Whats On

Season Listing

Past Episode Guide

The Hosts

Celina Khor
Kartini
Rafidah Abdullah
About the Show
The 3R Crew
Press & Media

Yay!!! 3R dah pun kembali untuk musim ke 12! Bagi Celina rasa rindulah jugak selepas setengah tahun kita orang menghilangkan diri tapi bukan untuk bercuti (walaupun kita orang nak sangat bersantai tepi pantai), sebaliknya untuk membuat persediaan untuk musim terbaru ini. Memang banyak topik-topik hangat yang akan kita akan ketengahkan dan semua topik-topik ini janji masih terkini, hangat dan pastinya kelakar! Perbezaan musim ke-12 ini berbanding yang lain ialah penglibatan terus atau ‘hands-on’ dengan remaja-remaja. Jadi untuk musim ini, team 3R telah pun ‘reach-out’ kepada lebih ramai remaja melalui pengalaman bersama kita. Sebagai contoh, musim ini kita telah mengaturkan 3R Kotex Kem Konfiden dimana 12 perserta berpeluang untuk melalui pelbagai aktiviti bersama kita untuk membantu mereka menambahkan lagi tahap konfiden mereka. Dan bagi Celina, pengalaman itu memang tidak dapat dilupakan kerana pengalaman bersama mereka adalah sesuatu yang realistik dan menggembirakan. Tapi yang paling penting sekali, musim ke-12 ini akan merangkumi pelbagai topik yang semua dapat menghayati bersama, salah satu topik kegemaran Celina melibatkan kawan-kawan berkaki empat kita orang! Nak tahu? Jadi jangan lupa untuk tonton 3R!!!

Tentang Celina...