Amalan yang boleh dipraktikkan untuk komunikasi online :
1) Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir-butir peribadi anda seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon. Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungianda (termasuk ‘spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang beradadi internet, lebih baik dan selamat untuk anda!
2) Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak ‘software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan denganbegitu mudah.
3) Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet. Gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda. Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar-gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.

4) Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang anda lawati berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya anda tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang anda tahu tentang teknologi terkini, anda mampu mengurangkan risiko pendedahan anda di internet, dan yang lebih baik, lebih banyak manfaat dan keseronokan yang anda dapati ketika melakukan aktiviti online dan berhubung secara online dengan rakan-rakan anda!
Yang paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan, dan juga majikan anda. Berbicaralah secar terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!




20 Komen-komen
assalamualaikum.
saya adalah salah seorang mangsa kecanggihan teknologi. pada akhir thn yg lepas, emel, friendster dan myspace saya telah dicuri. setiap password saya telah ditukar. butir diri saya pun telah diubah. walapun dicuri, ttpi semua akaun masih aktif. so, kawan2 sy semua ingat sy masih lagi aktif menggunakannya. ttpi hal yg sebenarnya bukan sy yg membalas dan menghantar apa2 message. ‘orang jahat’ tu plak fitnah sy jual brg2 wanita (bra) dengan ym kawan2 sy. dia juga mencemarkan nama baik sy. begiu juga dgn no handset. selalu ade orang yg sy tak kenal menyamar sbgai kwn sy atau individu lain mengacau sy. kalau sy tak layan, dia kata sy sombong. sy sangat tertekan dgn mslh ni….
sy pernah buat laporan polis, ttpi tak de apa2 tindakan susulan pun yg dilakukan. sampai skrg sy selalu tak tenang. tak tau lagi apa patut sy lakukan…
-kema-
sy simpati gan apa yg telah terjadi pada awak..
dlm kes ni,sy rase awk perlu ‘bangkit’
semula..tunjukan kpd kwan2 awk yg awk bkn seperti yg d maksudkan oleh pnjahat 2..
insyaalah kawan2 awk dpat mnerima keadaan itu..
apa yg penting skrg,awk perlu berhati2 d masa kan datang…
Sebenarnya bukan kita ingin menyalahgunakan harta office macam hak sendiri cuma kita sudah di beri access maka kita hanya mengisi masa yng teluang tapi tidak sekali2 sehingga mengabaikan kerja.
Saya amat terkejut dengan tingkah laku pejabat saya baru2 ini. Kerana perasaan dengki terhadap kaum sendiri dan menjaga status sanggup menuduh bukan2 terhadap rakan sekerja sehingga di terminate dari company di sebabkan menjaga privasi seperti yang di komenkan.
ASALAMMUALAKUM…….adik……
kakak pun rasa kesian dengan awak……….apa bila kakak membuka 3R ni kakak terus melihat adik yang kesusahan sekarang………. harap adik tidak kena lagi ……… kakak harap adik pandai jaga diri sendiri selepas ini………..kakak doa adik dalam keadan selamat setiap masa ……
Ermm…dunia skrg ni memg kita kene lbih berhati2.. Pada adik yg m’jadi mangsa dlm dunia Internet tuh…adik on9 blk akaun myspace adk tuh n adk delete akaun tuh… Nak find password tuh xsusah pun… Dan kalu adk trauma adk xpayah la wat myspace ker friendster lagi…Tapi mase delete tuh pastikan btul2 delete… nnti die leh active kan blk kalu mklumat kite masih ade….Try open blk site kite tuh kalu nk tgk dah delete ker belum.. Jgn risau.. Akak Leya boleh bantu cari sape yg buat kalau adik percaya akak. Raenyer mesti susah nak percaya sbb xpernah jumpe kan.. Xpe..take your time.
hai semua…
hurm.. apa lagi yang nak di kata tentang dunia siber zaman sekarang ni,
semuanya serba canggih, nak berkongsi cerita, gambar mahupun aktiviti pun boleh dalam dunia online ni, pendek kata segalanya ada. Tapi, secanggih manapun pun teknologi itu pasti ada kebaikan dan keburukan, misalnya masalah seperti “spammers & cyberstalkers” ini lah yang menjadi punca kepada pencerobohan privasi seseorang di ruang siber. Jahat bukan mereka ini.Tetapi apa yang penting kita haruslah mengambil langkah brhati-hati ketika melayari atau memberikan maklumat peribadi sewaktu mendaftar sesuatu laman web.
