevent yourself from being infected? Also, join us as we speak to our profile and find out what she has to say about being positive! Get educated and protect yourself in this week’s episode on “Women, Girls and HIV”.

HIV/Aids selalu dihubungkaitkan dengan pelacuran, dadah dan orang yang berasal dari keluarga yang “tidak baik”. Tapi, kes jangkitan HIV/Aids semakin meningkat setiap tahun! Orang yang dijangkiti pula bukanlah pelacur atau penagih, malah mereka berpelajaran tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik dan mempunyai keluarga yang penyayang. Lebih memeranjatkan lagi, ramai diantara yang dijangkiti HIV ini adalah wanita. Apakah yang menyebabkan wanita lebih terdedah kepada HIV/Aids? Bagaimanakah kami boleh mencegah diri daripada dijangkiti virus ini? Sertailah 3r minggu ini dan melindungilah diri anda dalam episode Wanita, Gadis & HIV.

 



Episode 12
Sign Me Up!

“I scored straight A’s for my exams!” “I learned how to drive!” “I met the love of my life!” “I lost my mom this year…” Mixed experiences are aplenty with the end of the year upon us as we look back and seek closures to our year. We recall many good memories and some painful ones, we have had blessings and our share of sorrows.

But how many of us can actually look back and know that we’ve actually shared a part of ourselves without expecting anything in return? Spent a little time playing a game of chess with the old folks? Give the children a hug? Cuddle the little kittens and puppies? Or contribute towards a cause which’s close to our hearts? Tune in to 3R this week as we explore the issue of volunteerism and what it takes to be a volunteer…

“I dapat semua pangkat A dalam peperiksaan!” “I belajar memandu!” “I berkenalan dengan jejaka impian I!” “Ibu meninggal tahun ni…” Pengalaman yang berbeza-beza dialami oleh setiap orang sepanjang tahun dan menjelang akhir tahun, kita biasanya mengimbas kembali kehidupan kita dan cuba mencari penutup bagi tahun yang berlalu. Kita mengenang banyak peristiwa yang manis dan pahit, kita mungkin berasa diri kita dirahmati atau kita mungkin bersedih.

Akan tetapi, siapakah yang boleh berkata bahawa dia telah berkongsi sebahagian daripada dirinya tanpa mengharapkan sebarang balasan? Meluangkan masa untuk bermain chess dengan warga emas? Memeluk kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang? Bermain dengan anak kucing dan anjing? Ataupun menyumbang kepada isu yang dekat dengan hati kita? Bersama 3R minggu ini dan kita akan mendalami isu kerja sukarela dan mengkaji apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang sukarelawan…

 



Episode 13
3R Battle of the Sexes!

The 3R hosts Rafidah, Celina and Kartini go head to head against 3 male celebrities; Jehan Miskin, Tony Eusoff and Reefa. In a classic battle of the sexes competition, the two teams will go through a series of physical and mental challenges to see which team will emerge the winner. The challenges will be specially devised to test common misconceptions like “are women worse drivers than men?”, “Do men stop to ask for directions or are women more careful?” “Can women perform better at mental challenges or men?”, “Can men do work that women normally perform better at?”, and so forth. Tune in to 3R’s season finale and watch this special 1 hour episode and vote for who you think will win; team 3r or Team Rojak!!

Hos-hos 3R, Rafidah, Celina dan Kartini bertembung dengan 3 selebriti lelaki iaitu Jehan Miskin, Tony Eusoff dan Reefa. Dalam perlawanan klasik antara lelaki dan wanita, kedua-dua pasukan ini terpaksa mengharungi cabaran-cabaran fizikal dan mental untuk menentukan siapakan pemenangnya. Cabaran-cabaran yang dihadapi telah direka khas untuk menguji kepercayaan-kepercayaan lazim seperti “Adakah wanita kurang cekap memandu berbanding lelaki?”, “Adakah lelaki akan berhenti untuk bertanya atau adakah wanita lebih berhati-hati?” “Adakah wanita lebih cekap dalam cabaran mental berbanding lelaki?”, “Bolehkah lelaki melakukan kerja yang biasanya ditinggalkan untuk wanita?” dan lain-lain. Tontonilah episod khas 3R minggu ini yang akan berlangsung selama 1 jam. Anda juga boleh menyertai peraduan SMS dan teka pasukan mana yang akan menang; Team 3R ataupun Team Rojak!