Sekarang ni penggunaan internet begitu penting terutama pelajar, nak siapkan assgment, nak mencari bahan untuk pengukuhan subjek, kemudian yang paling penting laman sosial tapi bagi freshgraduate tentulah cari kerja.. jadi kadangkala penggunaan internet ini jika disalah gunakan akan membawa kesan yang negatif, maka ilmu pengetahuan dan etika penggunaan internet perlu ada pada pelayar siber supaya tidak mengakibatkan kesan kepada diri sendiri dan orang lain. harap topik seperti ini perlu dibicangkan lagi bagi memberi peringatan kepada penjenayah internet yang tidak senang duduk untuk melakukan jenayah….
saya dberitahu oleh rakan, bahawa 3r ad membincangkan undang2 etika menjaga privacy komputer. Boleh saya dapatkan info episod ini dgn lebih lanjut terutama penyataan tentang undang-undang keselamatn kmputer. saya antara mangsa pencabulan privacy and somehow i dont know what is my right & how to prevent myself due to lack knowledge in laws…
kepada nurul hakma..
ad juga kwn sy sorg nie yg kne mcm awak..
tp nsib baik x truk..
kadang2 sy rase tkut jgk..
sy ad acc mspace n facebook..
tp stkt ni x penah kne ape2 lg..
hrp2 xde papelh kn…
BLH TOLONG SAYA TAK..?
ADA ORANG KACAU BAGI MESEJ YANG BUKAN-BUKAN KAT SAYA.
SAYA & KAWAN SAYA BERMESEJ,TETAPI MACAM MANA DIE BOLEH TAHU APER YANG SAYA MESEJKAN TU KT KAWAN SAYA.
MACAM MANA BOLEH TERJADI MACAM TU?
APER PERLU SAYA LAKU KAN?
ORANG YANG SAYA TAK KENAL TU BAGI MESEJ DENGAN PERKATAAN YANG BIADAP.
TOLONG LAH SAYA..
sangat bersetuju!
walau kita bukan public figure,gambar yang terlalu peribadi seelok2 nya tidak dipamerkan.
kita tidak sedar siapa yang ‘intai2′ kita.
be careful ladies
betul tu qemmal. tak salah jika mahu meletakkan gambar-gambar di internet..tapi yang terlalu peribadi tu, tak perlulah. membahayakan diri sendiri, sebab kita bukannya tahu siapa yang lihat gambar2 kita tu kan?
Assalamualaikum kak tini,kak rafidah n salam sejahtera buat kak celina..sy merupakan salah seorg penonton setia 3R..byk info yg berns yg sy perolehi dr 3R..hurm…sy sebenarnye mmpunyai bberape mslah..sy nie msh single da,dan terasa sunyi sgt tmbah2 ble tgk kwn sy,adk sy,csin sy…sume ade bf..sy je yg x de..sy jga lpasan stpm dan masih mnuggu sbrang twrn utk smbg beljr..tp msh x dpt sebrng twran yg menrik..kwn2 sy yg lain semua sudah msk ‘u’..tggl sy dan beberape kwn yg lain je yg belum dpt smbung beljr,twrn yg sy dpt pula sume x mcabar,ape yg sy apply msh x dpt,perlu ke sy ikuti program degree yg bkn mjadi mnt sy….tp kan kak tini.kak rafidah,kak celina…sy ade dgr ade 2 3 org kwn sy gne ‘kabel’ utk msk u’..ish..geramnye..adil ke mcm 2?hbs mcm mn pula nsib org lain yg result lbh bgus dr diorg nie??hurm,lps 2 berani pulak tnye kdudukan sy sekarang.(tanam anggur dan bsrkan bdn ke, keje ke,ape ke ?) bile sy ckp sekarang sy juz keje sbgai guru sndaran..die ktawekan sy..sy nie jns mls nk bergaduh so sy diamkan dri je la..kt rumah pulak kalo parent sy nie tension kat ofis bile blk rmah kalau ade slp sikit..siap la telinge..kne penangan radio karat(membebel).stress jgk dduk rmah.kalau nk keje.. jauh pulak dr rmah sbb rmah sy nie jauh dr bndr,lgpun transport x de,ayh sy pkai motor,mak sy plak pakai kreta,wktu keje pulak berlainan ms..rmh sy ni agk kampung la sikit.tp x de kmpung sgt sbb sy ddk quarters sekolah..x kan nk keje dkt kedai runcit plak..mslh cinta 2 sy x kisah..lgpun sy ade kucing2 yg boleh d buat teman utk ”bersembang” ble sy terase stress,dan rase stress 2 akn terase kurang sket bile meluahkan perasaan kt kucing..tp ble sy sembang dgn kucing sy d katakan ‘gila’..hurm..ape yg ptut sy buat???tlg sy kak !!!
hye..kepada kak tini n kak rafidah sy ucpkan assalamualaikum dan salam sejahtera buat kak celina..
sy tertarik dgn topik yg d bincangkan iaitu “siber”..ruang komen yg lps sy ade mnyatakan mslh sy yg msh single..jd sy slalu on9 utk mencari kwn yg boleh d harapkan utk d jadikan kwn dan mn tawu kot-kot boleh jd bf..hehehe.tp sy slalu jmpe dgn lelaki yg hnya mnt pd rupa sy shja serta agk ‘GATAL’ dan sikap diorg nie membuatkan sy tidk begitu mnyenai golongan ini.ape ptut sy buat??bile sy marahkan diorg.menjadi2 pulak sikap diorg..ble sy buat x tahu.diorg x henti2 hntr msj yg bkn2..ble nk marah lebih2 tkt diorg nie bdendam n try find out ape2 profile mngenai sy melalui kwn2 sy .hurm ape pendapat kakak2..satu lg..sejak-sejak nie sy slalu terima emel dr org ‘berkulit hitam’..diorg nie dr america,africa. dan ade yg ckp diorg ni telah pun menetap di sini ..golongan mereka ni tiba2 muncul dan nk berkenalan dgn sy secara serentak lg emel 2 dtg..salah seorg dr mereka mengaku islam dan sekarang menetap di cyberjaya.mamat nie meminta prtolongan dr sy utk mncari hotel yg x mahal tp berkualiti utk jamuan berbuka puasa bersama 80 org student dia..sy mcm kurang percaya dgn dia..tp mcm dia tu btl2 pun ade..perlukah sy menolong dia sedangkan sy x pernah mengenali dia sebelum nie dan bagaimana kita nk mengetahui seseorg tu ikhlas dan bercakap benar sedangkan semuanya melalui internet..mana tahu mungkin mereka mempunyai niat tertentu..perkara ni amat menakutkan sy..tolong sy sis..
Hi Izzaty, ehh..bahayalah kalau adik dapat email2 macam tu. kalau diorang ni kurang menyenangkan adik (macam yang adik cakap, gatal..bagi mesej yang kurang sopan dan macam2 lagi) – apa yang boleh adik lakukan, ialah buat tak tahu je. Orang2 macam tu tak perlu dilayan. Nanti bila lama2 adik tak layan, diorang pon akan bosan lah. Untuk emel yang adik terima dari orang asing tu, saya rasa agak bahaya untuk adik mempercayai mereka. Biasanya dik, emel2 macam tu kadang2 adalah spam je..lagipun, kalau betul mereka memerlukan bantuan..ada banyak lagi cara lain mereka boleh ikhtiarkan secara legal, dari mencari orang yang tidak dikenali seperti adik. bahayalah dik..mungkin mereka ni ada niat lain. mana kita tahu kan? oh, nak mencari kenalan ni bukannya semestinya dari internet sahaja. adik juga boleh menambah kenalan di kalangan rakan2 kepada kawan adik sendiri. kalau macam tu lagi selamat kan?
jangan lupa untuk terus menonton rancangan 3R pada setiap Ahad jam 7.30 petang di TV3, untuk mendapatkan informasi2 terkini ya!
Skrg ni umur saya dah masuk 30 thn,sdh berkahwin dan punya 2 org anak.Masalah sya skrg ni ,saya mempunyai seorg sahabat baik yg lebih muda dr sya.Kami dah jadi mcm adik beradik.Bermula dr sya bertindik hidung persahabatan kami menjadi rengang hanya d sbb kan sya bertindik hidung.Sya bertudung dan bertindik hidung,masalah nya kwn2 sya tak dpt terima hakikat yg sya ni bertindik hidung.Bg pendapat sya semua tu tak menjadi masalah sbb itu adalah dr sebenar sya,sya tak nak jadi hikpokrit,sya nak jadi dr sya yg sebenar.Sya tak pun halang atau marah d atas segala perbuatan mereka,cthnya bkn mukhrim tidur sebilik dkt hotel dan yg seorg ni pula bercinta dgn suami org hingga menyebabkan penceraian.Sya tak pernah marah pun hanya sekadar bg nasihat sbb sya tau sya ni isteri org dan ada perasaan.Sya tak pernah pun buat kesalahan besar hanya bertindik hidung tu yg menjadi masalah nya dkt kwn2 sya.Semua kwn2 dkt ofis percayakan ckp mereka yg sya berperangai teruk sbb bertindik wlu pun dan punya anak dan bergelar isteri….sakit hati saya bila saya d hina dan hina sangat kah saya ni bila bertindik hidung….hingga sanggup mengfitnah sya d hadapan kwn2 yg lain.Mujur sahabat2 yg lain tak terpengaruh dgn kata2 mereka.Tlg sya utk atasi msalah ni sbb hingga ke hari ni kami tak bertegur wlu pun sya dah cuba utk menegur nya.Thanks so much
Hi aby,
Kawan2 aby tak mahu bertegur sapa only because aby tindik hidung? Aduhh…kenapa sampai macam tu sekali? Saya sendiri pon bertindik di hidung, tapi tak pernah pula menimbulkan sebarang masalah yang berlarutan. Mungkin pada awalnya, I do get some dissapproval looks from some people, tapi saya selalu buat endah tak endah je. Lama2 mereka pun senyap. Biasalah tu aby, kita memang mahu menjadi diri sendiri tapi pandangan masyarakat tu memang akan sentiasa bercanggah. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi bila baca prob aby, saya rasa apa yang kawan2 aby lakukan tu lagi teruk dan memang salah. Macam ni lah aby, apa kata jika aby ignore je la diorang tu. Ya, memang sayang untuk ignore dan letak ketepi persahabatan yang dah lama terjalin (especially jika dah rapat macam adik-beradik)..tapi kalau ianya sampai memudaratkan kita, itu adalah persahabatan yang tidak sihat. Kalau mereka menegur aby, aby buat je lah macam biasa. Biarlah orang lain buat kita, jangan kita buat orang. Kalau mereka masih tidak mahu berkawan, then you are definitely better off without them. You still have your family and kids kan? Fokus more on what makes you happy, rather than focusing on problems that seems neverending
Hi Mynn…
thanks so much dan sya akan sentiasa jadikan dr sya yg sebenar.Wlu apa pun yg berlaku sya akan terus dgn senyum sya.Thanks
saya stress skang ni cmne nk tanganinya
stlah baca ni,sy trus delete ape2 dtails yg prbadi ttg sy d mspace n fbook…takotlah..sy juga dah delete pics sy yg drasakan xprlu brada d situ..ckplah skit2 dan yg spatotny shja bkn???…..thnxs a l0t 2 3r…….hope always berikan/dscuss topics yg pnting wat kaum wnita..yelah..kita ni kdg2 agak cuai in certain2 things rite..tq..